Kegembiraan Berganda Dalam Sejuta Keresahan

- 3 March 2013Bicara santai

Assalamua’laikum.
Kegembiraan Berganda Dalam Sejuta Keresahan. #PrayForLahadDatu. Isu yang semakin kelihatan rumit bila angka korban polis Malaysia semakin meningkat. Sejuta keresahan pasti menyelubungi seluruh rakyat Malaysia terutamanya di Lahad Datu dan kawasan sekitar.

1. Sejuta keresahan ni menyebabkan ambe sukar untuk berbicara soal ni. Sama-sama kita panjatkan doa untuk keselamatan rakyat Malaysia di Lahad Datu dan seluruh pasukan keselamatan Malaysia yang berkorban jiwa raga mempertahankan bumi bertuah Malaysia. Boleh baca seterusnya di blog INI.

2. Kegembiraan berganda yang ambe maksudkan pastinya tentang bola. Pasukan kesayangan ambe, Terengganu nampaknya semakin bangkit selepas 3 kemenangan berturut.

3. Lagi berganda bila pasukan Manchester United menang malam tadi. Lebih manis bila Shinji Kagawa meledak hatrik dan kalau tak silap, menjadi pemain pertama Asia yang hatrik di BPL.

4. Ambe kira ini tonik terbaik menjelang pertembungan timbal balik menentang Real Madrid nanti.

5. Oklah. Ambe nak p tambah kekacakan ambe di mata isteri ambe. Nak p tolong lipat baju sat. Sekadar entri ringkas dan santai.

@hafizmd – Kegembiraan Berganda Dalam Sejuta Keresahan. Semoga semuanya cepat kembali aman di Lahad Datu. Ameen.

{ 45 comments… read them below or add one }

hafiz March 3, 2013 at 12:09 pm

memang geram dgn penceroboh yg tak mengenang budi, yes Manu menang, bro minat Manu jugak ke

Reply

hafizmd March 3, 2013 at 12:34 pm

Harap takde lagi kematian.

hehe..ambe mmg fan manu…hehe…

Reply

hafiz March 4, 2013 at 9:50 pm

jangnlah diberi muka lagi dgn penceroboh, kalau negara jiran kita dah lama selesai..

Reply

hatiputera March 5, 2013 at 10:10 am

Banyak perkara yang diperhalusi sebelum mengambil tindakan keras.

Reply

hafizmd March 5, 2013 at 4:06 pm

@hp, strategi peperangan kenalah betul…

hafizmd March 5, 2013 at 4:24 pm

@hairulafiz, masa tawaran berdamai sudah tamat dan mereka nampaknya taknak mengalah dgn cara lembut

akhirnya tentera dah mulakan langkah pembebesan dgn serangan udara dan darat

Reply

topijerami90 March 6, 2013 at 2:33 pm

tapi semalam menyu kalah bro… :)

Reply

Denaihati March 3, 2013 at 2:26 pm

mudahan tiada lagi melibatkan nyawa dan dapat diselesaikan cara baik. terima kasih backlinknya. memang akin kacaklah tolong wife lipat baju…heee

Reply

topijerami90 March 6, 2013 at 2:33 pm

insyallah tak ada lagi yg terkorban

Reply

auc March 3, 2013 at 3:10 pm

harap selesai dgn segera krisis ni
lagi pening najib nak umum PRU 13 kalau gini…

Reply

topijerami90 March 6, 2013 at 2:34 pm

hahaha,dah la najib dah penink kn

Reply

sohoque March 3, 2013 at 4:38 pm

Bab trg menang ambe sokong dan turut gembira. Team ambe jugkp tu.

Tp bab manu tu. Errmmmm. Hehehehe. Liverpool ambe menang jugok smlm.

Reply

hatiputera March 5, 2013 at 10:11 am

Manchester nak jumpa real madrid pagi nanti,,,

Reply

hafizmd March 5, 2013 at 4:06 pm

@hp, hhee…nak kena tengok ni..keh3

Reply

hafizmd March 5, 2013 at 4:40 pm

@sohoque, hehehe…bab manu kita seteru tapi kawan ttp kawan…yeahhh!

Reply

ishak March 3, 2013 at 4:40 pm

Caya lah ganu. Peteh ganu peteh!!!

Reply

hafizmd March 5, 2013 at 4:37 pm

@ishak, peteh ganu peteh..peteh biar reboh!

Reply

nurmisnan March 3, 2013 at 9:32 pm

sedih bila fikirkan pasal Lahad Datu nih
sekarang ni ATM pun sama buat kawalan
utk keselamatan..kalau dah Tentera masuk campur
pasti terus masuk mahkamah..

Reply

hatiputera March 5, 2013 at 10:11 am

Biarlah pihak tentera kita yang ambik alih kerana ianya lebih spesifik.

Reply

hafizmd March 5, 2013 at 4:05 pm

@HP, nampaknya hari ni pihak tentera sudah mulakan misi pembebasan

Reply

hafizmd March 5, 2013 at 4:36 pm

@nurmisnan, nampaknya camtulah..mereka yg ditangkap pasti dibawa ke undang2 jenayah perang

Reply

Ladfe Amir March 4, 2013 at 12:05 am

semoga keadaan kembali aman. bila semakin ramai anggota yg terkorban mengingatkan gua pada zaman ayah gua masuk hutan menentang komunis. sentiasa ada raut wajah yg resah di wajah ibu gua.

Reply

hafizmd March 5, 2013 at 4:32 pm

Itu dah pasti bro. Tu yg ambe bengang dgn sesetengah org kita yg perlekeh polis dan anggota keselamatan..

Reply

topijerami90 March 4, 2013 at 10:08 am

bagus la terengganu menang,tak macam kelantan…
btw aku rasa kat lahad daru kerajaan dah boleh berkeras dah 2,

Reply

hafizmd March 5, 2013 at 4:31 pm

Kelantan pasti bangkit. Agaknya masih mencari rentak

Terengganu ambe tgk ada pasang surutnya. harap tak surut lagi lepas ni

pasa isu lahad datu, nampaknya kerajaan sudahpun bertegas pagi tadi

Reply

topijerami90 March 6, 2013 at 2:35 pm

terenganu dah power la 2,win je memanjang 2 bro

Reply

syaifuddin alias March 4, 2013 at 12:31 pm

saya tak suka Sulu .. mmg kurang ajar .. harap mereka ditewaskan dan ditangkap oleh tentera diraja malaysia

Reply

hafizmd March 5, 2013 at 4:28 pm

Moga semuanya selesai dgn cepat.

Reply

titan March 4, 2013 at 3:06 pm

emm..payah nak cakap isu nih..

Reply

hatiputera March 5, 2013 at 10:12 am

Memang susah untuk dibicarakan. Cuma harap keadaan di sabah pulih seperti sedia kala.

Reply

hafizmd March 5, 2013 at 4:05 pm

@HP, mmg payah bak berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul

Reply

topijerami90 March 6, 2013 at 2:35 pm

insyallah akan pulih

Reply

hafizmd March 5, 2013 at 4:27 pm

@titan, isu ni kita hanya sekadar mampu menyerahkan kepada yg pakar

tp ramai pulak “komando papan kekunci” akhir2 ini

Reply

Hamdan March 4, 2013 at 11:11 pm

Semoga Lahad Datu segera aman kembali seperti sediakala…

Reply

hafizmd March 5, 2013 at 4:23 pm

ameen. moga2 doa kita dimakbul Allah

Reply

akubiomed March 5, 2013 at 1:26 am

Gugurnya pewira negara mengundangkan kesedihan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Reply

hatiputera March 5, 2013 at 10:13 am

Semangat mereka akan terus dikenang sampai bila-bila dan menjadi lipatan dalam sejarah negara.

Reply

hafizmd March 5, 2013 at 4:04 pm

Mereka pasti dikenang sebgai pahlawan negara

Reply

hafizmd March 5, 2013 at 4:20 pm

Gugurnya membawa seribu erti buat kita yg mahu berfikir

Reply

TehR March 6, 2013 at 12:59 am

pastinya kegembiraan berganda selepas tolong lipat baju

Reply

munir ardi March 6, 2013 at 5:09 am

Semoga tak ada lagi keresahan dalam pikiran Bro yang ada adalah kegembiraan berterusan

Reply

topijerami90 March 6, 2013 at 2:36 pm

betul 2 bro, tak nak resah dalami ilmu agama la kan

Reply

fiezaradzi March 6, 2013 at 5:35 pm

moga kes di lahad datu berlalu sebaiknya.. moga msia kembali aman..in shaa Allah..

yelah, tganu menang..

Reply

ohcikgu March 7, 2013 at 6:17 pm

cikgu-cikgu kat sana dengarnya dapat cuti..

Reply

Hafizul March 8, 2013 at 10:42 pm

Emm terengganu saya tengok sekarang makin mantap ajer..hehe..semoga kekesohan di lahad datu ditamatkan segera..aminnn

Reply

Leave a Comment