Kari kepala ikan Malik Mirza…

Alkisah tersebutlah kisah seorang lelaki, Malik Mirza (bukan nama sebenar) yang baru saja beristerikan seorang gadis rupawan lagi jelitawan, berkulit putih melepak bak cendawan butang yang baru dibasahi hujan. Jodohnya dengan si gadis ini sungguh tidak disangka berakhir dengan sekali lafaz akad sahaja.

Seperti pasangan yang lain juga, hari minggu pertama mereka begitu santai dan sudah tentu dipenuhi dengan sesi suaikenal. Almaklumlah, segalanya masih baru dan malu-malu itik. Sesudah menikmati makan pagi yang menunya sedikit diluar kebiasaan, maka si Malik Mirza dengan tersenyum simpulnya berbisik sesuatu kepada isterinya yang sungguh menawan…

” Darling….” Perlahan dan bersahaja suara Malik Mirza menerjah cuping telinga isterinya.

“Iya Bb….” Balas manja si isteri dek geli terkena misai lebat suami ala-ala Dato’ S.

“I ada nak minta Darling buatkan sesuatu ni….” Getus Malik Mirza malu-malu itik.

“Ok…buat apa ni Bb?…kalau senang, mesti I buat…untuk Bb, apa saja boleh..” Jawab si isteri penuh sopan.

“I nak….I nak…I nak…’

“Nak apa Bb?”

” I nak Darling masakkan I kari kepala ikan….”

“Oooo…I ingat Bb nak apa tadi…Bb jangan risau, lepas Bb balik dari mesyuarat tengahari nanti, kita makan sama-sama nasi berlauk kari kepala ikan..”

Jawapan isterinya itu memberi seribu kelegaan dan sejuta senyuman di wajah Malik Mirza.

“Dah tak sabar dah ni nak rasa masakan isteri….”

Malik Mirza seolah-olah bermonolog seorang diri sambil terus mencapai kunci keretanya untuk ke satu mesyuarat yang pasti dirasakan paling lama dalam hidupnya.

Bersambung….

® hafizmd – tunggu saja sambungannya nanti ya….hehehe