9 Ciri Suami Idaman

Assalamua’laikum.
Ciri suami idaman. Elok benar rasanya kalau ambe berkongsi serba sikit tentang ciri-ciri seorang suami idaman dambaan seorang isteri. Mana taknya, cuti sekolah dah nak habis, maka kadar jemputan ke kenduri kahwin juga bakal berkurangan. Para suami yang baru diijab-qabul, pastinya masih lagi berdebar dan teruja dengan status terkini iaitu sebagai suami. Para lelaki yang dah lama menamatkan zaman bujang juga macam ambe ni sepatutnya merenovasikan ciri-ciri seorang suami baik lagi soleh. Bukan rumah saja yang perlu diubaisuai, ciri dan cara kita juga perlu diubahsuai sama demi mendirikan sebuah rumahtangga bahagia. Jom pakat teliti 8 ciri menjadi suami idaman lagi hebat! 8 Cara Menjadi Suami Hebat

8 Ciri Suami Idaman, Setia & Baik

  1. Ciri suami idaman- Boleh jadi Tok Imam. Kalau suami boleh jadi Imam, inshaaAllah ada potensi untuk jadi suami soleh. Kalau tak boleh jadi imampun, jadi makmum kat surau pun boleh. Yang tak berapa nak boleh ialah kalau tak tau langsung jalan nak ke surau masjid walaupun dah tinggal kat situ lebih 5 tahun!
  2. Ciri suami idaman – Lebihkan agama. Kita selalunya tak berkira nak pasang pakej internet paling laju atas dunia, pakej astro paling hebat tapi kita lupa dan berkira nak beli buku agama, sejadah, telekung isteri dan sama-sama membaca buku ilmiah bersama keluarga.
  3. Ciri suami idaman – Cukup matang. Percaya atau tak, isteri memang akan minta pendapat suami dalam membuat keputusan walaupun isteri mungkin dapat membuat keputusan sendiri. Untuk suami, boleh guna ayat penyedap ni bila isteri tanya pendapat, “Ok..abang rasa pendapat sayang tu ok dan praktikal, jadi kita guna idea sayang kali ni…” haaa…nampak tak?hehe…
  4. Ciri suami idaman – Terer bab memasak. Siapa tak suka kalau suami pandai masak? Nak-nak kalau pandai masak macam-macam. Hujung minggu waktu yang sesuai untuk suami tunjuk skill masak kat isteri dan anak-anak. Kalau tak pandai, cukup setakat potong-potong sayur. Potongpun tak pandai? Makan sampai habis lauk yang isteri korang masak! Kat rumah mertua, elok simpan skill tu dulu, takut ada kecelaruan di hujung hari nanti…
  5. Ciri suami idaman – Pandai buat sendiri’. Ramai yang salah sangka bila cakap bab gosok baju, basuh baju dan lipat baju. Jangan harap isteri sorang-sorang tunggang terbalik buat itu dan ini. Suami kenalah ringankan tangan tolong basuh baju (mesin yang basuh, bukan basuh tangan), jemur baju dan lipat baju. Senang dan mudah. Hasilnya? Korang cubalah sendiri, baru tau! Tak kahwin lagi? Praktis lipat baju sendiri dulu…
  6. Ciri suami idaman – Ada prinsip hidup. Kata orang ada pendirian. Jangan jadi macam lalang, kena tiup angin ke kiri ke kanan. Kalau dah buat keputusan (selepas berbincang dengan isteri), kekal pada keputusan.
  7. Ciri suami idaman – Pandai jaga anak. Jangan harap isteri buat semua kerja rumah. Biarlah sama-sama penat, sama-sama seronok. Paling tidak, bangun buatkan susu untuk anak. Ok? Ramai yang rasa suami malas nak bangun malam buat susu dan tukar lampin. Betul ke? Mungkin betul…hahaha..(tips: elok digalakkan isteri untuk menyusu badan untuk bayi). Korang boleh tidur sampai pagi…hehehe (jangan hanya pandai ‘buat’ anak…opsss).
  8. Ciri suami idaman – Suami macam ‘google’. Ini bahagian paling menarik. Kalau isteri korang tanya bab komputer, korang tahu. Tanya bab politik…bersembur air liur, tanya bab ekonomi…habis buku boleh catat, tapi jangan tanya bab darah…korang tersipu-sipu nak jawab!
  9. Ciri suami idaman – Pandai bergurau – Kalau suami serius jer sepanjang tahun, macam mana agaknya? Kenalah pandai bergurau dan ambil hati isteri. Kalau isteri suka makan waffel coklat, balik kerja singgahlah beli sekeping untuk dia. Pasti senyum lebar!
  10. Tunggu korang tambah…nanti ambe tambah kat sini…silap-silap ambe bukukan terus..hahahaha

Itulah saja peringatan sempena hari Isnin dan beberapa tips untuk kita renovasikan ciri-ciri seorang lelaki biasa menjadi seorang suami idaman dan hebat lagi soleh. Bukan senang nak jadi suami terbaik. Tak dapat jadi terbaikpun, jadi yang paling baik untuk isteri dan anak-anak sendiri (bukan isteri orang lain yer…) sudah memadai. Rasululllah SAW adalah contoh terbaik untuk menjadi suami idaman dan terbaik lagi soleh.

@hafizmd- kalau suami korang dapat hadiah iPhone 5, mesti dia bagi kat isteri punya…jadi, doakan moga-moga suami anda dimurahkan rezki…ameen