Buat USD 5 pertama dari internet…

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis di sini dan insyaAllah akan kembali menerjah blog teman-teman semua setelah hampir 5 hari saya menyepi.

Dua tiga hari ni, akaun email saya asyik diterjah oleh “Renewal Notice” saja. Ini yang tak seronok ni bila tiba masa untuk perbaharui domain dan juga hosting. Duit dan duit lagi. Siapa cakap pakai ‘self-hosted’ blog semuanya indah belaka? hehehe…

Tapi, alhamdulillah, berkat hasil tabungan sikit-sikit, untuk proses “renew” kali ni, saya hanya akan guna beberapa USD yang dah lama saya peram, khas untuk bayar domain dan juga hosting. Agak-agak ada yang tanya, mana pula datangnya duit dalam akaun Paypal tu?

Ok. Untuk menaikkan semangat saya sendiri dan teman semua, saya akan kongsikan sedikit ruang bagaimana untuk buat duit $5 pertama dari internet. Sebelum itu, perkongsian ini jauh sekali untuk menunjukkan yang saya sudah berpengalaman luas dalam arena buat duit secara ‘online’, cuma ingin berkongsi sedikit ruang yang ada dan sedikit USD yang saya dapat malah jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk. Wanau’zubillahi minzalik.

Kenapa $5? Bukan $1? Sebabnya program yang saya nak sebutkan ialah Fiverr. Saya cuba tulis dalam bentuk soalan. Harap mendapat manfaat.

1. Program ni betul-betul atau scam?

Memang betul! Saya pernah keluarkan USD dari Fiverr ke akaun Paypal. Urusan pemindahan USD memang cepat.

2. Bagaimana nak sertai?

Senang saja. Terus http://www.fiverr.com/ dan daftarkan diri anda. Isi segala butiran yang dikehendaki. Kemudian, sedia untuk menjual!

"cara buat duit online fiverr"

3. Nak kena ada akaun Paypal ke?

Setakat yang saya tahu, duit yang ada dalam akaun Fiverr hanya boleh dipindahkan ke akaun Paypal@digunakan untuk membeli servis yang disediakan oleh penjual lain.

4. Perlu ada blog untuk sertai Fiverr ni?

Tak semestinya. Semua servis kecil yang kita jual, bergantung kepada kreativiti dan kesediaan kita untuk buat sesuatu kerja hanya untuk $5. Contohnya begini;

"cara buat duit dari internet fiverr"

5. Ada bukti ‘screenshot’ tak? Bukannya tak percaya, saja nak tengok..hehe

Ada. Saya sertakan di bawah ni. Tak banyak pun, tapi bolehlah setakat nak perbaharui domain dan hosting.

"cara buat duit online fiverr"

6. Berbaloi ke buat kerja untuk hanya $5?

Untuk soalan ini, saya tiada jawapannya. Bergantung juga kepada kita, kalau kita rasa penat lelah kita lebih berharga dari USD 5, mungkin ini bukan tempat yang sesuai, tapi kalau kita rasa ok..bolehlah dicuba. Ingat ya, memang $5 sahaja (selepas kerja kita disahkan, kita hanya dapat $4 sahaja!). Jadi, kerja apa yang padan dengan usaha $5??? Sama-sama kita fikirkan.

Setakat itu saja perkongsian motivasi di pagi Isnin ni. Harap memberi sedikit perangsang dan semangat untuk terus berblogging dan berkongsi rasa serta pengalaman.

® hafizmd – selalu berfikir, lebih baik ada dari tiada…setuju tak?