Oh! Jawi

pepatah melayu haiwanAssalamua’laikum.

Kali ni, saya lempiaskan entri santai saja. Entri berkisar satu suku kata, JAWI. Jawi banyak maksudnya. Antaranya ialah kita kaitkan dengan tulisan Jawi. Jawi pekan (peranakan) membawa erti orang yang berketurunan Melayu dan India. Masuk jawi? Maksudnya bersunat. Pandai. Sekarang musim cuti sekolah. Inilah saatnya untuk masuk jawi. Jawi-jawi pulak? Sejenis pokok beringin (Ficus benjamina). Banyak sungguh maksudnya, kan?

Tapi, satu yang menarik perhatian saya ialah penggunaan jawi yang satu ni. Memang menarik. Jom kita pakat selongkar khazanah bahasa kita.

1. Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan: Setiap perbuatan dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.

2. Bagai jawi terkurung siang: Sangat gelisah kerana tidak bebas.

3. Bagai jawi ditarik keluan: Menurut dengan tidak membantah (keluan ialah tali yang dicucuk kat hidung jawi tu).

4. Bagai jawi pulang puntung; didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk: Orang bodoh yang tak dapat diajak berunding.

Apa maksud jawi dalam peribahasa ni? Jawi=Lembu/sapi.

Kita sedar atau tidak, banyak peribahasa/pepatah Melayu kita sangat berkait rapat dengan flora dan fauna. Betul tak? Cuba tengok contoh yang ni;

– “Buah cempedak di luar pagar” – Cempedak. Buahan tempatan. Mana ada guna Apple.

– “Pisang emas dibawa belayar” – Pisang. Masih lagi buahan tempatan. Bukan Samsung Galaxy Tab

Sedar atau tak, ia juga jelas menunjukkan nenek moyang kita amat rapat dengan aktiviti pertanian. Berbakti pada tanah. Setuju?

@hafizmd – bakal menyusul entri “Dahri Utusan Maharaja Rom vs Imam Muda”

Sumber: http://prpm.dbp.gov.my