Edisi Khas Blogger Melayu Boleh Bulan Jun!

Assalamua’laikum.

5 Blogger Melayu Boleh Bulan Jun! Sungguh terkesan selepas ambe baca entri Sifu Denaihati di entri “Menjadikan Pembaca Setia Blogger Terkenal.” Erti ‘hidup untuk memberi’ memang sudah hampir sebati dengan beliau. Ada saja idea & perkara yang ditawarkan sebagai tanda menghargai sokongan pembaca setia dan pelawat blog beliau. Ambe fikir, jika Tuan Ilham boleh buat, kenapa tidak kita? Sebesar mana atau sekecil mana usaha, itu belakang cerita. Kita ni Melayu serba boleh! Idok gitu yop? 

Blogger Melayu Boleh Pilihan Jun

Ambe cukup terharu sebenornya. Blog ambe ni, idoklah blog Melayu Boleh yang glamer jauh sekali blog impian gadis-gadis comel yang bertudung tapi deme (korang) belaka seme ni rajin bebenor singgoh sini. Terima kasih ambe ucapkan. Ambe sisipkan entri blog deme selama-lamanya di sini sebagai tanda penghargaan. Harap pakcik Google ambil kira untuk naikkan blog deme semua menjadi lebih terkenal!

1. Blog Datin Tyka

Seorang Datin yang suka bebenor pada kucing. Ambe yakin, manusia yang baik pada haiwan ni murah rezekinya. Murah rezeki tu subjektif. Ia bukan setakat rezeki tu melimpah ruah tapi juga termasuk cara kita ‘diilhamkan’ oleh Allah untuk belanja rezeki yang kita dapat. Entri DT, “Need or Want” mungkin salah satunya! DT ni muda lagi, tapi mampu buat keputusan sebijak ini antara keperluan dan kehendak. Kita?

2. Blog Cahaya Cinta

Blog penuh informasi menarik. Yop nak cari ilmu merawat jiwa lara sebab putus cinta? Nak ilmu supaya anak berdikari sejak kecil? Boleh baca entri ini, “Latih Tubi di Rumah” untuk anak-anak. Sungguh bukan senang untuk didik anak kecil tapi senang nak corakkan mereka sebab mereka ni macam ‘kain putih.’ Letak nila, birulah jadinya, letak kapur putihlah jadinya. Jomlah terjah blog ni, tak nyesal singgah yop!

Melayu Boleh main bola sepak pantai

3. Blog Pondok Kecil

‘Luar setinggan, dalam kondo, apa nak heran.’ Betul sangat tu yop! Kita sekarang selalu tertipu dengan aksesori luaran. Blog Pondok Kecil antara blog yang ambe jangka bakal ada peminatnya yang sendiri. Tengoklah hasil entrinya sepertia yang ini, “4 Idea Sambutan Ulangtahun Perkahwinan.” Banyak lagi entri menarik yang deme boleh baca di sini. Rugi yop kalau tak baca sampai habis!

4. Blog Ahmad Faizal

Blog yang dah lama ambe dapat hidu bertuankan tuan yang sama dengan blog Oh Cikgu. Dulu-dulu, memang kita tak berapa nak kenal. Sekarang? Tengok saja Alexa Malaysia blog ni. Boleh kasi senak perut tengok! Paling ambe suka bila ada entri sukan. Maklumlah, ambe pun minat sukan. Entri terkini macam yang ni, “Kejohanan Liga Hoki Dunia 2013” memang buatkan pagi ambe lebih bersinor terang. Tak sempat tengok habis malam tadi, jangan risau. Encik Titan pasti tulis punya!

5. Blog Tehramuan

Jujur, blog Cikgu yang satu ni menjadi idola ambe. Tak singgah, maka rasa macam ada tak kena. Dah ketagih agaknya nak baca koleksi pantun terbaik Cikgu. Tak kira apa situasi, mesti ada pantun. Jika tetiba entri takde pantun, ambe rasa macam makan nasi takde budu. Entri yang ni, “Projek Buat Duit Dengan Kempen Blogbuster Nuffnang” buat kita rasa semangat nak belajar lagi dan lagi!

Fuh! Boleh tahan mencabar nak tulis ala-ala review ringkas camni. Setiap bulan, insyaAllah tetap akan dikeluarkan entri serupa ini untuk menghargai pembaca setia blog ambe ni.

Terima kasih daun kemangi, jangan lupa singgah sini, tak tinggal komen tak kisah lagi, moga dapat manfaat di sini.

@hafizmd – Melayu Boleh Edisi Bulan Jun 2013.