Dec 28, 2010

C.I.N.T.A.

Ada yang berkata, C.I.N.T.A. itu terlampau subjektif. Maksudnya, apa saja boleh ditafsirkan berdasarkan apa yang seseorang itu rasai dan fahami.

C.I.N.T.A. itu dengar khabarnya sesuatu yang mampu membuat seseorang bertukar watak dan juga penampilan. Kalau dulu selekeh, sekarang sudah lebih memilih baju apa nak dipakai. Kalau dulu tiada tampalan warna di wajah, kini sudah berwarna-warni bak pelangi.

C.I.N.T.A. itu juga dengar khabarnya begitu mengasyikkan si pelayarnya. Hingga ada yang sanggup berhabisan duit semata-mata untuk membeli kad tambah nilai. Jika tidak dihubungi si teman pelayar C.I.N.T.A. dalam sehari, sudah pasti ada yang merajuk membawa diri, dengan harapan akan dipujuk dengan kata-kata manis bak coklat berinti kurma. Barulah berbunga-bunga dalam hati.

C.I.N.T.A. itu juga bisa membuat si pelayarnya hanyut tanpa kemudi andai tiada sauh yang kuat dipasak dalam diri. Ada yang sanggup lari meninggalkan keluarga sendiri demi memenuhi tuntutan hati. Segala jasa famili sudah hilang melihatkan C.I.N.T.A. yang dianggap sejati dari si pelayar yang bernama lelaki. Mentang-mentang dalam hati sudah ada taman mini.

C.I.N.T.A. itu memang subjektif pada si pelayar yang tidak cuba mengenal C.I.N.T.A. yang hakiki. C.I.N.T.A. ini  sudah pasti objektif dan hakiki. C.I.N.T.A. pada yang SATU pasti membawa kita kepada C.I.N.T.A. yang sebenar dan kekal abadi.

C.I.N.T.A. bersulamkan C.I.N.T.A. pada Yang SATU pasti membawa si pelayar C.I.N.T.A. untuk bersatu semula di suatu tempat yang kekal abadi. Jauh dari kekacauan sejuta macam badai beban duniawi, tapi penuh dengan Rahmat dan Mawaddah Illahi.

*******************************************

Entri ini aku nukilkan khas untuk menyahut cabaran teman blogger Puan Suri kita. Kalau ada yang berminat untuk turut serta memeriahkan pertandingan sempena setahun Blog CahayaCinta, boleh terus ke laman beliau di bawah ini ya…

"pertandingan anjuran puan suri blog cahayacinta"

® hafizmd – entri berikutnya…siapa disebalik si dia?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

109 komen setakat ini

  • First! hehe.. Cayalah bro..puitis n syahdu lagi entri ni. Yup2..cinta itu anugerah ilahi. cinta hakikilah yang kekal abadi. Selagi cinta kita dahulukan pada-Nya berbanding yang lain InsyaAllah berkat lah hidup kita.

  • sanggup beli kad top up ye??? hihii.. yelah, de benarnye, demi cinta org sanggup buat pe saje.. tapi jgn lupa cinta padaNYa…
    .-= fiezaradzi´s last blog ..Deposit Cek =-.

    • @fiezaradzi, biasalahkan…cam tak biasa pulak…keh3…

      itulah yg terbaik…ameen :p
      .-= hafizmd´s last blog ..CINTA =-.

    • @fiezaradzi, Cinta juga ibarat investment bursa saham. Kalau pelaburan kena pada masa saham naik maka dapat pulangan lumayan
      .-= akubiomed´s last blog ..Keputusan akhir kedua Piala Suzuki AFC =-.

      • ooooo…ini pepatah baru ni bro…”cinta ibarat bursa saham”…kang ada jugak pengarah buat jadi tajuk filem ni…keh3

  • wow… sungguh mengasyikkan baca entry cinta ni… bagus2, gud luck key…
    .-= intankuterpilih´s last blog ..Seharian Aku Mengerjakan =-.

  • memng tangkap leleh r bro…
    cinta yg suci dan kekal abadi hanya pada Allah tuhan yg satu..:)
    .-= fikri91´s last blog ..Ulysse Nardin Marine Diver 1846 =-.

    • jaga2…kang melelah kena laptop….habis meletup….keh3 :D

      cinta pada yg 1…insyaAllah lebih manis…

    • @fikri91, putus cinta air mata meleleh huuu

      • dan air hidung sekali….nangis sikit2 cukuplah yer….ada lagi penggantinya…

    • @fikri91, Risau air mata yang meleleh atau air liur yang meleleh :-)
      .-= akubiomed´s last blog ..Keputusan akhir kedua Piala Suzuki AFC =-.

      • itu masih ok bro…takut hidungpun berdarah nanti…hohohoho

        • @hafizmd, deras bwk jumpa dr pakar le.tapi bukan dr pakar cinta keh..keh..keh

  • terima kasih ada kesudian dlm melibatkan diri dlm contes ni:) hargai sangat2 :)

    entri di ats mmg penuh makna yang tersembunyi..

    CINTA ada harus dimiliki baru indah tika d kongsi pada insan yang benar2 kita disayangi.

    selamat maju jaya..
    harap dpt kekalkan 3 tangga cinta :)

    • @suri, sama-sama suri & terima kasih kembali selalu singgah sini :D

      itulah yg kita semua harus sedar…jgn bila CINTA yang ada, dipandang sepi…bila dah tiada…baru menyesal dan mencari2…

      insyaAllah…akan cuba yg terbaik :D
      .-= hafizmd´s last blog ..CINTA =-.

  • dulu bercinta rajin gak mmber topup kan rm 5o.00 heee..

    • @suri, waa…sampai 50 tu..hehe..
      .-= hafizmd´s last blog ..CINTA =-.

    • @suri, Dahsyat gak Suri bercinta. Zaman saya bercinta dulu, handphone baru nak popular.
      .-= Norasikin´s last blog ..Bantulah saya Ebook Masakan Barat Saya Diedarkan Sewenang-wenangnya =-.

      • @Norasikin, hp baru? wah klu le en suami beanja bli hp best gak heee..

        amin :)

        zinta dulu dg skr jauh beza ya tak

        • hp baru?waaa..bestnya…nak satu!!!

          sekarang tak tahu camna…hehee

          • @hafizmd, nak baca doa byk2 mana tau pakwe suri belikan..pst “dia” tau hee.. andainya mulutku masin alahi..ek..ek.. jhn darah tinggi udah le

      • hihhi…lain orang…lain rasa…lain masa…lain cara…agaknyalah… :p

        • @hafizmd, first love mmg sukar dilupakan bro heee.. shut!!!

  • Err.. Cinta itu buta :) hehe..
    .-= anif´s last blog ..Bercuti Itu Recharge =-.

    • @anif, cinta membutakan segala-galanya.
      .-= RedBoys´s last blog ..Tiramisu Slot Akasia TV3 =-.

      • @RedBoys, itulah yg merisaukan…moge kita semua dilindungi dari cinta yg membutakan kita
        .-= hafizmd´s last blog ..CINTA =-.

    • @anif, buta bila mata hati turut buta… :D
      .-= hafizmd´s last blog ..CINTA =-.

      • @hafizmd, Buta hati memang bahaya apabila dinasihat semuanya tak masuk. Apabila putus cinta pandai pula cari kawan
        .-= akubiomed´s last blog ..Keputusan akhir kedua Piala Suzuki AFC =-.

        • tu yg tak syoknya…mase bercinta…kwan semua tinggal tepi….dah kena tinggal…pandai pulak cari kawan yg dah kena tinggal tadi…

    • @anif, pakai kanta lekap blh nmpk tak hee…

      cinta ada 5 perkataan di situ :)
      guna pada akal tapi jgn pada perbuatan yang salah terutama pada cinta sesama manusia

  • tak reti la nak buat entri puitis camni.. terbaik bro.. good luck..
    .-= Ezany-Kun´s last blog ..Software Ujian Undang-Undang JPJ =-.

    • @Ezany-Kun, hehe…akupun main tulis jer bro…keh3…

      apa2pun…terima kasih :D
      .-= hafizmd´s last blog ..CINTA =-.

  • cinta itu juga buta dan membutakan..
    .-= Amir Said´s last blog ..Video Promo Anugerah Juara Lagu ke-25 =-.

    • @Amir Said, membuatkan si pelayarnya hilang asas cinta yg sebenar…jgn jadi buta macam dalam cerita p ramlee sudahlah…
      .-= hafizmd´s last blog ..CINTA =-.

  • pandainya bro bermadah..romantiklah.
    .-= adele´s last blog ..Ketabahan Seorang Isteri =-.

    • @adele, hohoho…taklah…main tulis jer…keh3 :D
      .-= hafizmd´s last blog ..CINTA =-.

      • @hafizmd, ni kes teringat zaman cinta dgn wife le heee..

  • Cinta itu sangat pedih bak menghiris kulit dan direnjis limau nipis apabila cinta itu didustai….

  • fuh. pandai bermadah puitis dan menyusun kata2. sungguh indah. terbaik. aku memang tak pandai. hehe. goodlcuk. ada harapan boleh menang kot. :D
    .-= RedBoys´s last blog ..Tiramisu Slot Akasia TV3 =-.

    • @RedBoys, hooo…ini sebagai menyahut cabaran pn suri kitalah…aku main tulis jer…keh3 :D

      kalau nk menang…kene komen byk2 kat blog suri…baru ade peluang…hehe
      .-= hafizmd´s last blog ..CINTA =-.

  • Suri..nampaknya saya tak sempatlah nak join. dah tarikh tutup rupanya.

  • cinta yang sukar di ertikan kadang2 ia datang dan pergi… fuh tiba2 lak..
    .-= zik´s last blog ..Giveaway Domain by khaizariencom =-.

    • @zik, ia akan pergi andai kita tak mengerti…hehe

  • semoga berjaya, bro
    .-= tehr´s last blog ..Gambar Sepanjang Jalan Sibu Kuching =-.

  • cinta pada Ilahi cinta yang kekal abadi.. ;)
    .-= Bb Hussain´s last blog ..In Retro Mood =-.

  • p/s : anda telah ditag, sila jawab jgn nak ngelat ea…hehehe

    • @intankuterpilih, oooo…saye telah ditag…nak ngelat tak leh dah ni…nampak gayanya…ade 2 tag nk kena settlekan…hehe

  • bleh tahan gak bro..
    tapi mmg betul, cinta kpd yang SATU kkl abadi..

  • kisah cintan dipagi hari.
    .-= Ali ridha´s last blog ..Tukar Permalink ke SEO html =-.

  • bertukar watak berbeza dari
    watak sebelum.
    .-= Ali ridha´s last blog ..Tukar Permalink ke SEO html =-.

  • Cinta…Cinta…cinta…. Ergh.. Bila la nak dpt wanita yg betul2 solehah..
    .-= deCrewz´s last blog ..Shoutbox Sudah Tidak Relevan Lagi =-.

    • insyaAllah…akan dipertemukan…ameen

  • teringin gak nak libatkan diri support kontest rakan2 blogger tapi in english? no no… dahla nak karang pasal cinta pun aku dah semak otak. bukan setakat tu, membaca hal cinta pun aku dah.. adoi sesak napas tau.
    .-= Anwar Osman´s last blog ..Good Friends Are Always Close To The Hearts =-.

  • Caya la bro. tapi apsal lambat sangat nak join? Tp nampaknya kena usaha keras lagi la. sikit je lagi tu nak naik atas top 3

    TQ la bro atas nasihat pasal ebook masakan barat saya yang senang2 je dikebas. Menyirap darah kan?
    .-= Norasikin´s last blog ..Bantulah saya Ebook Masakan Barat Saya Diedarkan Sewenang-wenangnya =-.

    • terima kasih singgah sini… :D

      itulah…nasib baik sempat join…walaupun terlambat sikit…masa cemburu sgt dah ni…

      pssst…sama2…mmg menyiraplahkan…main kebas jer…manusia oh manusia…

  • Selamat berjaya bro…
    memang mantap :D
    .-= dnoBiz´s last blog ..CepLos Dan Kazar – Permohonan Maaf Dari dnoBiz =-.

  • Salam hormat,
    Sungguhpun aku x baca entry cintan-cintun kat sini tapi aku terjah entry nie buat kali ke-3 untuk maklumkan yang anda tuan entry cinta nie telah di tag kat blog hamba dalam entry Good Friends Are Always Close to Hearts.

    Sekian, harap maklum.
    .-= Anwar Osman´s last blog ..Good Friends Are Always Close To The Hearts =-.

    • salam bro,
      terima kasih atas terjahan itu…hehe

      insyaAllah….akan dijawab tag itu…compile sekali ngn tag kak intanterpilih…hehe

  • penuh pengertian dalam artikel ini.. wah2… ada talent bro ni.. hehe

    • bakat terpendam ni…kang mana tahu boleh keluarkan novel cinta komedi…hohohoho

  • wahai pujangga cinta.. :)
    .-= Hafiz Mohd´s last blog ..Goodbye 2010Hello 2011 !! =-.

    • tidak3….hanya menulis apa yg drasa saja…hehe

  • hoho…bab cinta ni aku lemah skit…sedih dgn cinta yg tak kesampaian…di manakah cinta sejati…masih mencari-cari…hehe
    .-= Mohd Isa´s last blog ..AFF Suzuki Cup 2010 – HarimauMalaya Garang di Twitter =-.

    • @Mohd Isa, takpa bro…mesti ada yg lebih baik utk bro…insyaAllah..

  • aku tak tahu apa2 pasal cinta itu buta
    yang aku tahu cinta sangat indah
    .-= tehr´s last blog ..Sibu Sibo Sibau =-.

  • setuju… cinta tu subjektif… lain org lain kriteria pemilihan dia org…

    kalau semua orang sama je kriteria pemilihan dia… alamatnya nnt ada la org yg tak dapat rasa nikmat bercinta tu :-D
    .-= Fahmi Raazali´s last blog ..Tips Belajar Saat Akhir-Last Minit =-.

  • huyaii.. suma ade pengalaman. Tapi still xleh lawan bercinta di zaman xde henset kan.. Macam aku dulu2 guna surat je dgn wife. Siap simpan lagi surat tu. Malu lak baca balik. Hahahaha…
    .-= zul´s last blog ..Kesilapan Semasa Berblogging =-.

    • @zul, hehhe….tapi mesti rasa rmantis kan bro? surat pada saya, lebih mendalam dan romantis…serius ingat juga masa zaman dulu2…hehhehe

      psssst….orang zaman sekarang…simpan message pulak…:D

  • antara top entri dlm blog ini heeee

    kejap je cinta nak masuk setuh lagi huuu
    Blogger suri´s berkongsi entri terkininya ..Cara Berhadas Kecil Dengan Betul

    • hehe…bab2 cinta mmg menarik…apatah lg ni ada kaitan ngn cahayacinta :D

      terima kasih suri

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri