Oh! engkau yang mengasyikkan..

Sebelum saya panjangkan lagi entri ni, harapnya tiada kawan-kawan yang terasa mahupun terseksa dengan entri kali ni. Bukan apa, rasanya semua dah tahu pasal rokok. Mungkin yang paling arif tentang perasaan dan rasa pasal benda satu ini pastinya perokok. Macam-macam fakta pasal rokok yang kita selalu dengar, hukum merokok, kandungan rokok, keburukan merokok dan sebagainya.

Saya percaya, ramai antara kita atau ahli keluarga, atau kawan-kawan kita adalah perokok dan mungkin dalam diamku menyintaimu kita benci sangat pada perokok. Macam-macam kita hamburkan pada mereka “mulut busuk”, “gigi kuning”, orang miskin yang kaya lagi bergaya, spesis tak sayang nyawa dan lain-lain.

Tapi, saya rasa mereka ini yang sudahpun jadi seorang perokok, pasti ada impian dan niat untuk berhenti merokok. Namun kerana beberapa sebab tertentu, mereka tangguhkan ataupun berfikir dua tiga kali sebelum ambil keputusan serius untuk berhenti merokok. Dalam banyak-banyak sebab, ada yang takut bila saja berhenti merokok, berat badan akan bertambah, maka hilanglah sudah ke’henseman’ dan ke’cool’lan mereka nanti. sudah pasti tiada lagi kelibat-kelibat awek yang kagum dengan kepulan asap berbentuk kereta kebal

Jadi, apa kata kita cuba selami beberapa sebab kenapa memilih untuk merokok, dan kenapa perokok begitu sayang untuk tinggalkan hembusan asap putih yang kita rasakan begitu menyesakkan. Harapnya, bila kita sudah lebih faham, mungkin lebih mudah untuk kita sama-sama membantu mereka insan terpilih untuk berhenti merokok. Bukankah “sharing is caring”?.

  1. Merokok membakar kalori – macam mana merokok boleh bakar kalori? Sebenarnya, merokok meningkatkan kadar degupan jantung, seterusnya meningkatkan kadar metabolisma badan kita. Bila perokok berhenti merokok, kalori yang dibakar akan berkurang sebanyak 100 kalori sehari berbanding sebelumnya. Jadi, kadar metabolisma akan pulih seperti biasa hanya selepas beberapa minggu mahupun bulan. (Oh! baru saya perasan, kenapa ada wanita mahupun lelaki yang merokok hanya untuk kekalkan  kecantikan luaran tapi merosakkan keindahan dalaman. Okla tuh, orang kita memang suka buat kerja 2+1 kan?)
  2. Merokok kurangkan rasa lapar – Macam mana pula? Bila merokok, hati akan hasilkan glycogen lalu meningkatkan tahap gula-darah. Kesannya, perokok akan rasa kurang lapar.
  3. Merokok buat perokok rasa tenang – Kenapa ya? Sebabnya, nikotin dalam rokok meningkatkan kadar dopamin (berkait rapat dengan rasa gembira). Apa benda lain yang boleh tingkatkan kadar dopamin? Ya, betul. Coklat!
  4. Merokok memberi ‘kerja’ untuk mulut –  Merokok memang perlukan mulut atau spesifiknya bibir. Jadi perlakuan ini boleh jadi sama dengan makan. Mungkin bila sudah berhenti merokok, mulut ‘ditakuti’ kosong! Cuba isi ‘kekosongan’ itu dengan aktiviti berfaedah yer!
  5. Merokok buat lidah perokok ‘tawar’ – Sebab yang satu ni saya kurang pasti tapi mungkin lidah perokok sudah hilang ‘seri’ agaknya. Jadi, kalau anda berhenti merokok, nikmat rasa sebenar makanan akan lebih terasa. Cubalah!
  6. Merokok jadi pilihan bila tiada pilihan lain – Contohnya, bila kita ‘stress’, ada beberapa cara untuk atasinya. Ada yang hilang tekanannya bila makan dan ada juga lebih suka merokok. Jadi, merokok bila hanya perlu atau ikut keadaan agaknya. Anda beginikah?

Apa yang saya senaraikan hanyalah sedikit saja daripada pelbagai sebab dan alasan. Akhirnya, yang menentukan siapa dan apa kita adalah kita sendiri. Bukankah begitu? Tak setuju ke? Ada pengalaman? Jom kongsi sama-sama.

® hafizmd – Tumpang gembira bila ada kawan yang pasang impian untuk berhenti merokok.