10 fakta menarik Malaysia lawan Indonesia…

Aku rasa, tiada berita yang lebih seronok dan gembira untuk ditulis hari ini melainkan berita Malaysia tumbangkan keegoan Indonesia 3-0 malam tadi. Bersorak bertempik malam tadi, hinggakan si dia pun terkejut sama. Dah memang kaki layan bola, kalau bukan Malaysia lawanpun, nak juga tengok…inikan pula pasukan Malaysia yang bertarung…hehe

Rupanya, disebalik perlawanan yang dihentikan lebih kurang 5 minit, sebab si penjaga gawang Markus tu kena laser, ada banyak hikmahnya selepas tu. Dahlah masa kena berhenti tu, Malaysia tengah nak ambil sepakan percuma! Si Markus ni memang dah kena laser masa beratur kat tengah padang lagi dah. Siapalah yang main-main tu…kasi kecoh saja!

Dalam ramai yang meragui barisan pasukan bola sepak Malaysia kali ini, aku nak kongsikan 10 perkara menarik tentang pasukan @ pemain Malaysia…

Ini dia 10 perkara menarik tentang pasukan Malaysia kali ini;

1. Rata-rata pemain, umur mereka bawah 23 tahun kecuali beberapa pemain seperti Safee Sali (29 tahun).

2. Malaysia antara pasukan yang langsung tiada pemain/jururatih import. Semuanya asli dan original Malaysia!

3. Rata-rata pemain kali ini ialah mereka yang diberi pendedahan di Slovakia. Jadi, nah….sekarang kita sendiri dah nampak sedikit hasil dari tindakan FAM. Mental pemain nampak lebih kuat dan tenang dalam kawalan permainan. Setuju?

4. Semua pemain pertahanan Malaysia malam tadi, umurnya bawah 22 tahun. Paling muda si Fadhli tu, baru 19 tahun, tapi dah sarung jersi kebangsaan! Patutlah di Gonzalez tu mati akal, dia dah 37 tahunkan?

5. Semua pemain nampaknya punya stamina lebih tinggi. Memang ketara sangat bab ni. Lebih-lebih lagi si Kunalan tu!

6. Penyerang Malaysia, Shahrul Idlan Talaha tu, baru saja kahwin 2 hari lepas! Masih dalam ‘pantang’ tu, tapi tengok malam tadi, sungguh berkuasa kuda! Tahniah buat Nor Shahrul Idlan Talaha…

7. Disiplin pertahanan yang cukup baik. Komunikasi antara pemain juga nampak meyakinkan. Tiada sebarang salah faham antara penjaga gol Malaysia dan barisan pertahanan! Penjaga gol Malaysia memang nampak dah matang (umur 21 tahun baru!).

8. Bila kali terakhir anda tengok pasukan Malaysia main bola? Jujur jawab ya…pasti sedikit teruja malam tadi. Dengan lautan penyokong Malaysia (75,000 penyokong). Memang cukup patriotik malam tadi.

9. Safee Sali bakal sarung penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki andai tiada tambahan gol dari pemain lain (setakat ni dah 4 gol!).

10. Berapa ramai penyokong Malaysia yang berani ke Jakarta Rabu ini? Dengan penyokong Indonesia yang dahpun merusuh dan mengamuk sebab tak dapat beli tiket, stadiumpun dah rosak. Kalau betul-betul rosak, mungkin perlawanan ke stadium berkecuali! Bagus juga ni…hehehe

® hafizmd – dah tengok 10 kali siaran ulangan bahagian 3 gol Malaysia! keh keh dan keh lagi….. 😀