“Di mana letaknya lemak?”

lemak susu Assalamua’laikum.

|Siri 1: Utusan Maharaja Rom & Siri 2: Dahri Utusan Maharaja Rom vs Imam Muda|

Dahri, utusan Maharaja Rom masih lagi tak puas hati. Lalu diajukannya soalan ini.

“Bila pula Tuhan dilahirkan?” tanya Dahri.

Imam Muda pantas menjawab, “Sudah saya katakan tadi, Allah tidak dilahirkan dan tidak melahirkan. Allah itu wujud sebelum wujudnya sesuatu termasuk sebelum masa dan tarikh dicipta. Wujudnya Allah tak terikat oleh masa dan waktu, “.

“Mana mungkin, berikan aku buktinya….,” lanjut Dahri dalam nada yang semakin menekan.

“Baiklah. Apakah angka sebelum nombor satu?”

“Kosong atau tiada….,” laju Dahri menjawab.

“Nah, kalau nombor itu pun tiada angka sebelumnya, apa sangatlah yang nak dihairankan dengan Allah yang Maha Satu itu, tiada yang mendahuluinya,” jawapan Imam Muda mudah dan terang.

Dalam nada yang tersekat-sekat, Dahri bertanya lagi, “Kalau macam tu, di manakan tuhan kamu tu berada kerana tiap sesuatu mesti ada tempatnya..”.

“Maha Suci Allah yang tetap wujud tetapi tidak mempunya tempat,” jawab Imam Muda tegas.

“Aku tahu, kamu mahukan buktinya, kan? Kita semua mempunyai nyawa, jadi tunjukkan aku di manakah letaknya roh atau nyawa itu. Diperutkah? Di tapak kakikah?” soal Imam Muda kepad Dahri.

Dahri terkesima buat kali entah yang keberapa atas kebijaksaan Imam Muda ini.

“Aku berikan contoh lagi sambil meminta segelas susu. Kamu percaya atau tak, dalam susu ini ada lemak?” soal Imam Muda.

“Aku percaya….,” lemah jawapan Dahri.

“Baiklah. Sekarang tunjukkan kepada semua, di mana kedudukan lemak itu,” tanya Imam Muda.

Dahri kelu. Lidahnya semakin berat untuk menjawab kembali soalan Imam Muda yang bijaksana itu.

Dalam nada yang mulai kendur Dahri bertanyakan sesuatu, “Siapa gurumu wahai anak muda?”.

“Guruku ialah Imam Hammad dan beliau ada di sini. Sekiranya saya tidak dapat kamu tewaskan, apatah lagi kalau kamu berdebat dengan guruku…,” ujar Imam Muda.

Dahri menelan air liur tanda kegerunan. Lantas bertanya lanjut, “Siapa nama kamu wahai anak muda?”

“Nama sebenar saya ialah Nukman tetapi ramai yang mengenali saya dengan panggilan Abu Hanifah,” jelas Imam Abu Hanifah.

Dahri masih tidak puas hati. Mana mungkin dia tewas seteruk itu ditangan anak muda. Dia terbayang kemusnahan reputasinya yang gah selama ini. Dia masih lagi mempunya baki soalan untuk diajukan. Soalan yang lebih mencabar.

Imam Abu Hanifah kelihatan sungguh tenang menghadapi perdebatan ini.

Apakah soalan lain yang bakal ditanya oleh Dahri?

@hafizmd – Nampaknya, banyak lagi soalannye ni. Fikir dan sambung ke tak…hehehe