Dahri Utusan Maharaja Rom vs Imam Muda

"imam abu hanifah"Assalamua’laikum.

Imam Hammad yang sudah kembali dari mengadap Khalifah Yazid masih lagi belum menemui jawapan bagi soalan Dahri, utusan Maharaja Rom. Mulutnya tak henti berzikir pohon petunjuk Ilahi.

Lebih pelik, malamnya dia berada di sebuah dusun yang luas dan indah. Muncul seekor khinzir telah memakan sepohon kayu rendang dan lebat buahnya. Habis dimusnahkan dahan dan ranting, yang tinggal hanyalah batangnya. Tiba-tiba muncul seekor harimau lalu menerkam dan membunuh khinzir itu.

Mendengar mimpi Tuan Gurunya itu, anak murid kesayangan Imam Hammad tersenyum sambil bersedia mentafsir mimpi tersebut.

“Tuan Guru, izinkan saya menafsir mimpi itu,” kata pemuda itu.

“Dusun yang luas dan indah itu ialah agama kita. Pokok yang berbuah lebat itu ialah sekalian ulama yang ada sekarang, manakala sepohon kayu yang tinggal ialah Tuan Guru sendiri. Khinzir itu ialah utusan Maharaja Rom, Dahri dan harimau yang membunuh khinzir itu ialah saya. Maka izinkan saya berdepan dengan utusan itu,” jelas anak muda itu penuh yakin.

Imam Hammad bersetuju memandangkan anak muda itu bukan calang-calang orangnya. Dia berguru dengan hampir 200 ulama muktabar.

Hari perdebatan tiba. Dahri, utusan Maharaja Rom dengan sombongnya mengaku dia tidak mempunyai pegangan agama.

“Aku mencabar seluruh ahli agama dan yakin wujudnya tuhan untuk berdebat dengan aku,” angkuh Dahri sambil bercekak pinggangnya.

“Wahai Dahri yang angkuh, hari ini aku akan mencabar kamu. Dengan izin Allah, aku akan menjawab semua soalan kamu!. Maka, katakanlah apa soalan-soalan kamu itu,” balas anak murid Imam Hammad.

Dahri yang memandang rendah pada pemuda itu mula melontarkan soalan-soalan yang telah berjaya memerangkap ulama Baghdad sebelum ini.

“Soalan pertama, benarkah Allah itu wujud?” dalam nada angkuh dia memulakan dialog.

“Benar sebenarnya. Sesungguhnya Allah itu memang wujud,” tegas Imam Muda itu.

“Andai benar Allah itu wujud, bila Dia dilahirkan?” tanya Dahri lagi.

“Allah tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan. Dia yang pertama dan terakhir. Tidak ada sesuatu sebelumnya dan sesudahnya,” jawab Imam Muda jelas dan yakin.

“Mustahil tidak ada yang mendahuluinya dan tidak ada yang kemudian darinya. Tunjukkan aku contohnya,” nada Dahri masih lagi tinggi mengangkuh.

“Baiklah. Cuba kamu tengok pada lima jari aku ini. Ada jari tak sebelum ibu jari ini? Dan cuba kamu tengok pula, ada tak jari selepas jari kelingking ini? Sekiranya jari ini tuhan boleh buat begitu, apatah lagi dirinya?”

“Bijak juga akal budak muda ni,” Dahri terkesima dengan jawapan Imam Muda itu. Dia mesti tewaskan Imam Muda ini untuk meraih penghargaan Maharaja Rom.

Mana mungkin Dahri mengalah semudah itu. Lagipun dia sudah bersedia dengan beberapa soalan lagi yang diyakini akan memerangkap Imam Muda, anak murid kesayangan Imam Hammad.

@ hafizmd – apakah lagi soalan-soalan utusan Maharaja Rom? Berehat sebentar bersama Blog of The Year =)