Mar 1, 2012

Timun Cina…

Assalamua’laikum.

Cuba kita renung sekejap situasi ni. Bila ada tetamu datang ke rumah, bagaimana kita layan mereka? Adakah kita memberi mereka hak-hak yang selayaknya? Senang citer, bagaimana cara kita layan mereka. Tepuk dada, tanya diri sendiri. Kalau OK, alhamdulillah. Kalau KO, tepuk dahi masing-masing.

Ke korang ada pengalaman ‘indah’ dengan tetamu tak diundang?

Kalau ada, jangan malu jangan segan untuk berkongsi yer. Kami pulak, Alhamdulillah. Kami suami isteri insyaAllah akan layan tetamu dengan sebaik yang kami mampu. Kalau ada pinggan cantik, pinggan tulah yang kami guna untuk tetamu. Kalau ada makanan paling sedap masa tu, makanan tu jugak yang kami hidang untuk tetamu. Kalau takde, jawabnya biskut kering cicah air teh jugaklah :D

Sesuai dengan hadith Rasulullah (Riwayat Abu Daud dan Ahmad);

“Barangsiapa yg beriman dengan Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan tamunya dengan memberi jaizah”

Apa bendanya jaizah ni? Dari sumber yang dibaca, ianya adalah bermaksud “sehari semalam”. Lebih penting ialah hidangan lauk pauk istimewa yang kita hidang kepada tetamu untuk hari pertama, kedua dan ketiga. Kalau lepas tu, bolehlah hidangkan lauk pauk yang biasa saja. Kalau lama lagi? Kenalah tetamu pulak yang faham hak-hak seorang tetamu. Jangan nak buat lebih-lebih pulak =)

Antara pengalaman jadi tetamu asing di Iran tahun lepas, mereka memang cukup hormat pada tetamu. Lebih-lebih lagi saudara seagama. Tengok gambar ni.

"hak tetamu dan tuan rumah dalam islam"Mereka memang cukup peramah (rasa macam kat negara sendiri). Makan bawah pokok, walaupun cuaca masa tu memang panas. Tapi yang bestnya, bila dapat makan timun cina segar-segar dari ladang. Fuuuuuh! Memang sedap!

Sampai ke saat ni, saya masih lagi terkesan dengan cara mereka melayan tetamu. Walau baru sekali berjumpa, tapi layanan tetap first class.

@hafizmd-Kita pulak bagaimana? Apakah kita pandai menjadi tetamu dan menjadi tuan rumah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

68 komen setakat ini

  • Tetamu selayaknya dilayan dengan baik.. sesuai dengan tuntutan agama kita. Apa yang ada keluarkanlah.. :D
    Blogger anif´s berkongsi entri terkininya ..Surat Dr M Kepada Perdana Menteri Israel

    • Itulah hak mereka. Tetamupun kena jugak hormat hak tuan rumah.

      Mana pinggan yg dalam gerobok tu, bawak keluar jer…hehe

  • Mesti kena layan elok,kita pun sebagai tetamu jgn lebih dari 3 hari bertandang/tidur rumah orang.
    Blogger Azman´s berkongsi entri terkininya ..Ayam yang berkokok

    • Yg tu pun penting nak kena tahu. Lebih tiga hari, elok kita kurangkan beban tuan rumah =)

  • Kehadiran tetamu sebenarnya membawa rezeki kepada tuan rumah.

    • Tetamu membawa seribu rahmat. Jadi, sama2 kita raikan tetamu sebaiknya

    • chii setuju..sebab ada yg mengatakan..rumah yg sering dikunjungi tetamu..rumah tu murah rezeki…
      Blogger chii´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Wednesday #20 – Nasihat Kakak

      • @chii,setuju jugak,tetamu pembawa barakah

  • memang rasa gembira kalau ada tetamu datang rumah.. takdelah sunyi sangat
    Blogger rahman´s berkongsi entri terkininya ..Namewee Fuck Lynas

    • betul tu…seronok bila ada tetamu datang…

    • tul tu.. samalah dengan kami. kalau tak, tinggallah sekeluarga berempat.. mmg sunyi..
      Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..Kahwin Bukan Untuk Suka-suka

      • huhuhu…lagi2 bila kakak takde balik kampung….mmg 200% kali lebih sunyi

  • kalau kita nk orang layan kita elok, kita kena layan orang lain pun dengan elok.
    Blogger faizfakhirin´s berkongsi entri terkininya ..Anak anda mesti suka Benda ini.

    • setuju. sama jugak kalau kita nak orang hormat kita, kita kena hormat diri dan org lain jugak

  • Bab2 ni yang aku tabik sesangat ngan org Iran nih…aku pernah baca kisah derang/cara derang melayan tetamu…cara derang sebelum keluar gi kerja…mmg dekat betul dgn cara keislaman yg rasulullah /islam minta…tp bila baca bab2 syiah…alamak…jauh bebeno lak dgn sikap sunnah….apapun hanya Allah yg lebih mengetahuinya…
    Blogger yas´s berkongsi entri terkininya ..Memancing di PipeLine, Dungun Terengganu

    • Itulah mereka. Mmg terbaik bab2 melayan tetamu. Bab2 syiah tu, mmg tak nak komenlah…hehe

      Mereka cukup maju dalam apa jua bidang.

  • setakat ni lazaac cuba melayan sebaik yg mungkin… yer la, buat baik baik la balasannya…
    Blogger lazaac´s berkongsi entri terkininya ..Modenas Ace 115 Dilancarkan Modenas

    • itulah kitarannya…baik sebesar zarahpun akan dikire jugak =)

  • saya setakat tahun lepas 7 org tetamu sy dtg rumah smua ank dara andk sedara saya hee..mmg jenuh masak..tak cukup tgan d buatnya…

    • hehee…mmg lenguh sikit, tp best kan?

  • saya masak apa yg ada tu klu depa dtg tgh bulan hee tpi sllunya umh saya tak der sapa nk dtg hee adik brdik jauh depa nk dtg ipoh pun blh d kira keh,,keh,,,

    • gitulah kita….duduk kat perantauan ni mmg kadang2 jer ada tetamunya…tu yg rase berat hati jer bile depa dah nak balik…tka gitu suri?

  • sy suka tetamu dtg sb rasa rumah meriah tambah2 rumah suri ada 3 org jer kata org2 muda terkini ckp balik2 jumpa muka..nampk muka org yg sama mana ta bosan he…ceh lawaok jer tu bro

    terima ksh sb dri ke blogsot..weeeeweeee..

    tahu2 jer saya lepak kat situ ek..

    • hehehe…mmg ada yg buat lawok camtuh..

      tgk muka anak bini mmg tak pernah bosan…suke lagi…ehehe

      p/s-mestilah…sbb bukak CC tak dapat…mesti lepak sana punye… :D

  • mana yg ada, mana yg mampu, itulah yg cuba berikan. terima kasih dlm beri idea nak sediakan apa jika ada tetamu. lau tiba2 tu, mmg keropok la jadi peneman, kalau tgh ada..

    lau mmg ‘tetamu’ tak diundang kat opis, macam mana pulak nak buat ye?hehe
    Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..Kahwin Bukan Untuk Suka-suka

    • keropok mmg wajib ada..maklumlah…ganu kite…hehehe

      yg kat opis tu, kasi perangkap sama dia….hhehehhe

  • tak aci la asyik sebut kat negara org je, paling kurang bawak balik la sekeping dua.. haha.. mmg tak puas hati..
    Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Wednesday #11

  • tetamu perlu dilayan dgn baik kan kan kan..
    itu budaya dan adab Melayu juga..
    tapi skrg ni, fenomena sudah berbeza… tetamu datang sekadar di pintu pagar rumah atau di kedai mamak.. uhuk!
    Blogger maza´s berkongsi entri terkininya ..Jaki Jipang menunggang Yamaha RX-S

    • ahaks!

      ramai yg lebih senang bertamu di kedai mamak, patutlah laku jer kedai tu…huuuu

  • hehe..dah lama tak makan timun cina nih..
    Blogger titan´s berkongsi entri terkininya ..Cara mudah untuk lepas Innity

    • Murah jer sekrang ni…hehehe

  • layanlah tetamu sebaik2nya n yg termampun. kalau tetamu tu salesman layanlah baik2 kalau datangnya pun dgn cara yg baik n berhati2.
    Blogger Denaihati´s berkongsi entri terkininya ..Sihat Sebelum Sakit

    • Itu yg sebaiknya. Salesman, mmg nak kena pandai layan@ayat, kalau tak, kita pulak yg terkena =)

  • Bro hafiz tinggal kat mana ni ..? … bagilah alamat … hehehehe … Benjy nak bermalam 3 hari kat rumah hafiz … hahahahaha (ada juga kena pelempang kejap lagi) :D
    Blogger b3njy´s berkongsi entri terkininya ..TOP 20 REFERRAL AT BENJY BLOGGER – FEB 2012

    • hehehehe…boleh jer…tp jgn lupa bawak laptop, boleh blogging sampai lebam……heheheh

  • Benjy kekadang rasa malu pula kalau ada tetamu datang maklumlah rumah serba kekurangan … tetapi kalau ada yang datang, benjy akan melayan sebaik mungkin :D
    Blogger b3njy´s berkongsi entri terkininya ..TOP 20 REFERRAL AT BENJY BLOGGER – FEB 2012

    • Itu yg sebaiknya bang benjy. Kurang atau lebih, itu hanyalah pandangan manusia saje. Hati yg bersih pasti memberi kesan yg lebih besar =)

  • kiter kene hormat siapa yg berkunjung tanpa mengira status.. :)
    Blogger Jebeng Otai´s berkongsi entri terkininya ..Nokia Pureview 808

    • Status hanyalah rekaan dan pandangan manusia saje…

  • Layan setakat yang kita mampu, jangan plak sampai nak menunjuk2, biar dari hati yang ikhlas.
    Blogger shraqs´s berkongsi entri terkininya ..Tutorial Penggunaan W3 Total Cache Plugin

    • Setuju tu bro. Kita buat apa yg termampu, insyaAllah tetamu pun faham =)

  • saya mahu duduk mentimun blh tak hiiii

    • hehe…duduk mentimun?camne tu suri??

  • tamu datang mmg rasa seronok..klu anak sedra dtg bila depa nak blik mmg berat hti nak lepaskan

    • betul tu suri. sama jugak bila balik kampung, nak balik sini balik…Allah…Allah saja yg tau….huhuhu

  • Melayan tetamu bukan suatu perkara mudah kerana sekali mereka terguris mereka tidak akan datang lagi – ayat puitis betul ;)

    Ibu bapa saya amat pandai layan tetamu tapi saya pemalu sikit.
    Blogger nizamghazi´s berkongsi entri terkininya ..“The Secret World Of Blogger” – Asalkan Hasil Karya Tulen Hingga Ke Surga

    • hehe..sesekali puitis mmg syok bro!

      oooo…genetik peramah tu tak berapa nak turun… :D

  • Kebetulan
    Kami baru je menerima tetamu dari seberang
    Layan setakat termampu je
    Blogger tehr´s berkongsi entri terkininya ..Dalam Kenangan | Februari 2012

    • Itu yg sebaiknya cikgu. Kadang2, ada jugak org kita malu utk terima tetamu

  • Saya ada nescafe 3 in1 . Itulah yang saya akan hidangkan pada sesapa yang nak datang jadi tetamu tak diundang. :)
    Blogger faizul´s berkongsi entri terkininya ..Sasaran Dalam Hidup

    • Kalau jenis tetamu tak diundang, mmg takleh nak cakap apelah…mana yg ade, itulah yg dhidang =)

      p/s-lame dah tak pekena nescafe 3 in 1

  • panas panas cuasa makan tu memang best
    Blogger Juan´s berkongsi entri terkininya ..Download SEO Untuk Semua

    • mmg best bro…sejuk jer rase badan ni

  • misskonspirai memang tak reti nak layan tetamu..asal ada org mai umah ja..masuk bilek..huhu sabo je la.. dgn sikap pemalu yg teramat ini.
    Blogger misskonspirasi´s berkongsi entri terkininya ..Cara Buka Link Pada New Tab

    • alamak….mungkin nak kena kurangkan sikit, agaknye nanti dah ade en abang…kuranglah tu… =)

  • Siapa nak datang rumah aku cakap awal2 yer … bolehlah makan kentaki …. hehehehe
    Blogger b3njy´s berkongsi entri terkininya ..WAHAI PENGUNDI SEKALIAN UNDI ANDA BUKAN LAGI RAHSIAH

    • Apa lagi tunggu, kita pakat terjah bang benjy….hehehehe

  • tetamu masuk ke rumah membawa rezeki..bila mereka keluar rumah akan turut membawa keluar dosa2 tuan rumah.

    • Setuju. Mudah-mudahan dipermurah rezeki jugak utk tetamu kita tu

  • org bujang…sambut tetamu gitu2 je…selagi ada yg terbaik, akan dikongsi…kalau kat umah tu lain sikit la.sembang2…mak atau adik buat air…kalau lama sangat aku lari gepan tb.haha…

    penah sampai iran ke bro…menarik :)
    Blogger APAN´s berkongsi entri terkininya ..Video Blooper Astro Awani Masuk The Ellen Show

    • hehehehe….bila dah syok sembang…mmg lama jadinya =)

      pernah sampai sekali baru…mmg syok, tp ade yg kureng syok jugak…hehem

  • selalu nya mmg bagi yg terbaik..tp pas da siap2 kasi air semua..chii x layan.lgi2 kalo org tak berapa nk kenal..segan..so dok dlm blk dendiam…BW..eheh
    Blogger chii´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Wednesday #20 – Nasihat Kakak

    • hehe….malu2 bagus jugak….maklumlah…anak darakan? ehehem

  • Kalu tetamu nak datang, kena beritahu awal. tak suka depa datang mengejut. Masa tu nak bagi wangi2 sikit rumah dan nak siapkan hidangan apa2 yg patut.

    pst : ada sahabat kami, kita selalu ajak diaorg laki bini datang berbual..minum2 di rumah kami tapi mereka xpernah sepatah pun ajak kami dtg umah depa… (apa2 pun kena bersangka baik)
    Blogger Mekar´s berkongsi entri terkininya ..Review Filem : Hafalan Shalat Delisa

    • Setuju jugak. Tapi kalau ada yg datang mengejut, mmg kena jugak layan sebaik mungkin….hehe

      p.s-agaknye pasangan tu malu nak ajak…ape kate buat2 singgah =)

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri