Kerana Roti Canai?

Assalamua’laikum.

Kerana sekeping roti canai? Entri hari ni serba ringkas. Ambe nak berkongsi satu cerita. Pagi tadi, kami macam biasa cari tau fu fah kat pasar pagi, Greenwood. Ada satu pakcik tu jual tau fu fah ni. Memang sedap dan cukup kena dengan anak tekak ambe. Beli 3 bekas, sebekas baru RM1.30. Nanti simpan dalam peti sejuk, barulah lebih power kesedapannya. Ok. Itu baru intro. Ini baru kisah sebenar di pagi hari Ahad.

Sambil tunggu sarapan pagi kami, tiba-tiba makcik kat meja belakang kami bising-bising.

“Mana roti telur banjir ni? Dari tadi order tak sampai-sampai!” Makcik semacam sengaja kuatkan suara.

Kami sebenarnya perasan, mereka dah dapat 2 keping roti canai terlebih dulu berbanding kami yang lebih awal buat order. 2 keping roti yang mereka dapat tadi pun, sebenarnya roti untuk meja kami. Tak kisahlah, bukan kami nak ke mana-mana pun. Tunggu jer roti lain sampai.

“Eh, mana roti ni. B*D*H betullah!” Makcik tu dengan selamba jer sound seorang makcik tukang hantar roti canai. Agaknya dah lama tak jumpa roti canai. Tu yang marah bebenor. Kesian makcik pekerja kedai. Ambe sempat tengok muka makcik pekerja kedai tu, berkerut dan terkejut.

Kami hanya pandang sama sendiri. Lebih menyedihkan keadaan, yang cakap kasar tadi seorang ibu dan isteri. Ada 2 orang anak kecil yang makan bersama dengan dia. Suami dia pun ada kat situ. Suami dia diam jer. Tak sampai 2 minit, menu mereka sampai. Ambe nampak suami makcik tadi cakap perlahan-lahan kat pekerja kedai tu. Mungkin minta maaf agaknya.

Moral cerita: Kalau kita nak anak kita cakap elok-elok, kita sebagai ibubapa, wajib tunjukkan contoh. Kalau bukan ibubapa yang jadi model, siapa lagi?

Benar kata orang tua-tua, “Kerana mulut badan boleh binasa”.

@hafizmd – Kerana Roti Canai? Ok. Sape suka makan tau fu fah?

63 comments

  1. Sikap terbiasa yang kalau tidak ditegur oleh si suami, ia akan berterusan dan semakin buruk. Dan yang paling buruk bila si anak menganggap perbuatan itu tiada cacat celanya dan mereka akan ‘mewarisinya’.

  2. tak mustahil anak makcik tu pun akan jadi kurang ajar dengan orang lain dewasa nanti bila dia sendiri pun tak boleh nak control mulut depan khalayak ramai.

  3. ish pelik giler ngan makcik tuh, dah la “perempuan” pastu lagi “sikap kurang ajar” melebihi suami dia plak, anak anak boleh rosak macam ni

  4. kalau anak2 mengikut sikap camtu memang tak leh nak salahkan anak2 tu la..hehehe..udah ibu yang mengandung pun bagi didikan yang ‘terbaik’..

  5. ambe naik benci org camni bukan kena tgu 30 minit tu tak sampai dah naik hantu klu nak pi buat sendri. bukan ke makan kt kedai kita mesti belajar bersabar

  6. kita tak boleh pentingkan diri sendiri kita jika kita bersikap bergini orang akan ckp buruk2 pada kita malulah jika benar kita org islam pastu org melayu nampak sangat seperti kita belajar adab langsung.

  7. fuhh boleh tahan makcik tu. apelaa. order lambat sampai pun, kena la paham sikit diorang tu banyak order lain nak buat. its all about manner! depan anak anak pulak tu. sedih.

    1. sedih…mmg sedih..sbb bukan lama pun dia tunggu..ade 1-2 meja yg order dulu dari makcik tu, tp relaks jer..

      mungkin jugak dia ada masalah hari tu…huuuhu

  8. *terliur sekejap*

    memang kena jaga mulut depan anak-anak kecil. Kalau depa dah besar dan jadi biadap pandai pula salahkan orang lain.

  9. Kalau dia cakap elok-elok pun rasanya pekerja tu boleh paham kan? Tak perlu la nak marah-marah macam tu. Panas ati plak baca cerita ni.

  10. heheeh aku dah lali dah kalau makanan sampai lambat ni,
    kalau di marah2 nnt dia ludah ke apa ke dalam masakan lagi naya keh3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *