Pembelian Online:Kedekut atau Takut?

- 20 December 2012. Updated 2 December 2014Bicara santai

Assalamua’laikum.
Anda pernah beli barang secara atas talian/online? Apa produk fizikal pertama yang anda beli? Baju? Kasut? Beg tangan? Perfume? Alat solek? Uissh..jenuh ambe kalau nak buat senarai. Sebenarnya, idea pasal entri ni terhasil selepas ambe baca satu komen menarik seorang blogger yang sinonim dengan cendol dan novel Ain Maisarah yang dah masuk episod ke…lupa ke berapa daa…hahaha.siapa lagi kalau bukan blogger Titan (tersedak cendollah ambe sebut nama dia ni…hahaha). Apa kata Titan tentang beli barang secara online?

titan says: “orang malaysia memang kedekut. hehe..”

Betul ke orang kita ni kedekut bila dalam bab membeli secara online? Kalau ikut tafsiran DBP, kedekut ialah sangat berkira-kira hendak membe­lanjakan wang. Apakah takrif berkira-kira itu kita boleh tafsirkan sebagai seseorang yang teliti dalam urusan kewangan? Kalau betul, maksudnya tak salah kita “kedekut” bila berbelanja secara atas talian. Betul tak? Itu pendapat bro Titan yang baru jer habis layan filem Aku, Dia dan Tong Sampah (kalau lu ada pendapat lain, sila kasi komen yer…hehehe).

Kedekut tu satu hal. Ambe rasa orang kita masih suka dan gemar pembelian jenis lama iaitu tengok, pegang, belek dan rasa. Contohnya kalau nak beli baju, mesti pegang dulu nak rasa kualiti kain. Nak cuba pakai dulu, takut nanti tak muat. Kalau beli atas talian, mana dapat buat semua ni. Setakat ni, belum ada lagi teknologi yang membolehkan kita “merasa” terlebih dulu barang yang nak dibeli! Cuba bayangkan kalau ada teknologi ni. Fuh!

Bro Shraqs pulak kata, “…rasanya orang Malaysia ni masih was was dengan pembelian online kot”. Was-was pun satu hal jugak. Dahlah kita diajar untuk menjauhi perkara was-was. Betul tak? Was-was, kedekut dan takut tertipu. Ini mungkin antara sebab kenapa trend pembelian atas talian masih lagi kurang berjaya di Malaysia.

Itu juga memungkinkan Google masih lagi belum mengembangkan pengiklanan Adsense sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan juga untuk blog berbahasa Melayu seperti yang dibincangkan oleh Blogger Shraqs dalam entrinya, “Boleh ke pasang Adsense di blog Bahasa Malaysia?”. Boleh ke pasang sebenarnya? Silalah baca entri tu. Ada jawapannya!

Pembelian barang online. Kedekut atau takut? Anda ada pengalaman menarik nak dikongsi bersama? Mana tahu, lepas ni ada yang mula nak berjinak-jinak membeli barang fizikal secara online/atas talian.

@hafizmd – Mula nak membeli buku secara online…hehe

{ 75 comments… read them below or add one }

anif December 20, 2012 at 1:50 pm

Bagi saya.. Pembelian secara online adalah untuk pembeli yang berkeyakinan tinggi! :D

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:40 pm

setuju tu..apa2 kalau yakin, semua jadi

Reply

maza December 20, 2012 at 2:35 pm

psst.. maza jenis yg skeptical sikit bila bab2 membeli belah online..
yng buat banker online tu pun berbulan2 juga memikirkannya sebelum menggunakan perkhidmatan yg satu itew.. ihik!

Reply

shraqs December 20, 2012 at 3:51 pm

Kes saya sama ngan Maza,.. masa nak register untuk perbankan online dulu pun ambik masa yang lama untuk diputuskan. Takuuut! Karang tak pasal2 duit dlm akaun tinggal “RM0.00″… ha ha.

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:35 pm

@shraqs,hehe..ambepun same…malas nak bersesak kat kaunter..hehe

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:40 pm

@bang maza,ehehe..biasalah…dah lama dgn cara belek2 tuh..hehe

banker tu mmg menyenangkan hidup..

Reply

suri December 20, 2012 at 3:06 pm

bayak juga saya beli erk haa.. btw beberapa ebook, kain pasang 3 helai jenis coton japenes tu, pempes moden erm.. tempah jubah masuk dah 2 kali, beli jubah ada gak hiii

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:39 pm

wah…byk jugak tuh..potensi buyer ni..hehe

Reply

suri December 20, 2012 at 3:08 pm

banyak perkara blh d cetuskan utk membeli atau tidak sb ada rasa takut kerna takaut di tipu cukup2. in ke perkara ini pernah terjadi mana-mana jualan langsung di maya. tapi ada bernasib baik pula bg mereka yang jenis berhati2 maka penjualan belian brg akan berlangsung dg jayanya.

sykur setakat ini saya membeli belah brg semua on time dan ngam selalu. sampaikan tempah lagi plak tu hee..

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:39 pm

@suri,kalau ngam, mmg cantik sangatlah

Reply

suri December 20, 2012 at 3:10 pm

jangan membeli sambil tutp mata anda silap. makan sewajarnya tgok mana2 tempahan dri pelanggannya yg lepas dari situ kita blh tahu peniaga tu jujur ke tidak.. brg dia dpt sambutan bgus ker? aktif ke tidak dia berniaga kta sebagai pembali kena hati2 dan ambil berat ini semua.jgn bli main ikut suka, pastu bank in duit last2 brg2 tak dpt kita rugi huhu.. jadi waktu tu jgn salahkan dri sdri huhu..

kena hati2 ya. erk bro perh kena tipu ker?

Reply

shraqs December 20, 2012 at 3:53 pm

Nasihat Suri ni memang betul. Buat research dulu tentang produk & pembekalnya sambil2 tu baca juga pengalaman pembeli yang lain.

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:34 pm

@Shraqs,mmg nak kena study dulu..macam2 scam sekarang ni

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:38 pm

@suri, mmg nak kena buat survey dan hati2..

tak pernah kena dan tak nak kena pun… =)

Reply

wazy December 20, 2012 at 3:30 pm

hehe sesekali beli secara online apa salahnya kan,jangan lupa untuk beli buku Mudahnya Menjemput Rezeki :-)

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:37 pm

Ok bro..masuk list..thanks

Reply

sweetkurma December 20, 2012 at 3:43 pm

pengalaman akak membeli secara online adalah hand-bag jenama “coach” sebab harganya agak murah sedikit kalau beli di butik, alhamdulillah bila sampai ianya tidak mengecewakan… untuk baju atau kasut akak memang tak berani sebab akak orang bersaiz besar mmg nak kena cuba dulu… TAPI menjalankan perniagaan tudung secara online memang sangat2 menguntungkan dan ianya lebih jimat sebab tak perlu sewa kedai…

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:36 pm

wah…beg coach tu akak beli online ek..terbaiklah!
bab beli baju tu mmg ramai yg pilih style dulu2..kena tgk betul2..

p.s-teringin pulak nak jual tudung online =)

Reply

shraqs December 20, 2012 at 3:56 pm

1st of all,.. TQ bro utk backlink nya.

Saya sendiri tergolong dalam golongan yang masih takut & was was membuat pembelian secara online, especially kalau yang melibatkan penggunaan kad kredit. Kalau saya buat pun, guna PayPal je.

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:34 pm

Terima kasih kembali

Kalau guna maybank2u ok? Paypal mmg rasa secure..

Reply

akubiomed December 20, 2012 at 5:27 pm

Saya pernah beli secara online beberapa kali. Pasa sama ingin menguji keberkesanan penghantaran barang yang dipesan.

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:32 pm

ooo..kiranya bro mmg berani nak test..terbaik

Reply

iza December 20, 2012 at 5:29 pm

Assalam..
Saya merupakan pelanggan yang sering membeli secara online atas beberapa sebab…

1. Barang yang nak dibeli tu hanya dijual secara online. Contohnya benang import, mana ada jual kat kedai2 biasa.
2. Kekangan masa. Tak sempat la nak bawak anak-anak kecil ke pasaraya mana2. Barang yang kita nak tu pun tak ada jual dekat2 sini. Oleh itu, online jadi pilihan.
3. Ada duit dalam akaun. Oleh itu,tangan pun sentiasa gatal untuk melicinkan semua amaun (gurau je…)

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:32 pm

Assalam Iza,
Mmg kena sangatlah dgn kerja Iza sekarang. Terbaik!
hehe..bawk anak2 p shopping mmg macam kena ada 4 mata sekaligus..hehe
tgn gatal jer..hehehe

Reply

hatiputera December 20, 2012 at 8:33 pm

Mungkin salah satu sebab jugak yang menyebabkan google adsense tiada untuk bahasa melayu.

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:31 pm

Tu yg jadi isu tu…ermm

Reply

Cikgu Aiyad December 20, 2012 at 10:25 pm

Saya beli jugak barangan fizikal secara online, kebanyakannya dari forum lowyat.net. kat situ banyak trusted seller, so kurang la rasa was-was.
Selain dari tu, lelong.com.my pon boleh percaya jugak, sebab ada sistem safetrade. Dah selalu beli online ni, terutamanya barangan digital. Barangan fizikal pon banyak jugak, tapi lebih banyak barangan digital. Contohnya, CD Key software. Lebih murah dan mudah berurusan.
.

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:31 pm

Forum lowyat ni bagus betullah =)
Brg camtu mmg lagi murah kat onlinekan?thanks berkongsi cikgu

Reply

Dulu Lain Sekarang Lain December 20, 2012 at 10:40 pm

Kalau pegi website yg ok cam e-Bay, Zalora etc. tu normally tiada problem ehhh…

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:30 pm

Tu semua trusted seller..no problem..hehe

Reply

TehR December 20, 2012 at 10:41 pm

aku pernah juga membeli secara online
walau pun sebenarnya aku lebih suka cara biasa
lebih puas

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:30 pm

Lebih puas…betul tu

Reply

Nadot December 20, 2012 at 10:50 pm

saye suke beli on9 sebab penat nak shopping… hehe… mase belajar obersi dulu, duit memang habis dekat amazon & ebay je..siyes addicted.. dah balik malaysia, kurang sikit la soppink online, tapi still buat juge especially beli baju :)

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:29 pm

Tu bahaye tu nadot..dah addicted…hehe..barang2 kat situ mmg murah kan?
Baju ek…syok jugak tgk baju mcam2 jenis jual kat online ni…petik je..hehe

Reply

pipoq December 21, 2012 at 12:33 am

selalu jugak melakukan belian dalam talian ni dan melibatkan ratusan dan ribuan ringgit jugak..tapi beli tiket kapal terbang la..hehehe..

kalo beli barang tu setakat ni bayaran kurang dari rm200..bukan tak berani atau kedekut tapi sebab suka nak bersenam jalan2 cari2 barang kat pasaraya..kalau beli barang melalui talian ni bila rasa susah nak dicari atau waktu tu tengah ada diskaun..hehehe

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:28 pm

byk tuh..ooo…tiket daa…
satu hal jugaklah…takut juga tiba2 barang tk sampai..
bersenam amalan kita.. =)

Reply

donnyien December 21, 2012 at 1:25 am

hai bro,
membeli barang secara online sudah lama di praktikan di negara maju. Malaysia juga sudah mula mengamalkannya. Pembelian sebegini memang memudahkan sedikit, tidak perlu keluar.
lagipula menguntungkan peniaga online, dapat mengurangkan kos perniagaan.

Saya belum pernah membeli barang online kecuali beli tiket kapal terbang sahaja =D

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:28 pm

Mmg tak payah bayar kos kedai yg mahal, cuma mmg nak kena betul2 fokus dan pndai cari pelanggan dan jual barang yg betul2 dikehendaki

Reply

titan December 21, 2012 at 1:28 am

kedekut tu satu. tak reti tu nombor dua.

nama gua juga lu petik aa..

Reply

Hairul Hissam December 21, 2012 at 7:42 pm

lagi2 kalo wanita.. belek sampai berjam2… tu yg tak syok beli online.. tak dapat nak belek berjam2 . so pembelian online tak syooookkkkkk … heee :D

tapi yg saya lihat, org kita mula berminat utk beli secara online. cuma bagaimana kita menyakinkan mereka..

Reply

Hairul Hissam December 21, 2012 at 7:44 pm

sory.. entah macam mana terreply kat komen bro titan..

Reply

hafizmd December 23, 2012 at 11:24 pm

@hairul, takpe…janji sesuai..hehe

Reply

titan December 25, 2012 at 3:30 pm

takpe. gua tak marah. lelaki kacak tak boleh marah-marah. haha..

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:09 pm

@titan, lu marah ke tak marah ke…mmg gua lagi kacak…hahaa

hafizmd December 26, 2012 at 2:27 pm

@titan,tak reti tu satu hal jugak..

nama lu mmg sng nak petik..hahaha

Reply

puanbee December 21, 2012 at 2:41 pm

shopping juga , tetapi tgk siapa penjualnya dan beli barangan yang di perlukan , kalau brg tu boleh dpt diluar dan murah kenapa nak beli online kan ..

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:26 pm

Kena tgk siapa penjualnya. Betullah tu puan bee..kadang2 lagi mahal jugak kat online…ehehe

Reply

Myra Jay December 21, 2012 at 5:02 pm

MJ setakat ni pembelian online penah bli kamera, tudung dan baju :D

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:25 pm

Byk jugak tu MJ..terbaiklah!

Reply

Denaihati December 22, 2012 at 9:19 am

ada barang sesuai beli online ada yg tidak. dr segi yakin, tak risau sanagt boleh cek trak record atau forum atau macam2 lagi.

Reply

hafizmd December 23, 2012 at 11:20 pm

Track record tu yg penting tu…jadi, kalau ada rekod buruk, silalah berhati-hati

Reply

Wanayu December 23, 2012 at 7:57 am

Sebenarnya lagi mudah membeli secara online.. Cuma kena betul2 pastikan tidak ditipu.

Reply

hafizmd December 23, 2012 at 11:19 pm

Itu yg perlu buat study sikit tu…hehe

Reply

Hafizul December 23, 2012 at 2:14 pm

Emm sehingga hari ni, sy tak pernah lagi beli barang online..tak ada pengalaman dan rasa tak berani nak tanggung resiko.,.

Reply

hafizmd December 23, 2012 at 11:19 pm

Kalau dah cuba, takut ketagih pula

Reply

azman December 23, 2012 at 9:23 pm

Kedekut bila tang kos post jer hehehehe….

Reply

hafizmd December 23, 2012 at 11:17 pm

keh2..tu satu hal jugak, kalau free delivery, laju ja…hehe

Reply

Kak Long Mawar Merah December 23, 2012 at 9:48 pm

Kak Long dah mula membeli-belah secara online sejak berbelas tahun lalu. Tapi masa tu cuma shopping di amazon dot com sahaja. Sejak dua tiga tahun kebelakangan ni baru beli barang lain. Alhamdulillah. biasanya ok aje.

Reply

hafizmd December 23, 2012 at 11:15 pm

wah..kirenye kak long byk pengalaman shopping online, lehla buat entri pasal isu2 berkaitan…hehe

Reply

onlajer December 24, 2012 at 5:44 pm

setakat domino pizza tu biasa je , yang lain belum lagi hehe

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:16 pm

hehehe..pizza mmg truster seller..haha

Reply

Kujie December 24, 2012 at 6:49 pm

biasa beli barangan elektronik atau aksesori komputer , tudung, benda makan
baju, kasut tu tak pernah
paling kerap beli buku yang dihantar terus kepada kawan2 sebagai hadiah
pernah beli handbag sebagai hadiah birthday seorg kawan blogger juga melalui online
hadiah tudung….kepada blogger juga melalui online
dah… pernah hantar kek harijadi seseorang melalui tempahan online

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:16 pm

Maknanya, kak jie mmg byk pengalaman shopping online..kekpun boleh beli online..terbaiklah!

Terima kasih kak jie berkongsi..

Reply

eiela December 25, 2012 at 10:15 pm

biasa jugak beli online sbb brg2 kat sini mahal, tapi sesetengah barang jugak la tak semuanya sesuai dibeli secara online.

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:08 pm

Betul tu. Ada yg nak kena pegang2 dan belek2

Reply

Mazuhan December 26, 2012 at 1:07 pm

Saya dah lama beli barang online tapi melalui trusted seller. Malah saya beli Galaxy Note II pun secara onlie dari superbuy sebab malas nak pegi naik turun kedai hp.

Reply

hafizmd December 26, 2012 at 2:06 pm

Trusted seller mmg amat2 dicari =)

Reply

cik tom December 27, 2012 at 5:15 pm

rasanya bkn kedekut tp lebih kpd takut tertipu..

Reply

hafizmd December 28, 2012 at 11:59 am

ooo..takut kena tipu..mmglah..nak2 kalau beli barang mahal…naya kite

Reply

Ladfe Amir December 29, 2012 at 6:24 pm

pernah juga saya beli barang online ni. kat mudah dan ebay. takde masalah setakat ni.

pada masa yg sama saya suka juga beli aplikasi utk smartphone. lagi senang takyah cari yg cetak rompak

Reply

yas December 30, 2012 at 12:13 pm

Aku pernah buat sale online…alhamdulillah masyuk juga….cuma skg ni slow sikit sbb nk cr produk baru yg dpt sambutan baik…..:)

Reply

padin December 31, 2012 at 2:41 pm

benda pertama yang aku beli online = jersi pasukan Selangor,
ekekee….. ok je beli barang on9 nih,

Reply

hafizmd January 6, 2013 at 1:30 pm

Wah…beli jersi ni…terbaik!

Reply

Joe January 6, 2013 at 11:40 pm

Saya memnag mempunyai pengalaman luas dalam shopping online nie. Personally, saya tidak akan mengambil risiko untuk membeli barangan dari site yang saya tak familiar. Kalau tak, saya akan wat research tentang site tersebut.
Dulu pernah beli jeans dan kasut dari ebay. Hampir cecah Rm600 jugak.. Huhu

Reply

hafizmd January 10, 2013 at 9:40 am

wow! mmg senior sungguh dalam beli membeli ni…terbaiklah bro..

terima kasih berkongsi!

Reply

Leave a Comment