Ayuh letak iklan dalam tandas…

Alhamdulillah dan Assalamua’laikum.

Isu tandas kotor. Seolah isu basi dan begitu sinonim dengan kehidupan rakyat Malaysia. Sampaikan ada juga Sambutan Hari Tandas Sedunia yang baru saja dilancarkan beberapa hari yang lepas oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.

Satu soalan saya di hari Rabu. Kalau saya minta teman semua menyatakan tahap kepuasan menggunakan tandas awam, berapa skor yang boleh diberi?

Ok. Berbalik dulu kepada tajuk entri.

Pernah lihat banner ini dalam mana-mana tandas awam? Tengok dulu bannernya ya.

"isu tandas awam kotor di malaysia"

Rasa-rasanya, pasti tak pernahkan?

Letak iklan dalam tandas? Biar betul?

Betul. Ini dipercayai salah satu cara terkini yang dilakukan oleh pihak penyedia iklan untuk menarik minat pengiklan untuk beriklan, dan mediumnya ialah tandas tapi bukan TANDAS AWAM!

Kenapa bukan tandas awam? Alahai, semua orang tahu yang tandas awam kita sememangnya “bersih dan berkilat”. Kalau tak, takkan ada audit dengan statistik 3,000 daripada 5,764 tandas di seluruh negara adalah kotor? Tak percaya? Inilah masanya teman semua menyatakan hakikat sebenar kebersihan tandas awam.

Sejauh mana bersihnya tandas awam di Malaysia?online survey

Antara perkara yang mungkin dialami bila bertandang ke tandas awam;

  • Bau tandas yang dah sampai dulu ke hidung walaupun kaki belum sampai ke muka pintu
  • Pintu tandas tiada kunci
  • Mangkuk tandas yang sudah ada “penghuni”. Malas nak tulis lebih-lebih…
  • Pelbagai nombor telefon bertempek didinding dan pintu tandas. Nak contoh ke?

Kalau tak setuju, boleh buat undian ataupun tinggalkan komen dan pandangan teman semua.

® hafizmd – Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?

Sejauh mana bersihnya tandas awam di Malaysia?Market Research