Fikir dulu sebelum makan…
Semua orang tahu, kita kadang-kadang terlebih makan. Asal tension sikit, makan. Asal ada mesyuarat, makan. Asal ada duit lebih, makan. Asal ada makanan, kita makan. Asal ada makan-makan, kita makan lagi….
Kedai makan? Berceretek sini sana. Sebut saja nak makan apa. Roti canai, burger, nasi beryani, ais kacang, gulai kawah, gulai itik, rojak pasembor, teh tarik….macam-macam adakan? Sampaikan ada negeri yang digelar syurga makanan. Begitu bahagia dan senang hidup di bumi Malaysia.
Ironinya, statistik terkini yang mengatakan 60% rakyat Malaysia punya berat terlebih dan separuh daripada mereka obes cukup membimbangkan. Mungkin juga kita termasuk dalam statistik ni kot? Cuba pegang-pegang perut masing-masing. Macam mana? Sendiri jawablah yer…hehehe….
Maka, saya kongsikan 10 makanan ini yang bukan saja membekalkan tenaga malah mampu mengekalkan kesihatan tubuh badan kita.
1. Tomato – Kaya dengan likopen, karotenoid, vitamin C & vitamin E. Amalkan minum 1/4 cawan jus tomato boleh kurangkan masalah hipertensi (tekanan darah tinggi) —-> tiba-tiba ingat cerita kartun Tomatoman!
2. Limau gedang – Kaya dengan anti oksida yang membantu mengurangkan risiko serangan sakit jantung. Amalkan makan diwaktu sarapan pagi —-> limau gedang = limau bali ke???
3. Susu – Sudah pasti kaya dengan kalsium! Bagus untuk tulang dan gigi. Kalau minum susu berprobiotik (yang ada bakteria hidup tu yer…) dipercayai boleh melegakan rasa tidak sedap perut dan mencegah jangkitan bakteria Staplhylococcuc yang sering menyerang hidung dan telinga —–> boleh juga diganti dengan yogurt
4. Kopi – Memang ada kafein dan jika kita minum sebelum bersenam, ia dianggap wake up call untuk otak kita. Dipercayai boleh kekalkan kecergasan kita 30 minit lebih lama berbanding mereka yang tak minum kopi. Lebih magik, ia membantu tubuh kita membakar lemak dahulu sebelum sumber karbohidrat ketika kita bersenam —–> ada yang minum kopi untuk tahan mengantuk…menjadi ke?
5. Halia – Banyak khasiat halia ni. Antaranya ialah menyembuhkan gejala kurang selera makan, pening kepala, sakit sendi, gatal di tubuh, masalah bengkak, panaskan badan dan membantu proses pencernaan —-> baik rebus dan minum air halia dari kita beli alat kesihatan yang entah apa-apa…
6. Tuna – Kaya protein dan rendah lemak. Makan ketika sarapan pagi dipercayai boleh meningkatkan tahap konsentrasi dan amat baik untuk otak dan jantung —–> patutlah Che Kembang Lenggang jual roti berisi tuna mahal….
7. Kacang – Amalkan makan segenggam kacang sehari dipercayai boleh mengurangkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh. Pilihlah kacang yang tidak ditambah garam atau bebas lemak trans —-> masih ada lagi yang takut kalau makan kacang, nanti cepat naik jerawat…
8. Epal – Baik untuk kesihatan paru-paru. Macam yang biasa kita dengarlah “Sebiji epal sehari, menjauhkan kita dari doktor” —-> suka epal hijau yang masam…mesti ada bekalan epal di rumah…
9. Makanan tambahan – Oleh kerana gaya hidup yang tak menentu, ramai juga yang perlukan suplemen. Contohnya, pengambilan vitamin B6 dipercayai membantu mengatasi gejala pra-menopaus —–> suplemen mahal? vitamin B6 juga ada dalam pisang, roti bijirin dan kekacang…
10. Pelbagaikan makanan – Asasnya ialah tingkatkan kandungan anti oksida dalam tubuh. Macam mana? Makan makanan yang kaya selenium seperti ayam, telur, kekacang bersama sayur terutamanya dari keluarga kubis —-> pelbagaikan menu kita, baru lebih bervariasi dan lebih banyak khasiatnya…
Teman-teman ada nak tambah lagi? Kalau ada, sila tambah yer, jangan malu-malu.
Glosari kata ; Berceretek = berselerak
® hafizmd – suka pada kurma dan madu…sunnah Rasullullah tu…jangan lupa, yang penting halalan toyyiban..
Terima kasih atas info berkaitan makanan ni. Apa-apa pun tetap kena bersederhana apabila menikmati makanan.. 🙂
.-= anif´s last blog ..Kawan Lama Mengeratkan Networking =-.
sederhana itulah yg terbaik….
terima kasih kembali sbb singgah sini 😀
@hafizmd, kawan makan jangan lupa baca doa makan heeee
itu penting tuh…doa makan….jgn main bedal jer…keh3
lau kopi tu tahan ngantuk…?? pada saya, lau ngantuk tu, tak tahan dah.. kopi pun leh tido lena.. hehhee..
tapi wanita ngandung tak leh minum kopi byk2.. kena kurangkan.. sbb de kafein.. kurangkan ye, bkn tak leh minum..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Untungnya Jadi Wanita Mengandung =-.
betul tuh…kalau dah ngantuk…ubatnya tidur saja…
pssst…ok, faham maksud tuh…kui3
@hafizmd, tdur..tdur..selamat malam lagu nyanyian faizal tahir heee..bro apa lagi dodoikan le heeee
mmg terus tidurlah jawabnya….hehehe
@hafizmd, betul ke kopi boleh hilangkan rasa ngantuk? hurm..
.-= RedBoys´s last blog ..How To Break Password Behind The Stars =-.
nice share… hehehe… mcm menarik je lau diamalkan… 🙂
.-= Nizam´s last blog ..Doa Masuk Dan Keluar Tandas =-.
menarik dan menyihatkan bila diamalkan…insyaAllah
Yang penting makanan kena seimbang…
Ps: aku pandai cakap je, tapi sediri main hentam sebarang janji sedap hahahaha
.-= dnoBiz´s last blog ..Bunuh isteri- Tertuduh lakukan seks berhampiran mayat =-.
seimbang dan sederhana tu penting…hehe
akupun kadang2 main hentam jugak bila dah diluar kwalan….keh3
@hafizmd, aku pon sama. manusia biasalah. haha. balun je apa yg ada.
.-= RedBoys´s last blog ..How To Break Password Behind The Stars =-.
aku suka yg no. 10 tu..semua sekali aku sapu hehehe 😀
.-= etomyam´s last blog ..Tak Senang Duduk Vs Duduk Tak Senang =-.
semua mmg kena sapu bro…baru seimbang…:D
mkn halia best..boleh kentot sambil berjalan…ekekeke
.-= intankuterpilih´s last blog ..Jalan Penyelesaian- Hubungan Tanpa Restu =-.
oh! itu sungguh dahsyat!hahahaha
@intankuterpilih, wah sambil berjalan tu yg x tahan tu.. apakah bunyi yang boleh dihasilkan kalau mcm tu ek?
.-= Anwar Osman´s last blog ..WordPress 302 is available! Please update now =-.
adus….ni pn intan nk kena jawab ni…
pssst…tapi aku agaklahkan, mesti bunyi sedikit terkepit…sbb tekanan tinggi, ruang sempit…hahhahaa
@hafizmd, hahaha. lawaklah korang ni. *x habis gelak lg ni.
.-= RedBoys´s last blog ..How To Break Password Behind The Stars =-.
@RedBoys, hati2 gelak bro…kang terkincit…naya tu…keh3
@hafizmd, haha. ok2 bro. tgh mengawal nih. he2
.-= RedBoys´s last blog ..Cabaran SEO Berita Sukan Terkini =-.
bagus3….hati2…moga terkawal semuanya…keh3
Kalau No 6. tu tuna. Korang makan ikan tongkol jela banyak2, suh mak buat nasik dagang ngan gulai ikan tongkol. High in protein. Untuk makluman, Ikan tongkol termasuk dalam kategori ikan tuna, tapi spesis sedang2 jer.
.-= Anwar Osman´s last blog ..WordPress 302 is available! Please update now =-.
bro, sebut jer nasi dagang…aduh…terliur aku…ingat terus nasi dagang mak aku buat…..sedap ooo….ikan aye orang ganu panggil…sedap ni…memang feveretlah…
suri sllu cari coklat..tapi klu sllu masak kat rumah menu sayur greg, sup sayur mesti wajib ada kt ats meja hee…
wah…siap ade menu wajib ni…sape yg suke sgt sayur goreng ngn sup sayur tuh?
lama tak makan buah nie… buah cempedak pulak disentalnya..
.-= zik´s last blog ..Mereka yang sempoi november 2010 =-.
cempedak goreng…sedap tuh zik…
mm mesti drink coffe pagi2x sebelum kerja ni.
.-= kerja kosong´s last blog ..3D Visualizer- Rendere- Animator Vacancy =-.
@kerja kosong, bagus jugak tuh..segarkan dan cerdaskan minda…:D