5 Cara Jadi Super Abah!

Assalamua’laikum.
5 Cara Jadi Super Abah! Perasan tak, corak kita mendidik anak-anak pasti ada persamaan dengan cara didikan abah kita sendiri. Sekarang, kita dah besar panjang, dah berumahtangga dan punya keluarga sendiri. Pasti setiap kali melayan keletah anak-anak, terbayang saat abah sendiri menyantuni dan mendidik kita masa kecil-kecil dulu. Dulu-dulu, kita sedikit memberontak bila abah tetapkan peraturan itu dan ini. Ternyata, abah kita adalah Super Abah!

5 cara menjadi super abah!

1. Terapkan nilai Islam. Perkara seperti lafaz syahadah, solat, pengajaran al-Quran, cara menutup aurat yang betul, doa-doa harian dan sebagainya. Bagi ambe, contoh terdekat untuk anak-anak ialah kita sendiri, ibubapa. Seorang Abah kenalah bertegas terutamanya dalam soal pakaian waima anak perempuan baru berusia 4-5 tahun. Dengan isteri, apatah lagi! Sila baca entri ini untuk jadi super suami –> Menjadi Super Suami

2. Tetapkan peraturan. Antara peraturan yang masih ambe ingat dan takkan lupa ialah;

  • Kami adik-beradik mesti ada dalam rumah sebelum waktu Maghrib. Kalau tak, siaplah terima ‘bonus’.
  • Lagi satu, jangan tengok tv waktu Maghrib, kalau tengok juga, terimalah ‘bonus berganda’. Apakah kita ibubapa sekarang, mampu terapkan peraturan ini dalam keluarga kita?

3. Kenalkan dengan sanak-saudara. Memang menjadi amalan terutamanya kepada kami anak-anak lelaki untuk ikut arwah Abah ke kenduri dan majlis tahlil. Masa-masa beginilah, arwah Abah akan kenalkan kami pada semua saudara sepupu sepapat dan kawan-kawan Abah. Siap dengan pesanan lagi, “kalau nampak anak-anak ni buat tak tentu hal, pandai-pandailah tegur…’

4. Jadi fleksibel. Seorang suami memang perlu memaksa diri menjadi super Abah. Bukan setakat power bawak kereta, tukar tayar kereta, modified kereta, tapi perlu juga power bab-bab kerja rumah. Basuh baju pandai, basuh pinggan berkilat, basuh baju wangi, masak ikan siakap steam pun sedap. Pandai baiki basikal anak, petang-petang bawa anak isteri berjoging kat taman ataupun pergi mandi air terjun Serendah. Macam mana?

5. Prihatin dalam setiap perkataan & perbuatan. Anak-anak ni memang manusia yang power dalam aspek ‘copy and paste’. Apa yang kita cakap dan buat, itulah yang mereka akan buat. Tak lebih, tak kurang. Jadi, untuk menjadi seorang abah yang super, memang perlu didik diri sendiri mengawal perbuatan dan perkataan. Entri ini, “Kerana Roti Canai” cukup memberi sesuatu pada ambe.

Itulah 5 cara untuk seorang suami menjadi seorang super Abah. Entri ini khas ambe tujukan buat ingatan diri sendiri. Sesungguhnya, ambe amat terhutang budi dengan didikan arwah Abah dan Ma. Moga Allah jua yang mampu membalas setiap kebaikan kedua ibubapa kita. Ameen.

@hafizmd – 5 Cara Jadi Super Abah! Terharu bila arwah Abah cakap, “Abah bangga dengan anak-anak Abah”. Al-Fatihah untuk Abah.