Sam Van Der Mat
Assalamua’laikum.
“Bola bola bola bola bla bla bla bla. Abang tak cemuih ka?” soal Lola lembut. Sam Ver Der Mat memandang isterinya, Lola penuh kehairanan. Mana tidaknya. Selama ini Lola tak pernah mempersoalkan kesetiaan hobinya itu. Menonton bola sepak sampai separa sedar. Sedar-sedar bantal terbang ke sana sini. Sam Ver Der Mat memang separa sedar lebih-lebih lagi bila pasukan pilihannya bermain di bawah keupayaan sebenar. Mulalah dia berlagak seperti rakan segurunya dulu, Man Van Jick. Lola sudah lali. Malah Lola dulunya juga peminat goalkeeper Belanda, Van Der Sar.
Dek kehenseman hidungnyalah yang membuatkan Lola jatuh hati walaupun ramai yang menentang cinta suci mereka. Macam-macam cacian, dan tak kurang kata nista mereka terpaksa dengar dan telan dengan jaya akhirnya. Mat bangla. Hidung boleh sangkut baju. Muka panjang. Kaki macam udang galah. Tangan macam sloth.
“Arghhh…malas aku layan semua ni. Semua tu tak penting sekarang. Yang penting, pasukan aku mesti menang pagi ni…” Sam Van Der Mat berhenti mengelamun kisah silam yang tak berapa silam itu.
“Abang Sam. Lola tanya ni, Abang tak cemuih ka asyik dengan bola jah?” Lola masih lagi belum puas selagi soalannya belum berjawab. Lola memang jenis yang suka bertanya itu dan ini. Sam Van Der Mat pula manusia spesis yang suka ditanya. Lagi ditanya, lagi bagus katanya. Menajamkan minda bak makan kismis sekotak sehari.
“Apa yang nak bosannya sayangku Lola. Bukannya Lola tak tau, bola dan abang seperti badminton dan raket. Takde raket, tiadalah Lee Chong Wei….” jawab Sam Van Der Mat selamba sambil tangan mengemas simpulan kain pelikat yang sedikit longgar. Sam Van Der Mat cukup risau kalau kain pelikatnya terlucut.
“Ni yang Lola malas nak tanya ni. Lola serius tanya, Abang Sam main-main pulak. Benci tau….” Lola memaling muka tanda protes atas jawapan suaminya yang entah apa-apa tadi.
“Ala-ala bucuk abang. Ok-ok. Abang tanya sayang satu soalan. Sayang dengar baik-baik yer. Sayang pernah cemus tak tengok hidung abang ni? Sayang ada masa 5 saat dari sekarang…” soal Sam Van Der Mat bernada serius sambil mengurut-ngurut tulang hidungnya.
“Mana pernah. Dulu kini dan selamanya. Hidung abang tetap pujaan hati Lola…” sepantas 2 saat Lola menjawab manja.
“Manja pulak suara bini aku malam ni…” bisik hati Sam Van Der Mat yang terpaku sebentar.
Belum sempat Sam Van Der Mat jauh berangan, Lola terus bertanya, “Apa kaitannya pulak antara hidung mancung Abang dengan hobi bola Abang tu?”
“Ah, sudah. Aku nak jawab apa lagi. Kismis dah habis. Buntu kalau camni…” getus Sam Van Der Mat mula kehabisan idea.
@hafizmd – Takde idea nak update. Saja merepek. Jadi kita berehat sebentar bersama salah sorang blogger terkenal yang baru membogelkan sesuatu?
sape yg membogelkan saoa tu?..hehe
p/s : van der mat tu dah sit2 bunyi mcm van der vaat lak..haha
jwpan cam biasa akan d sambung kemudian heeee
kena klik utk tau sape dia…heheheh
p/s-tu pemain yg dia suke…tu yg dapat nama samaran camtuh…hahahaha
memang ada bakat tulis cerpen ni
buat cerpen lucu, bro
aku suka…
hehe
hehe…sikit2 jer cikgu…main hentam tulis…
insyaAllah, ada sambungan sikit lagi…hehe
terima kasih cikgu…semngat2 =)
sikit tapi kreative bro… susah nak cari bakat semula jadi ni…
@rahman, main redah jer ni bro…nak sambung dah tak tau camne…hahaha
tp mesti sambung sbb oranje dah balik kampung =)
thanks bro kasi semangat 😀
sama gak..chii suka..tergelak chii dibuatnya..eheh
menarik gak cerpen ni..boleh la challenge titan..hehe
hhehe…mane leh lawan titan…dia dah lama dalam tulis2 cerita pendek2 ni…hehehehe
thanks cik tom…
kalau lelaki minat bola.. . perempuan minat shopping. .. tuhan tu adil kan. .. 🙂
Gitulah. Masing2 ada minat tersendiri. Mmg dia Maha Adil =)
saya minat dua2..macam mana tu?
‘Sam Van Der Mat’ pandai je hafiz guna nama ni eh….? :p org apa ni……..? sesat kat malaysia ke…. hehehe
hehehe…org Malaysia, tp nama glamer jer tuh… =)
bogelkan blog ada juga heee tu tukarkan baju dia jer
jangan lili & stich sudah ar tu mmg katun kegemaran saya heee
macam kenai ja soklan, lebih kurang la kan… heheee.. tak pe, sebab van der mat, layan jer..
cemuih tu benda wehh? haha..
hehehe…cemuih tu jemu bro
ni bukan ke bahasa org utara?
Cemuih tak pernah wujud dalam kamus hidup cheq. hehehe
hehe….lelaki kacak mana pernah cemuih bro….terbaik!
Layan sahaja entri ini. Menarik jalan ceritanya walaupun tidak tahu yang mana satu hujung dan mana satu pangkal. 🙂
Terima kasih bro.
Bila menulis tiada plan, hilanglah hujung dan pangkalnya…hehehe
wah2…ada cerpen plak kat sini ye..hehe…
hehe….cerita pendek2 merepek jer bard…hehehe
takut nak klik siapa yang membogelkan siapa tu,,hehehe
aisey…nak banding bola ngan idung..chii ingtkan nak compare ngan shopping td..ehehe..
hahaha..ingtkan apa tadi..pelik jer tajuk..lepas baca ni baru ler faham..
keh3…kena baca sampai habis…baru hadam…hoho