Gaji Pertama Ashadee
Assalamua’laikum.
Gaji pertama daripada Ashadee.com. Serius, bukan mudah nak buat duit online dengan blog ni, tapi….tapi bukan takde jalan. Ada jalan, tinggal nak korek dan rajin-rajinlah pasang umpan banyak-banyak. Ada rezeki, insyaAllah melekat satu dua umpan seminggu. Ambe nak citer bab pasang umpan ni pun, bukannya pandai sangat. Jadi, entri khas ambe buat untuk naikkan motivasi diri sendiri untuk terus kuatkan semangat dalam mencari duit sampingan dengan blog ni. Anda bagaimana?
Duit online 100% dengan blog
Biarpun tak banyak, tapi kemanisan tengok email masuk pagi tadi dah cukup membenihkan semangat untuk kerja lebih kuat. Kalau tak mula dengan seringgit, macam mana nak dapat beringgit-ringgit? Betul tak? Kalau korang ada rasa macam nak putus asa, rasa macam nak gigit-gigit laptop korang, rasa nak hempas-hempas keyboard tu, baik korang lupakan saja niat kurang bijak dan kurang murni tu. Biarpun ada masanya sebulan email korang tak diterjah oleh email-email komisen, itu bukannya petanda korang dah hilang power nak buat duit dengan blog.
Itu tandanya, kita nak kena kerja lebih kuat. Kena buat kerja betul-betul. Jangan mengalah, sebab sape-sape yang cepat mengalah, itu tandanya kita dah hilang sifat manusiawi yang asalnya tak suka kalah. Betul tak? Semua orang suka menang, kan? Jadi, lepas ni pakat-pakat kita usaha lebih kencang ‘mencang’. Taburlah umpan sebanyak mana yang kita suka. Jangan lupa untuk pilih produk yang ada orang nak beli. Kalau kita sendiri baca surat jualan produk macam tak best jer, cari produk lain yang boleh convert jadi sales.
Korang lebih power daripada ambe. Mohon kongsikan tips kalau ada benda nak tambah.
@hafizmd – Entri motivasi khas untuk ambe. Buat duit online. Ramai yang dah kencang. Mereka ramai yang ‘blogger bawah tanah.’
Boleh jadi motivasi kawan jugak lah yerr…. 🙂
haah..sekalilah…hehe
Tahiah… Dapat RM24 buat kali pertama.. banyak juga tu…
alhamdulillah…permulaan yg baik..thanks bro
oho..tahniah..moga dapat lagi banyak lagi pasni 😀
ameen…terimakasih bro
aku tunggu esok la jawabnya..hoho
dah dapatkan? hehe
Bukan senang tp kalau kena cara jd senang nak buat duit
Janji usaha
Tahniah bro
Betullah bang sop.
Alhamdulillah, ada rezeki utk keluarga…
terima kasih bang sop
Wow wow, subhanAllah. 🙂
Tahniah sekali lagi.
Rezeki Allah hanya bagi mereka yang berusaha dengan ikhlas.
Moga terus maju saudara Hafiz. 🙂
Alhamdulillah. Rezki Allah =)
Terima kasih bro Asyrof…eh, camne ngn temuduga RTM?
ambo tumpang semangat demo..hehe
tahniah!!!
molek2…ambo tumpang semangat demo jugok ni..terima kasih cikgu!
Tanniah, usaha yang dicurahkan membuahkan hasil.
Alhamdulillah. Terima kasih bro AB
oo ashadee x-jomniaga tu…
haah…jomniaga
semoga selepas nih makin banyak bro dapat…=)
ameen..ameen ameen…terima kasih bro PM
Tak boleh jadi ni…asyik2 orang lain jer dapat..Pondok Kecil kena sahut gak ni..haha..tahniah bro..deme meme kemas..haha
Jomler boh! Pakat hayun kasi lebam..eyah!
Terbaik bro! Keep up the good work. Saya baru sekali je dapat dgn affiliate ni, banyak lagi kena belajar.
Terima kasih Hip Mom.
Samalah kita. Sama2 kita kuatkan usaha…yeah
alhamdulillah
nampaknya rezeki sedang mencurah
Alhamdulillah. Rezeki utk keluarga…alhamdulillah
Tahniah. Lepas duit makan malam sekeluarga. Semoga bertambah masyuk…
tahniah. mesti ada yang kedua dan seterusnya ni lah…
Alhamdulillah rezeki… Moga murah rezeki lagi lepas ni
Alhamdulillah. Terima kasih KB! ameen ameen ameen
dah jumpa track tuh
isnyaAllah..ameen..masih sangat2 baru dalam bidang ni..thanks bro kasi semangat!