Buat USD 5 pertama dari internet…

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis di sini dan insyaAllah akan kembali menerjah blog teman-teman semua setelah hampir 5 hari saya menyepi.

Dua tiga hari ni, akaun email saya asyik diterjah oleh “Renewal Notice” saja. Ini yang tak seronok ni bila tiba masa untuk perbaharui domain dan juga hosting. Duit dan duit lagi. Siapa cakap pakai ‘self-hosted’ blog semuanya indah belaka? hehehe…

Tapi, alhamdulillah, berkat hasil tabungan sikit-sikit, untuk proses “renew” kali ni, saya hanya akan guna beberapa USD yang dah lama saya peram, khas untuk bayar domain dan juga hosting. Agak-agak ada yang tanya, mana pula datangnya duit dalam akaun Paypal tu?

Ok. Untuk menaikkan semangat saya sendiri dan teman semua, saya akan kongsikan sedikit ruang bagaimana untuk buat duit $5 pertama dari internet. Sebelum itu, perkongsian ini jauh sekali untuk menunjukkan yang saya sudah berpengalaman luas dalam arena buat duit secara ‘online’, cuma ingin berkongsi sedikit ruang yang ada dan sedikit USD yang saya dapat malah jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk. Wanau’zubillahi minzalik.

Kenapa $5? Bukan $1? Sebabnya program yang saya nak sebutkan ialah Fiverr. Saya cuba tulis dalam bentuk soalan. Harap mendapat manfaat.

1. Program ni betul-betul atau scam?

Memang betul! Saya pernah keluarkan USD dari Fiverr ke akaun Paypal. Urusan pemindahan USD memang cepat.

2. Bagaimana nak sertai?

Senang saja. Terus http://www.fiverr.com/ dan daftarkan diri anda. Isi segala butiran yang dikehendaki. Kemudian, sedia untuk menjual!

"cara buat duit online fiverr"

3. Nak kena ada akaun Paypal ke?

Setakat yang saya tahu, duit yang ada dalam akaun Fiverr hanya boleh dipindahkan ke akaun Paypal@digunakan untuk membeli servis yang disediakan oleh penjual lain.

4. Perlu ada blog untuk sertai Fiverr ni?

Tak semestinya. Semua servis kecil yang kita jual, bergantung kepada kreativiti dan kesediaan kita untuk buat sesuatu kerja hanya untuk $5. Contohnya begini;

"cara buat duit dari internet fiverr"

5. Ada bukti ‘screenshot’ tak? Bukannya tak percaya, saja nak tengok..hehe

Ada. Saya sertakan di bawah ni. Tak banyak pun, tapi bolehlah setakat nak perbaharui domain dan hosting.

"cara buat duit online fiverr"

6. Berbaloi ke buat kerja untuk hanya $5?

Untuk soalan ini, saya tiada jawapannya. Bergantung juga kepada kita, kalau kita rasa penat lelah kita lebih berharga dari USD 5, mungkin ini bukan tempat yang sesuai, tapi kalau kita rasa ok..bolehlah dicuba. Ingat ya, memang $5 sahaja (selepas kerja kita disahkan, kita hanya dapat $4 sahaja!). Jadi, kerja apa yang padan dengan usaha $5??? Sama-sama kita fikirkan.

Setakat itu saja perkongsian motivasi di pagi Isnin ni. Harap memberi sedikit perangsang dan semangat untuk terus berblogging dan berkongsi rasa serta pengalaman.

® hafizmd – selalu berfikir, lebih baik ada dari tiada…setuju tak?

64 comments

      1. @hafizmd, saya setuju.Kaau perkara yang kita buat disertai dengan minat,hobi boleh bertukar menjadi punca rezeki.

        Apa lagi,fikirkanlah apa yang anda minati dan tukarkan menjadi wang kepada anda.
        .-= Panduan Buah Pinggang Sihat´s last blog ..Ketahui Tahap Kreatinin Melalui Ujian Darah =-.

  1. apa boleh aku katakan.setakat ni
    cuma dapat je.
    .-= Ali ridha´s last blog ..Malaysian hacked into US Fed- prosecutors =-.

  2. diinternet ni.aku pernah kumpul banyak duit.
    nak keluar pula.tiada akaun paypal.
    .-= Ali ridha´s last blog ..Malaysian hacked into US Fed- prosecutors =-.

  3. benda yang baik tu.apa salah dikongsi bersama.
    .-= Ali ridha´s last blog ..Malaysian hacked into US Fed- prosecutors =-.

  4. baru tahun ni.aku mohon/apply
    kad prabayar.
    .-= Ali ridha´s last blog ..Malaysian hacked into US Fed- prosecutors =-.

  5. $5 mmg tak besar mana.tapi
    boleh kumpul beli beras.
    untuk depan punya beras.hehehe………
    .-= Ali ridha´s last blog ..Malaysian hacked into US Fed- prosecutors =-.

    1. bahagian mana yg bro isa kurang? kalau boleh saya bantu, saya bantu…hehe…takpun, bila ada masa, boleh saje godek2 fiverr tuh…mane tau…dapat job buat banner simple2 jer…kalau dapat 5job/seminggu…oklah jugak…hehe

    1. hehe…setakat ni memang bukan scam..sebab apa yg dibuat…memang dibayar…sebab pembeli bayar dulu, kemudian dalam masa yg kita sendiri tetapkan..kite kene siapkan kerja yg dijanjikan…kalau tak, pembeli ada hak utk batalkan order dan mereka dapat balik duit mereka….

  6. aku ada dengar pasal benda ni tapi tak berapa nak yakin,
    nasib baik bro tujukan bukti 😀
    .-= dnoBiz´s last blog ..Peluang Perniagaan – Berani Untuk Gagal- Tapi Beranikah Untuk Hilang =-.

  7. wow.. nice bro… 🙂 x semestinya nak buat duit online kena ada blog… 🙂
    .-= Mohd Hafiz´s last blog ..Make Money Online – Advertlets Give Me RM 20 for Free =-.

  8. aku tak berapa pengalaman buat duit online ni.. elok juga ni sekali sekal mencuba
    .-= kulanz´s last blog ..The Social Network Punya Cerita =-.

  9. Lupa ID Fiverr aku. Email mana ntah aku guna. Sebelum nie masuk tk saja, xdak idea nak offer kat situ.
    .-= Anwar Osman´s last blog ..Kaspersky Antivirus 2010 License Update using 2011 License Code =-.

  10. Memang byk cara buat duit di internet ni.. cuma kena usaha dan sabar aje.. 😀
    .-= Ismail N´s last blog ..Hoki Sukan Asia 2010 – Malaysia Tewaskan India 4 – 3 =-.

  11. 2nd time masuk sini baru terbuka nak klik link tu…huhu..bz bz…insya’Allah akan buat..thanks 4 sharing
    .-= rashid´s last blog ..Cari Kerja dekat JobCentralCom =-.

  12. aka akaun fiverr tp xdeservis pun… sebelum ni ada letak 1gig… tp mungkin ramai sgt persainganagaknya… jadi orang tak nmpak 🙂
    .-= Fahmi Raazali´s last blog ..Colmar Tropicale- Bukit Tinggi- Pahang – Photoshoot =-.

    1. mungkin juga tu..bila ramai pesaing…mmg susah sikit nak dapatkan pelanggan…boleh cari idea lain pula…atau rebranding gig tu…mana tahu..ada rezeki lagi..:D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *