5 detik dambaan seorang lelaki…

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Selawat dan Salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Harapnya teman semua dalam keadaan ceria, bahagia dan sentiasa tabah dalam mengharungi dugaan dan cabaran. InsyaAllah.

Walaupun tajuknya tertumpu pada lelaki, perempuan tetap juga boleh baca, mana tahu, boleh digunakan dalam keadaan terdesak di kemudian hari atau mungkin juga perkara yang sama dilalui oleh seorang perempuan.

Ok. Dah namanya lelaki, pasti ada saat-saat atau ketika yang si lelaki ni tertunggu-tunggu. Samada tertunggu sebab seronok, mungkin teruja, dan mungkin juga tertunggu-tunggu sebab dah tak sabar nak habiskan bahagian yang menjadi dambaan.

Ayuh, sama-sama kita baca 5 detik dambaan seorang lelaki. Sabar-sabar, tarik nafas dulu..hehehe…

1. Waktu berkhatan

Tipulah kalau budak lelaki yang dah tahu nak kena bersunat esok, langsung tiada perasaan geru "bersunat@berkhatan cara moden" n mahupun sedikit risau. Dengan macam-macam cerita ngeri dari gunting sebesar gunting rumput, guna mesin tebang balaklah, terpotong sampai putuslah….mana tak ngeri! Itu dulu bang, sekarang semua senang. Agaknya budak-budakpun dah kurang ngeri. Mana ada lagi Tok Mudim bawa beg berisi gunting, jarum dan benang! Semuanya mudah. Kepit, biar, cabut. Selesai. Darah keluar sikit@langsung tak berdarah. Inilah SmartKlamp.

2. Tamat waktu sekolah

Inilah antara detik yang aku tunggu masa sekolah rendah dulu. Habis saja kelas terakhir, balik rumah, mandi-mandi, "ikan sekila@sepila@ikan laga" pergi mengaji dulu (kalau tak, tunggu ‘upah’ lah jawabnya…). Lepas tu, bermulalah pengembaraan ke dalam baroh. Tahan “tauk” (nak tangkap ikan haruan), tangkap ikan laga (isi dalam botol banyak, malam-malam tengok ikan ni kembang….memang cantik…), main perahu, tangkap belalang, korek tanah cari cacing, main baling selipar….fuuuh…padat jadual sampai ke petang. Budak-budak sekarang? Main facebook, chatting, PS3, main handphone kecuali anak Bro Jaz kita yang tiba-tiba minta belikan kura-kura…comel gitu.

3. Tamat peperiksaan

Yahoooo…aku sudah bebas! Inilah saat dan ketika yang paling ditunggu. Sejak kecil sampai dah masuk universiti, sambung lagi masa kerja, asal ada peperiksaan, mesti bila dah habis, itulah saat yang dirasakan paling bahagia. Habis saja kertas terkakhir, dah tak kisah dah, janji dah buat yang terbaik. Masa hantar kertas tu, macam-macam dah berlegar dalam kepala. Nak sambung main futsal, tulis blog yang dah lama tak kemaskini, nak blogwalking lagi (kan traffik jatuh pula…kehkehkeh..), nak tengok wayanglah, makan itu ini di situ dan di sini. Semuanya sebab dah habis peperiksaan!

4. Waktu akad nikah

Serius. Siapa-siapa yang dah pernah akad nikah (samada sekali atau lebih…kihkihkih..), pasti satu perasaan lain-lain yang lain akan datang bila saja Tok Kadi genggam tangan untuk lafaz akad nikah. Aku sendiripun rasa lain macam. Nak tulispun tak reti. Nantilah, teman akan rasa sendiri bila sampai masanya. Teruja, seronok, gembira, ketaq, nak ‘terkucil’, sakit perut, kelu lidah untuk berkata-kata (walaupun depan kita Tok Kadi, tapi keliling kita ramai tu…siap pakai mikrofon masjid lagi…). Bila saja dah saksi-saksi sebut…SAAHHH….fuuuu…lega tak terkata! Alhamdulillah. Hilang sudah semua rasa sakit perut..hehehe

5. Waktu tunggu isteri bersalin

Inilah bagi aku, antara detik yang aku rasa paling lama dalam hidup. Oleh sebab suami tak dibenarkan masuk dalam wad bersalin, aku yang kat luar ni hanya mampu berlegar-legar sekitar tempat menunggu, "gambar bayi kecil lepas lahir" berpusing-pusing, dan juga ke surau yang ada. Berdoa pada Ilahi agar semuanya selamat. Memang benar, penantian tanpa perkhabaran adalah suatu penyeksaan. Bila saja dah tahu isteri selamat bersalin (itupun sebab aku sendiri yang masuk bertanya berulang kali, nak harap wakil hospital bagitahu..huuuhhh…), perasaan gembira, seronok, teruja, hiba, semuanya ada. Perasaan yang lebih bercampur-baur lebih menyelinap dalam diri bila tengok isteri ditolak atas troli dengan bayi kecil di letakkan antara dua kaki isteri. Apa lagi, terus terkam. Alhamdulillah.

Itu saja 5 detik dambaan seorang lelaki yang sempat difikirkan. Mana-mana teman yang ada detik-detik lain, bolehlah berkongsi. Pasti ada yang lebih menarik dan seronok untuk dikongsi bersama…

Ā® hafizmd – sudah mempersiapkan diri fizikal dan mental untuk menemani isteri di wad bersalin Januari 2011…

83 comments

      1. @hafizmd, bro,saya sekarang ni tengah dalam menanti detik damaban yang kelima tu.Belum alami lagi tapi tak lama lagi akan tiba masanya.

        Sedang menunggu kelahiran anak pertama.Sekarang ni pun dah ada perasaan macam-macam.berdoa supaya Allah bagi keselamatan pada isteri dan anak,dimudahkan proses bersalin dan macam-macam lagi.
        .-= Panduan Buah Pinggang SihatĀ“s last blog ..Ketahui Tahap Kreatinin Melalui Ujian Darah =-.

        1. insyaAllah….mudah-mudahan dipermudahkan isteri saudara melalui saat2 tu…hanya Allah saja yg mampu membalas pengorbanan seorang isteri…

          perasaan tu mmg tak boleh nk halang bro…selagi tak bersalin…macam2 kite terfikir…hanya doa yg terbaik utk isteri…

          psssst…bro nk masuk bilik bersalin teman isteri tak?

  1. salam hafiz~

    hehehe…sgt menarik tuk di baca… :p
    sebenarnya sma aje ngan pompuan.. men laga ikan, men balin selipar, men chapping, men tembak2.. mcm2 laie ar.. :p

    kecuali tang akad nikah.. mgkin pompouan kurang sikit ar kot.. sbb dia xngadap muka tok kadi… šŸ™‚
    .-= Lp LumĀ“s last blog ..Bunga Oh Bunga – =-.

      1. @hafizmd, dok pegang dok berdiri,nulis jer cian pensil tuh…

        terus ingat drama pensil yang baru di tayangkat kat tv tu.. …

        p/s:maff sebab lama tak kesini..hu keje pjbat byk..pastu cuti sekolah ank saudara plk dok umah tu yg letih …

        1. hehe..kirenya bagi rehatlah ek…

          drama pensil ek…tgk sat jer citer tuh…huhu

          takpa suri, terima kasih luangkan masa singgah sini šŸ˜€

          pssst…layan anak buah mmg letih tuh…riuh satu rumah siang malamkan?

          1. @hafizmd,mmg letih bro sekali 5 org datg huhu..ni dah balik kl dan mlk pun..rasa sunyi umh nie…

            skr si anak plk nak menyibuk dok atas riba suri..kacau nak berblog aduhhh

          2. mmg letih tuh….takpelahkan….seronok jugak ramai2 ni…tapi bila dah balik…mesti sunyi kembali…huuu

            hehe..biaselah tuh…anak saye, kalau bukak laptop…nk tgk upin ipin saje…

  2. Aku tak pasti makna “Dambaan” ni. Nak cari kamus, maleh lak. Berdasarkan contoh2 diatas, maksudnya mcm hal2 yang amat tension yang perlu dihadapi. Kalau gitew, tambah le detik tak ada duit nak beli susu anak. Kecualilah tak de anak dan tak pernah ada financial problem.. šŸ˜€

  3. xde experience lagi yg no 4 n no 5.. mesti best dah jadi ayah… teringin nak ada anak sendiri.. hehe..

    anyway yg khatan tu, saya sempat guna smartklamp tu. tahun saya benda tu diperkenalkan…
    .-= Amir SaidĀ“s last blog ..5 Masjid Tercantik di Malaysia =-.

  4. waktu first dapat baby merupakan nikmat yang tak boleh di lupakan sampai bila-bila… sukar digambar kan dengan kata-kata šŸ˜€
    .-= etomyamĀ“s last blog ..Selepas 23 Bulan 3 hari =-.

      1. @hafizmd,
        balik kerja dapat tengok muka baby terus hilan penat.. tul tak bro šŸ˜€
        .-= dnoBizĀ“s last blog ..Percutian mengejut ā€“ Kejutan Dan perubahan Perancangan =-.

  5. Pingback: Tweets that mention 5 detik dambaan seorang lelaki... | hafizmohd.com -- Topsy.com
  6. kenapa aku rasa lain je.bila sebut pasal nikah ni.
    jantung dup….dup….
    .-= Ali ridhaĀ“s last blog ..Malaysian hacked into US Fed- prosecutors =-.

  7. no 1 no coment,
    yang lain aku setuju hehehe

    Ps : pernah degar tak pakai batang pisang, guna parang potong habiss…
    tetiba nak lari dari rumah je hahaha
    .-= dnoBizĀ“s last blog ..Percutian Mengejut ā€“ Percutian Yang Tidak Dirancang =-.

      1. @hafizmd, kalau du lu orang dewasa nyakat je kerjanya sampai tayang tayang batang pisang lagi hahaha
        .-= dnoBizĀ“s last blog ..Percutian mengejut ā€“ Kejutan Dan perubahan Perancangan =-.

  8. saya selalu terfikir kenapa ada laki yg takut sgt masa akad nikah smpai boleh tak taw nak lafaz…padahal, pendek jer ” aku terima nikahnya” hihihi

    1. hehe…mungkin bukan takut…tapi gelabah dan berdebar…itu kalau dapat negeri yg jawabnya pendek, tapi ade negeri yg panjang, kene sebut nama pengantin perempuan, dan juga mas kahwinnya sekali…kalau kena nama panjang…itu yg kadang2 ade yg berdebar tak tentu pasal…huuu

  9. bila la nak merasa waktu nikah nanti.. mesti berdebar punya.. hehe
    .-= MR.ZĀ“s last blog ..Awas! Berhati-hati Membeli Barangan Dari Jualan Internet! =-.

  10. Aku rasa aku guna pakai 3 sajalah. Yang lain tu x berapa suspen..
    1. Berkhatan
    2. Akad Nikah
    3. Tunggu bini bersalin. (tapi aku dah ikut masuk sekali duk sebelah)
    .-= Anwar OsmanĀ“s last blog ..The First Step of SEO Process on a Blog =-.

  11. bro,isteri bersalin kat hospital kerajaan ke?aku teman wife aku masa dia bersalin kat hospital swasta..pengalaman yang memang tak kan boleh aku lupakan sampai bila2..
    .-= khairolghaniĀ“s last blog ..1 jam sehari di dalam LRT =-.

  12. ikan laga aku beli kt kedai.
    tapi sedara aku ni.rumah die
    ada sawah padi.senang la nak
    cari ikan laga.
    .-= Ali ridhaĀ“s last blog ..Ubuntu 1010 telah berjaya dimuat turun dan bakar CD =-.

  13. masa saya bersalinkan luqman, suami awal2 dah gelabah…keluar masuk toilet. dia lak yg takut…asyik nak terberak jer..kelakar lak bila ingat balik…
    .-= intankuterpilihĀ“s last blog ..Jalan Penyelesaian- Hubungan Tanpa Restu =-.

  14. Hmmmmungkin boleh tambah lagi satu..saat menimang cucu…ok tak? rasa dapat cucu lain tau, sebab itu hasil anak kita, hasil kita lain…heee

  15. Semoga berjaya menguatkan semangat isteri dalam labor room Januari nanti yer.
    .-= Anwar OsmanĀ“s last blog ..How to Remove 404 Not Found Crawl Errors in Webmaster Tools =-.

  16. kata-kata daripada orang berpengalaman..hehe..

    tang nikah yang best tu..mcm mana la den nanti :p
    .-= fitriĀ“s last blog ..Bagaimana Nak Jimatkan Ruang Sidebar Blog Anda =-.

    1. dapat ipar? ermmm…tak terfikir pulak aku pasal yg satu ni..maklumlah, belum ade adik ipar lagi…jadi tak tahu rase ape…hehe

      pssst..kebetulan ni, kang aku p blog bro, baca pasal entri adik ipar tuh…hehe

  17. sekejap jer masa tu berganti..semoga bro hafiz dan dia akan lalui detik tersebut degn penuh kesabaran, keterujaan.. kesyukuran…

    1. itulah suri, sekejap jer rase, sedar2 dah nak masuk 8 bulan…bulan 1 ni insyaAllah bersalin…teruja dan sgt bersyukur…alhamdulillah

      terima kasih suri šŸ˜€

  18. tul.. de yg lebih kurang.. tu lum masuk panggang pepatung.. hehe…

    harap2 de yg teman nanti.. buat pemberi semangat..
    .-= fiezaradziĀ“s last blog ..Untungnya Jadi Wanita Mengandung =-.

  19. Kalau yang no.1 tu, teringat zaman dulu, aduh macam2 cerita yang mengerikan sampai di telinga. Ada2 sahaja cerita yang direka. Akhirnya ayah pujuk: tak sakit pun, macam kena gigit semut ja. Hehe.

    No.4 pula rasa macam na ya?? Hmm.. šŸ˜€

    1. itulah pujukan yg selalu makayah cakap…sakit sikit jer…macam semut gigit…tapi ade pulak yg mulut laser, macam semut api tu…aduilah….

      no 4 ek…rasa yg sukar nk ditulis…nanti kang dah rasa, baru tau…hehehe

  20. hehehe memang betul la tu dambaan seorang lelaki.
    .-= kerja kosongĀ“s last blog ..3D Visualizer- Rendere- Animator Vacancy =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *