Pendidikan seks tahun depan, apa pandangan anda?

Kita telusuri statistik berikut dulu.

Carian kata kunci ‘seks’ menggunakan Google Trends

"statistik carian keyword seks guna google trend di malaysia"

Terkejut? Semuanya top 5?

Mungkin ya dan mungkin juga tidak.

Meneliti paparan berita di malaysia.news.yahoo.com pagi tadi tentang pendidikan seks yang akan dimulakan mungkin secara lebih menyeluruh bermula tahun depan membangkitkan satu rasa ingin berkongsi dan membaca pendapat sahabat-sahabat semua.

Untuk sama-sama kita mendapat manfaatnya, saya pecah-pecahkan kepada beberapa tajuk kecil. Moga ada manfaat dari perkongsian ini.

Sejarah pendidikan seks di Malaysia

  • Mengikut kenyataannya, panduan pendidikan seks telahpun diluluskan oleh Jemaah Kabinet pada tahun 2006 tapi tidak dilaksanakan sepenuhnya ——> kenapa sekarang baru perlu diperluaskan?
  • Silibus – hanya berkisar tentang sistem reproduksi dalam kelas Sains —–> Siapa antara kita dalam kelas Sains masa kanak-kanak riang dulu? Apa yang kita belajar masa kelas sains bila masuk bab sistem pembiakan?

Kenapa wujudnya pendidikan seks?

Sudah pasti sebab wujudnya pelbagai gejala kurang sihat, antaranya;

  • Melayari laman web lucah
  • Hubungan seks sebelum kahwin
  • Buang bayi
  • Jangkitan penyakit berbahaya seperti AIDS
  • Kes kanak-kanak/pelajar dicabul@dirogol
  • Lari dari rumah
  • Bunuh diri dan sebagainya

Apa agaknya yang tidak kena dengan panduan pendidikan seks sekarang?

Berdasarkan pembacaan dan pengalaman, sila tambah jika ada. Mungkin anda setuju atau tidak setuju. Terpulang pada pandangan masing-masing.

  • Kalau masih ingat dan tak silap saya, dalam Tingkatan 3 ada silibus sistem pembiakan. Di sini, baru kita belajar perihal sistem pembiakan lelaki dan perempuan, kitaran haid (hafal saja masa tu..), dan semuanya dipelajari dalam masa yang teramat singkat. Mengapa?
  • Guru-guru yang tidak terlatih. Ada dakwaan yang guru-guru (kalau masa saya, Cikgu Biologi yang ajar bab-bab ni..) yang diberi tanggungjawab untuk subjek ini tidak terlatih dan malu, malahan ada yang ‘tidak sampai hati’ untuk menyebut perkataan seks mahupun kondom di dalam kelas. Adakah guru berasa tidak selesa?
  • Mungkin ketiadaan penglibatan guru-guru agama dalam sistem pendidikan seks.
  • Kekurangan@ketiadaan penglibatan pakar@ulama’ dalam menggubal panduan pendidikan seks sebelum ianya diimplimentasi. Mungkinkah berlaku?
  • Apakah panduan yang mendasari sistem pendidikan seks ini? Acuan dari panduan barat yang kemudiaannya diolah atau bagaimana?

Maka, perlukah kita kepada pendidikan seks di sekolah seawal tahun satu?

Secara peribadi saya rasa ianya KURANG WAJAR. Kenapa?

  1. Faktor keberkesanan – Pendidikan seksualiti yang super power berkesan sepatutnya bermula di rumah dan bukannya di sekolah. Saya yakin, masih ramai ibubapa yang bersikap konservatif yakni yakin anak mereka faham dan mengerti dengan sendirinya. Berfikiran yang anak remaja mereka sudah pandai jaga diri sendiri. Luangkan masa untuk bercakap dan menjadi teman serta motivator mereka, bukannya tempat terakhir mereka untuk mengadu!
  2. Peranan ibubapa – Sememangnya pelajar sekarang lebih banyak masanya dihabiskan di sekolah (pagi kelas rasmi, diikuti kelas sukan, kelas tambahan, berpersatuan dan lain-lain aktiviti). Dengan ini, ibubapa/abang/kakak wajib main peranan yang lebih baik. Dekatkan diri dengan mereka untuk bertanya apa saja aktiviti mereka di luar pandangan kita. Siapa kawan mereka, siapa guru sukan, guru disiplin dan lain-lain.
  3. Faktor pengaruh – Siapa contoh terbaik untuk anak-anak kalau bukan ibubapa sendiri? Setuju tak? Maka, bagaimana caranya ibubapa untuk berhadapan dengan situasi ini juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Mungkin juga perlu ada kelas tambahan untuk ibubapa yang memerlukan bimbingan.
  4. Faktor teknologi – Tidak wajar kemudahan teknologi yang ada dipersalahkan. Semuanya kini dihujung jari! 1klik 1dosa. Semudah itu bukan? Ibubapa wajib memantau kegiatan anak-anak di internet. Periksa history laman web yang dilayari dan lagi senang, install web blocker. Budak-budak sekarang memang advance! Setuju?
  5. Faktor sosial – Kita dulu-dulu biasa juga bermain getah ‘zero point’ dengan kawan-kawan perempuan atau berlawan bola baling, tapi hanya setakat itu! Sekarang? Budak darjah 4 pun sudah pandai bermain cinta! Facebook tak payah cakaplah! Blog?? Maka, cara bersosial yang betul perlu diperkenalkan kepada anak-anak/adik-adik bermula di rumah, barulah secara automatiknya ia dibawa ke luar rumah. Anak-anak itu cerminan ibubapa.
  6. Beban tambahan – Pasti akan ada banyak kursus@seminar yang perlu dihadiri para guru. Rasanya, cukuplah dengan seribu bebanan yang mereka tanggung. Berilah mereka ruang untuk benar-benar fokus pada tugas mereka. Lagipun, biarlah mereka yang paling rapat dengan anak-anak untuk bercakap soal pendidikan seks. Setuju?

Jesteru, ada alternatif lain selain pendidikan seks?

Sudah tentu dan ia adalah pilihan yang paling utama iaitu PENDIDIKAN AGAMA ISLAM!

Secara peribadi juga, saya rasa waktu pembelajaran Pendidikan Agama Islam perlu dipanjangkan dan diberi keutamaan. Mungkin selepas ini, matapelajaran PAI perlu menjadi matapelajaran wajib lulus setanding matapelajaran Sejarah dan lain-lain (atau memang sudah wajib lulus??? Betulkan jika saya silap…).

Nampaknya tahun depan, jangan terkejut bila anak anda pulang ke rumah bertanya perihal yang pelik-pelik. Bersediakan kita?

Setuju atau tidak setuju? Kongsikan saja sebarang pandangan anda dengan penuh berhikmah di bawah.

® hafizmd – maaf, agak panjang entri kali ni…moga ada manfaat…ameen

85 comments

    1. @anif, setuju sgt dgn ayat akhir tu…mmg pakcik google dah jadi gedung ilmu tanpa sempadan…apa yg dibimbangkan…anak2 terkeliru dan pilih jalan yg salah akibat terdorong dgn apa yg asalnya hanya utk tahu..dan akhirnya ada sifat ingin tahu dan mencuba…

      pasal ibubapa, elok juga ibubapa diberi pendedahan@mencari sendiri bagaimana menangani isu@soalan2 begini..

      1. @hafizmd, saya sangat-sangat setuju bahawa sebelum dilaksanakan pendidikan seks,pendidikan agamalah yang perlu diutamakan.

        Terjadinya jenayah-jenayah yang berkaitan dengan seks seperti buang anak,adalah hasil dari kurangnya didikan,ilmu dan pengamalan agama.
        .-= Panduan Buah Pinggang Sihat´s last blog ..Air kencing anda berdarahWajib baca ini! =-.

          1. @hafizmd, hati saya slu jer risau huuu.. apalgi ibu bapa yng punyai ramai bilangan anak..nak fokus satu2 bukannya mudah..

            pastu setiap anak pula memiliki perwatakan yang berbeza2..ada yang mudah di tegur, mudah terasa, membentak tak kurang hebatnya juga..

            apa2pun bro melentur bulh biarlah dr rebubgnya..kena didik anad dgn asas agama yang kukuh,Insyallah dgn lapikan doa dri ibu bapa anak2 akan ikut cakp kita. Amin..

          2. memang risau…baru tahu camna rasahati ibubapa kita…

            perwatakan yg berbeza pun satu cabaran buat ibubapa…kena pandai kawal dan kena belajar juga bab2 parenting ni..

            insyaAllah..mudah-mudahan begitulah…ameen

  1. Hmm.. kat US tu ada jugak pendidikan seks tapi makin teruk perangai budak2 diaorang. Kalau kat M’sia payah le.. ramai le buang anak sbb malu. Kat US, bastard child dah ramai.. no problem.

    1. @Ismail N, betul..apa yg saya dengar, itulah asalnya sistem ini dan diperbaiki..di sana, apa yg mungkin ada dalam silibus ialah family planning, di sinilah mereka di ajar utk guna kondom dll…apakah pendekatan kita juga perlu sama dlam isu penggunaan kondom?? sudah tentu tidak!!

  2. aku rase xperlu pendidikan seks ni..matapelajaran sains dan agama dah boleh dijadikan medium utk ajar benda ni…lg pun pendidikan kita berteraskan peperiksaan..so kalau buat subjek khas belum tntu ianya berkesan..
    .-= fitri´s last blog ..Melayu Bukan Tak Pandai Berniaga…Tapi =-.

  3. Pada aku pendidikan seks ni perlu kerana teknologi maklumat yang ada sekarangni boleh menyebabkan pengolahan pemahaman yang cenderong kearah negatif jika tidak dibimbing dengan betul, tapi aku lebih suka kalau subjek ni diterap kedalam unsur keagamaan bukan sains

      1. @Hadi Rofiee,
        betul tu bro,
        tapi apa pun aku harap akan ada perkembangan positif yang terhasil dari perancangan ni
        .-= dnoBiz´s last blog ..Untuk Mereka Yang bercinta – Khas untuk awek dan isteri yang Garang =-.

      1. @akubiomed, memang sifat kanak2 begitu tinggi utk mencuba…dan bila takda kawalan dan sesuatu yg patutnya mengawal mereka…itulah akhirnya..kita takut anak2 akan melencong cukup jauh…lebih dari mencuba..

      2. @akubiomed, sebab kanak kanak bersifai ingin tahu dan suka mencuba lah , kita patut bagi merekatahu terlebih dahulu disamping terapkan sekali nilai nilai yang perlu supaya mereka tak tersalah menilai dan silap tapsiran, bila mereka mendapat maklumat dari sumber lain…,

        Ps : purata kanak kanak sekarang dah pandai surf internet.., dah ada FB,dah pandai Chat,dah ada hp 3g yang dapat simpan bermacam macam video, kalau anak kita takda kawan dia ada, mampukan kita mengawal apa yang mereka dapat dari dunia cyber ??? dan apa yang akan jadi bila maklumat tersebut mereka gabungkan dengan sikap ingin mencuba yang mereka miliki?? jika mereka tidak dididik dan diserapkan pemahaman yang sepatutnya terlebih dahulu ?, mungkin dirumah kita boleh kawal tapi macam mana jika di luar???
        .-= dnoBiz´s last blog ..Aidil Adha – Tetamu Paling Istimewa =-.

        1. @dnoBiz, setuju ngn pendapat bro..ibubapa yg patut mencorakkan apa yg sepatutnya anak mereka tahu..cumanya, aku tak berapa berkenan kalau ianya diterapkan pada anak2 yg begitu muda, aku tetap rasa yg ibu bapa sekarang memang patut lebih terbuka dalam soal yg berkaitan…dan bersedia dgn gelombang teknologi yg ada..dan memang tak dinafikan yg kemajuan teknologi sekarang sudah menjadikan kanak2 seawal usia 6 tahun mengetahui lebih byk berbanding kita dulu2 pd usia yg sama…itu sebab saya lebih rasa kewajaran sistem mencegah lebih baik..dan sistem yg patut diutamakan ialah pendidikan islam@agama itu sendiri…dan yg selebihnya akan mengikut acuan ini…itulah yg akan mengawal mereka walau dimana mereka berada…

          thanks bro atas pandangan..:D
          .-= hafizmd´s last blog ..Pendidikan seks tahun depan- apa pandangan anda =-.

          1. @hafizmd,
            Betl Fiz sebab tu aku lebih suka subjekni diterap dalam bentuk keagamaan,
            .-= dnoBiz´s last blog ..Kempen Anti Rokok – 4 Iklan Anti rokok Terbaik =-.

        2. @dnoBiz, Memanng bermasalah ini terjadi kepada setengah anak-anak apabila mak bapak melarang naik motor mereka belajar naik motor pinjam motor kawan
          .-= akubiomed´s last blog ..Amoi sorak jejaskan fokus pasukan bola tampar Yaman =-.

          1. setuju….berbulu betul biji mata aku tgk budak2 sekecik darjah 6 dan pandai vrooom vrenggg depan rumah…kalu ikut hati…nak jer aku rejam2…kenapalah mak bapak bagi diorang ni naik moto….tak kena…tak apa…dah kena…baru nak salahkan orang lain…huuuu

    1. @dnoBiz, hmmm..bagus juga tu bro…ianya lebih nampak wajar kalau dimasukkan ke dalam subjek agama…sbbnya…apa yg aku faham dan nampak…kes2 yg byk berlaku…melibatkan kaum dan bangsa kita…tapi kan, takut pula ada yang berkata memilih bulu??

      1. @hafizmd,
        tak semestinya diselam dalam pelajaran agama Islam je bro, dalam agam lain pun sepatutnya diserap bersama sebab semua agama mementinkan kearah kebaikan

        Ps : agama ayah pin aku tak campur 😀
        .-= dnoBiz´s last blog ..Aidil Adha – Tetamu Paling Istimewa =-.

  4. saya setuju sangat dengan pendapat bro sangat yang akhir tue..bukan pendidikan seks perlu dibimbangkang..tetapi pendidikan AGAMA ISLAM…., agama islam kukuh, tak perlu risau la pasal seks..

    1. @madlut, secara peribadi, mmg aku tak setuju..aku lebih yakin yg ianya akan lebih berjaya jika “pendidikan seksualiti” diterapkan dalam subjek agama…maka, ustaz dan ustazah mungkin perlu lebih memahami juga dalam aspek sains supaya lebih mudah utk diterangkan kpd pelajar…

  5. betul2…sangat setuju tu…takut nanti ramai pula yang nak buat experimen, lagi bahaya…cukupla dgn matapelajaran sains dan munakahat…tu pon dah terlebih cukup dah tu…
    .-= intankuterpilih´s last blog ..Aksi Tidur Luqman =-.

  6. Salam.

    Saya senada dengan pendapat blog ini. Pendapat saya, kontranya lebih banyak daripada pro. Oleh itu, ia tidak perlu dilakukan. Mungkin hal ini perlu dirujuk kepada pakar di dalam Usul-Fiqh. 🙂

    Saya juga setuju berkenaan PAI itu. Bahkan pembelajarannya perlu didalamkan lagi. Sedih bila lihat STPM didahulukan & STAM seperti dianaktirikan. 😐
    .-= Hadi Rofiee´s last blog ..Sambutan Aidiladha di Malaysia =-.

  7. seawal tahun satu? rasanya mungkin tidak sesuai langsung. Biarlah di peringkat menengah sahaja subjek ini ditekankan. Silibusnya juga perlu di teliti agar masyarakat paham apa yang terkandung didalamnya. Pendidikan seks bukan berkisar ‘seks’ sahaja.
    .-= 5zul´s last blog ..Bermadah Untuk Si Janda =-.

  8. didikan utama adalah dari rumah,ibubapa
    bagaimana ibubapa mencorak anak2
    hmm kita tgk hasilnya dr pendidikan sek ni
    .-= Wan´s last blog ..Filem Kongsi =-.

  9. pendidikan seks klu blh diajarkn kpd anak2 seperti yg dianjurkan oleh agama islam..pasti akan jadi hebat hasilnya…
    .-= Jiwa Kacau´s last blog ..Vios – Memang Berbaloi2… =-.

  10. Saya sokong bila pendidikan seks hanya dimulakan diperingkat menengah,minda kanak2 tak perlu didedahkan isu ne buat masa ne.
    .-= Razif´s last blog ..Personal Loan From EON Bank Malaysia =-.

  11. setuju dengan kukuhkan ajaran atau silibus pendidikan agama Islam tu. sebab itulah key utama sebenarnya..

    pendidikan seks ni mungkin juga boleh, tapi lebihkan akibat2 yg buruk jika aktiviti ini dilakukan tanpa had atau secara tidak sepatutnya..

    mungkin juga pelajaran sivik utk semua pelajar.. entahlah, kdg2 budak2 ni dah tau perkara tu tapi de rasa nak cuba.. itu yg terjadi kes2 sebegini..
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Kek Pisang vs Kek Kurma =-.

    1. itu juga yg saya persesetujui…kemaskan sistem pendidikan agama sediada…dan ibubapa pula memainkan peranan lebih fokus dalam soal pendidikan seksualiti bermula di rumah…

      p/s – bab yg mencuba tu yg perlukan kawalan tuh..

  12. yup..xperlu cipta sistem baru jika yang lama masih relevan..nak buat benda baru pakai duit tuuu…
    .-= fitri´s last blog ..Guna Photoshop Memang Susah! =-.

  13. jahanam nanti negara aku… 🙁 sepatutnya ajaran Islam itu patut ditekankan lg… bukankah islam itu syumul?? menyeluruh??
    memang akan berkurangan kes buang bayi lepas nih.. akan tetapi kes lain pula akan meningkat.. = “zina”
    hmm whatever lh.. since 1Malaysia 1 Transformasi kan???

    Salam Ukhwah dr sy…. 🙂

    1. insyaAllah…walaupun aku kata kurang wajar…harapnya ada perkembangan positif…dan sistem pendidikan islam akan lebih diberi penekanan yg lebih…ameen..

      psst…rasanya tiada kaitan dgn slogan tu…hehe

      salam uhkwah kembali 😀

    1. hehe…itu betul bro…cikgu biologi masa sekolah2 dulu…segan2 jer..tapi kita tetap faham..bace sendiri daa..kalau sekarang..mungkin budak2 terus saje rujuk pada pakcik google…

  14. Aku setuju di adakan pendidikan seks di sekolah. Adalah baiknya juga didikan seks di ajar juga kepada ibu bapa, walaupun semua dah tahu mcmana nak jadi produktif. Tapi yang aku maksudkan ialah, ajar ibu bapa bagaimana untuk menangani persoalan anak2 tentang seks kerana rasa ingin tahu remaja itu sungguh subjektif. Sekarang di masa remaja di sekolah rendah lagi, ibu bapa pasti akan dajukan soalan mengenai seks dan sebagainya.

    Ingat dulu aku pernah bertanya tentang makna perkataan “zuriat” kat ibu aku masa sekolah darjah 6. Mak aku terkejut, pastu mak aku tanya “pasaipa tanya?”. Aku cakap ada dalam cerpen yang aku baca. pastu mak aku terangkan dengan cara yang berhemah dan memahamkan aku.

    Sistem pendidikan seks harus merangkumi semuanya dan bukan sahaja cerita pasal “gunalah kondom” seperti di US sana. Itu sangat tidak sesuai di Malaysia.
    .-= Anwar Osman´s last blog ..The day I start to display Nuffnang Ads =-.

    1. Bab skil keibubapaan itu mmg cukup setuju…dgn perkembangan minda anak2 sekarang yg lebih terkehadapan, ibubapa perlu lebih tangkas dan bijak serta lebih tahu…tapi aku tetap dan masih juga ragu2 terhadap pengajaran pendidikan seks disekolah…kerna aku tetap rasa yg ianya perlu dimulakan dirumah…dibimbing oleh insan yg paling rapat dgn anak2…

      Apa2pun, terima kasih atas pandangan bro 😀

  15. budak2 zaman sekarang dah makin pandai… upsr sekarang dapat 5a.. dekat ribu… so pendidikan nie ..erm macam dah paham2 jer…hehe
    .-= zik´s last blog ..5 strategi tawan pasaran dan pelanggan =-.

    1. betul tu zik…sebab tu aku rasa, pendidikan yg berdasarkan penilaian peperiksaan semata-mata perlu diperkasakan…penambahan penilaian amali@praktikal mungkin lebih bagus utk menilai prestasi dan kemajuan anak2 kita….

  16. Pingback: Remaja Rosak Akhlak - Terlanjur di Awal Usia | dnoBiz
  17. aku setuju sangat pendidikan seks diajar di sekolah.. tapi kena ajar secara ilmiah, disertai dengan nilai-nilai agama dan moral.. kalau setakat ajar pengetahuan tapi tak terap nilai agama/moral tak jadi juga..
    .-= kulanz´s last blog ..Badminton Sukan Asia- Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan =-.

  18. Pada pandangan saya tak salahkan diadakan pendidikan seks tahun depan,tetapi perlukan disertakan dengan silibus agama.Kalau pendidikan seks semata-mata ditakuti masalah tak selesai,malah makin bertambah-tambah.
    .-= Panduan Buah Pinggang Sihat´s last blog ..Air kencing anda berdarahWajib baca ini! =-.

  19. Saudara penulis..pada pendapat saya..Pendidikan Seks sememangnya tidak wajar dilakukan disekolah. Jika dikatakan yang pendidikan seks dapat membantu mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja, saya rasa ianya adalah satu kesilapan..Ini adalah kerana ia akan meningkatkat lagi kadar masalah pembuangan bayi dan seks bebas di kalangan remaja.

    Sejajar dengan naluri remaja yang sentiasa ingin tahu. Setakat sukatan Pendidikan Seks yang bakal dibekalkan kepada pelajar..sememangnya tidak mencukupi..Para remaja pasti akan bertindak mencari maklumat tambahan dari mana-mana sumber. Dan sumber yang pasti senang didapati adalah Internet dan telefon bimbit..

    Hal ini di tambah lagi dengan sikap sambil lewa ibu bapa yang terlalu mempercayai anak2 mereka sehingga sanggup menyediakan telefon dan broadband dengan alasan tidak mahu anak mereka ketinggalan dalam mengikut arus kemajuan..

    1. Sebagaimana yg saudara utarakan, begitulah apa yg saya bimbangkan. Sekarang, tiada pendidikan seks disekolahpun, pelajar2 sudah cukup “power” dalam bab2 seks..dibimbangi bila ada pendidikan seks walaupun dalam keadaan terkawal sistemnya, naluri ingin tahu pasti akan mendahului sistem itu sendiri…makanya, saya lebih yakin kalau sistem pendidikan agama yg diperkasakan…dan mungkin lebih wajar dimasukkan sekali serba sedikit perihal pendidikan seksualiti itu…insyaAllah…kawalan ini saya yakin lebih berkesan..

      Terima kasih atas pandangan saudara 😀

  20. dunia jalur lebar semakin luas..anak2 pula makin cepat tangkap..klu umah ada internet dan2 sufat ingin tahu mereka akan mula mencari info2 ttg seks..

    apalagi google..youtube mmg berlambak..silap landasan blh mmbwa padah pada anak tersebut..jika ibu bapa pula tak pantau anak2 dgn sebaik yg blh maka berkemungkinan besar akan lahiran ank luar nikah akan meningkat

    1. dunia tanpa sempadan..nampaknya, ibubapa perlu lebih bijak berlangkah2 dari anak2 dalam bab2 teknologi ni…

      mudah-mudahan kita semua dilindungi dari sebarang ancaman dan bahaya dunia tanpa sempadan ni…ameen

  21. best keyword. hehe, bg aku pendidikan seks ni penting. kalau tak diajar macam2 plak masalah. bukan niat nak suh dak2 wat seks, tp utk memberi kesedaran kepada mereka. hope pendidikan seks ni dapat memberikan sesuatu yg positif. bukan negatif.
    .-= Mohd Isa´s last blog ..Bilakah Kesedihan Ini Akan Terhenti =-.

    1. hehe..itulah bro…andai diperkenalkan nanti…aku berharap sgt2 supaya silibus yg diajar tu betul2 kena dgn syara’ dan releven…harapnya ade perkembangan positif…

  22. Aku tak pastilah perlu di buat pendidikan seks ni. Pertama sekali kerajaan kena tanya apa tujuan pendidikan seks ini diperkenalkan kepada pelajar2? Jika untuk mengurangkan masaalah sosial atau kes2 pembuangan bayi, bagaimana pendidikan seks boleh kurangkan masaalah ini? Sudah dikaji sepenuhnyakah punca2 masaalah itu? dan byk lagi yg kena pertimbangkan.

    Jangan hanya negara lain ada pendidikan seks, kita pun kena buat jugak. Di negara barat tu ramai anak luar nikah. Depa tak buang bayi diaorg atas sebab yg kita pun sendiri tahu kan?
    .-= Ismail N´s last blog ..Hoki Sukan Asia 2010 – Malaysia Tewaskan India 4 – 3 =-.

    1. Asasnya, setuju dgn pandangan saudara. Harapnya, bila dilaksanakan nanti, ada perkembangan positif dan pemantauan yg berkesan serta konsisten dari pihak berwajib.

      pssst…salah satu cara mereka ajar pendidikan seks ialah guna kondon bila buat hubungan…namanya ‘family planning”…..huuuh

  23. Assalamualaikum. Ape2 pun, kite semua wajib kembali kpd ajaran Nabi S.A.W. & Islam. Islam itu sendiri sudah teratur & lengkap. Jd kenapa lagi harus pendidikan seks????? Berpeganglah kepada Islam, Al-Quran & Sunnah Nabi & Rasul serta Hadis para Sahabat Nabi, InsyaAllah kita selamat dunia akhirat. Hanya Allah saja boleh menolong kite. Renungkan lah.
    Assalamualaikum.

    1. Setuju. Itulah yang sebaiknya. Harapnya itu juga yang difikirkan oleh mereka yang terlibat. Bila dah dilaksanakan nanti, jangan lupa peranan Ustaz2…mungkin boleh juga diselitkan apa yang sepatutnya.

      Terima kasih atas pandangan.

  24. salam,
    pada pendapat aku la, modul ni patut diajar kat sekolah terpilih dulu, tengok dulu macam mane hasil dia, takde la nanti jadi huru hara 1 malaysia macam kes ajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris dulu. memang depa ni tak serik serik la. takpun bagi pilihan sebagai modul selektif ke. aku bukannye apa, anak aku sendiri tahun depan masuk darjah 1, tiba tiba timbul cerita pendidikan seks ni pulak? sekurang kurangnya bagi information la dulu kat ibubapa ni. ingat la sikit kami ni pun pembayar cukai jugak…

    1. Salam,
      Kalau tak silap saya, seramai 500,000 orang pelajar tahun 1 (tak pasti macam mana taburan pelajar terpilih) yang akan jadi perintis bagi pendikan seks ni…

      Agaknya, mereka lupa@baru nak edarkan silibus apa yg bakal diajar kepada anak2 kita….

      kite tunggu nak nantikan tahun depan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *