Utusan Maharaja Rom

utusan maharaja rom

Assalamua’laikum.

Masjid Kuffah. Kerancakan kuliah subuh Imam Hammad terhenti seketika bilamana seorang utusan Khalifah Yazid terkocoh-kocoh menemui beliau. Dalam suara yang masih kepenatan, utusan Khalifah Yazid berkata, “Wahai Tuan Imam, Khalifah memerintahkan Tuan Imam untuk datang ke Baghdad hari ni juga, kerana ada satu urusan yang teramat penting untuk diselesaikan Tuan Imam.”

Imam Hammad pantas bertanya, “Boleh saya tahu, urusan apakah yang penting ni wahai utusan Khalifah?.”

cerita debat agama islam“Khalifah Yazid sedang susah hati wahai Tuan Imam kerana ada seorang lelaki yang dihantar oleh Maharaja Rom dahpun berjaya menewaskan semua ulama di Kota Baghdad. Soalan-soalan yang diajukan oleh lelaki ini semuanya sukar untuk dijawab wahai Tuan Imam,” balas utusan Khalifah.

Imam Hammad mendengar penuh tekun. “Andai tak keberatan, apa soalan-soalanya? Balas Imam Hammad dalam nada yang lebih tegas.

Dalam kerancakkan perbualan antara wakil Khalifah Yazid dan Imam Hammad, seorang anak murid Imam Hammad yang masih muda menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap perbualan Gurunya itu. Pemuda ini antara murid kesayangan Imam Hammad. Pemuda ini juga tertanya-tanya apakah soalan Utusan Maharaja Rom yang telah menewaskan semua Ulama Baghdad.

Sambungan:

@hafizmd-Hari minggu yang agak sibuk =)