5 Hijrah untuk blogger sempena Awal Muharram…
Salam Tahun Baru Hijriah 1432. Memang cepat benar masa berlalu. Awal Muharram yang baru saja tiba semalam memberi petanda yang umur kita semakin bertambah, dan perjalanan hidup kita juga semakin menghampiri titik noktahnya.
Dikesempatan yang ada, mengisi ruang dan waktu yang terbatas, mengambil peluang yang terhidang…hidup sebagai seorang blogger pada pandangan saya seharusnya diisi dengan penuh makna dan punya misi lebih jelas serta terarah. Bukan setakat meraih apa yang jelas (PR, jumlah pengunjung unik yang tinggi, komen yang banyak, hasil sampingan dari Nuffnang dan sebagainya), tapi yang lebih utama ialah saham yang kita mampu bawa hasil dari aktiviti blogging itu sendiri.
5 hijrah@perubahan untuk blogger sempena Awal Muharram ini khas untuk diri saya sendiri, andai ada yang boleh diambil dan digunapakai, alhamdulillah. Andai tidak memberi sebarang manfaat, maklumkan dan abaikan saja entri ini.
1. Hijrah Entri
Saya punya keinginan supaya setiap entri yang diterbitkan mampu memberi sedikit ilmu dan manfaat buat pembaca (khasnya untuk diri sendiri juga). Sebarang entri yang tidak jelas sumbernya juga tidak akan diterbitkan untuk mengelakkan sebarang entri bertukar menjadi medan penghubung fitnah. Bak kata Mama Murai “Saya baca, saya fikir, saya tulis”, bukannya “Saya tengok tajuk, saya copy, saya paste“…
2. Hijrah Bahasa
Terpanggil untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam arena blogging membuatkan saya lebih fokus untuk menerbitkan setiap entri Bahasa Melayu supaya lebih tepat tatabahasanya, ejaannya, tanda baca dan sebagainya. Banyak blog di Malaysia (mungkin juga blog ini) yang menggunakan gaya bahasa yang saya sendiri pening dan keliru untuk membacanya. Saya tidak mahu menjadi tipikal blogger!
3. Hijrah Komen
Komen yang berkualiti menunjukkan siapa kita sebenarnya. Diakui, kadang-kadang dalam keseronokkan kita meninggalkan komen, kita terlupa untuk mengulas dan memberi buah fikiran tentang entri yang diterbitkan. Ayuh, sama-sama kita lebih berfikir dan menjadi komentator yang berkualiti!
4. Hijrah Khidmat Sosial
Antara yang sikit rasa ralat ialat sikap tidak cakna blogger (termasuk saya sendiri) dalam memberi sokongan kepada sebarang aktiviti sosial. Contohnya Blogger Action Day 2010. Jom sama-sama memeriahkan sebarang aktiviti sosial yang sudah pasti memberi manfaat kepada semua. Inilah antara tugas seorang blogger!
5. Hijrah Blog
Nak berhijrah ke mana? Mungkin ada yang rasa sudah sampai waktunya untuk berhijrah hosting. Kalau sebelum ini memang banyak kali bermasalah, inilah masanya untuk kita berubah selera dan mencari penyedia hosting yang lebih baik. Blog ini akan terus kekal di sini selagi tiada masalah besar yang melanda. Teman blogger macam mana?
Itu antara perubahan dan azam saya sebagai seorang blogger sempena Awal Muharram ini. Maaf jika ada teman yang terasa dan tidak senang. Ini hanyalah sekadar peringatan untuk diri sendiri khasnya.
® hafizmd – cukup “terkedu” dengan gaya bahasa anak muda berkarya….
setuju tu…niat yg murni biasanya Allah akan berkati…aku sentiasa menyokong blogger2 yg mcm nie…bagus2…
.-= intankuterpilih´s last blog ..Cinta Itu Membunuhnya =-.
@intankuterpilih, insyaAllah…terima kasih kak…hehe
.-= hafizmd´s last blog ..5 Hijrah untuk blogger sempena Awal Muharram… =-.
Sangat sokong 5 hijrah ini 🙂
Terutamanya bahagian memartabatkan bahasa tu
.-= Zala Wajik´s last blog ..Backyard Monster- =-.
@Zala Wajik, terima kasih bro…usaha memartabatkan bahasa kebangsaan..blogger pasti boleh sumbang sesuatu…insyaAllah
.-= hafizmd´s last blog ..5 Hijrah untuk blogger sempena Awal Muharram… =-.
Semoga kita menjadi blogger yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya 🙂
.-= anif´s last blog ..See What People Will Do For Hublot =-.
@anif, ameen…itulah harapannya…:D
.-= hafizmd´s last blog ..5 Hijrah untuk blogger sempena Awal Muharram… =-.
@anif, mana yang kurang baik diperbaikikan bro..yang baik haruslah di cuba utk mengekalkannya..
yg buruk wajib ditinggalkan…baru lebih seronok dan bermakna…hehee
Bagus dengan senarai itu…
maza juga terpukul dgn senarai tersebut..
rasanya hampir kesemua senari itu akan menjadi NKRA maza juga..
hehehhe
.-= maza´s last blog ..Atok dan penyepit Cina =-.
@maza,
Betul tu Maza, saya sendiri pun selalu buat perkara yang Hafiz cakap tu, Tapi akan sentiasa perbetulkan dari masa ke semasa 😀
.-= dnoBiz´s last blog ..Kes Pecah rumah – Putus Tangan Kerana Pecah Rumah gambar =-.
@dnoBiz, samalah kita bro…akupun buat apa yg aku tulis tu…jadi, sama2 kita perbetulkan sikit demi sikit…:D
.-= hafizmd´s last blog ..5 Hijrah untuk blogger sempena Awal Muharram… =-.
@maza, sebelum maza terpukul..saya juga terpukul dan rsa berat saja nk tulis…tapi demi utk memperbaiki mutu dan diri sendiri…kena juga tulis…
sama2 kita jadikan ini KPI tahun ni 😀
.-= hafizmd´s last blog ..5 Hijrah untuk blogger sempena Awal Muharram… =-.
terima kasih kerana berkongsi pandangantu,
terlampau banyak kesilapan tanpa sedar yang perlu kita baiki, yang penting kita cuba untuk ke arah yang lebih baik…
.-= dnoBiz´s last blog ..Kes Pecah rumah – Putus Tangan Kerana Pecah Rumah gambar =-.
@dnoBiz, betul tu bro dno…apa yg penting kita ada niat utk berubah dan melakukan tindakan utk perubahan…insyaAllah 😀
.-= hafizmd´s last blog ..5 Hijrah untuk blogger sempena Awal Muharram… =-.
@hafizmd,
harap niat baik kita akan dipermudahkan pelaksanaanya 😀
@dnoBiz, insyaAllah…ameen 😀
betul tu bro…dalam blog pun kite kena hijrah jugak…yang penting semua benda jadi lebih baik Insya Allah…
@maverick, terima kasih bro…moga lebih baik dari tahun2 sebelumnya…ameen
.-= hafizmd´s last blog ..5 Hijrah untuk blogger sempena Awal Muharram… =-.
Salam hafiz~
hehehe.. selamat menyambut maal hijrah buat kamu sekuarga.. maaf lewat ucapkan… 🙂
.-= Lp Lum´s last blog ..Mood Ber-Blog Walking Arie Nie – =-.
@Lp Lum, salam Lp_Lum,
salam maaf hijrah…moga lebih baik juga utk tahun ni dan seterusnya 😀 terima kasih
.-= hafizmd´s last blog ..5 Hijrah untuk blogger sempena Awal Muharram… =-.
Bagus senarai tu.. boleh dijadikan panduan semua blogger M’sia. 😀
terima kasih atas sokongan 😀
kalau benar, alhamdulillah…ada jugak gunanya…hehe
amin .. semoga 5 hijrah ini bermakna buat kita semua… sekarang nie , tengah berhihrah nak cari kerja… huhu.. harap2 dapat la..amin..
.-= zik´s last blog ..Cara untuk merawat cirit birit =-.
ameen…insyaAllah…sama2lah kita yer…
insyaAllah zik…ni cari kerja kawasan mana ni? bidang ape?
bagus snearai hijrah diatas. sgt betul semuanya. kita haru sjd blogger yg lebih professional. harus berubah dari satu tahun ke tahun baru. jangan berada pada takuk lama saja.
.-= RedBoys´s last blog ..Cabaran SEO Berita Sukan Terkini =-.
terima kasih bro atas sokongan…
perubahan ke arah lebih baik tu penting…baru ada anjakan…lebih segar dan bertenaga 😀
hoho, aku rasa aku pun nak hijrah entri gak.. supaya lebih frekuen aku update, dan hasrat nak duk bawah 500000 alexa hohoho.. goodluck untuk ko dan aku..
guna BM yang betul tue aku setuju sangat, bleh panjat SERP tue..
.-= samanosuke_04´s last blog ..Profile Pic Kartun kat Facebook Sempena Kempen “Fight Child Abuse” =-.
jom sama2 bro..akupun cuba nk capai bawah 300k pulak…susah benor nk gerak alexa ni sekarang…keh3…thanks bro 😀
ooo…baru aku tahu pasal nak naikkan serp ni…terima kasih
@hafizmd, aku pun baru ja melepasi 400k awal bulan lepas. la nak target bawak 300k plak. Sikit ja lagi tu tapi xnak gerak plak. geram betul.
.-= Anwar Osman´s last blog ..WordPress 303 is available Now! =-.
susah betul nak turun bawah 300k ni..takpa…kita usaha lagi kasi turun…yeahhhh!
masih berfikir nak pakai self hosted ker tak…
huhu…
kalau rasa dah sedia dan sampai masanya…ayuh tukar ke self hosted….jgn risau, kalau ade pe2 masalah…ramai yg boleh bantu…:D
@ROCKprincess, tukarlah..insyallah pasti ramai yg sudi menghulurkan bantuan 😉
betul tuh…pasti ramai yg sudi hulurkan bantuan…:D
Aku menyokong 5 hijrah yang diutarakan oleh bro hafizmd nie. Dalam berkarya di blog kita juga harus menjaga tatabahasa dan segala bagai agar penulisan kita boleh diangkat sedikit tarafnya berbanding penulisan kebanyakan blogger.
Dah berbulan2 saya berkeinginan untuk memulakan blog baru berbahasa melayu. Tapi rasanya, untuk komited terhadap blog inggeris saya, saya terpaksa mulakan blog tersebut di masa lain. InsyaAllah sebelum mula blog tu saya nak belajar perkara2 basic tentang blog dan memahirkan diri dalam perkara2 basic tu dulu. Agar nanti tidaklah terkapai2 dengan blog baru tu pulak.
.-= Anwar Osman´s last blog ..WordPress 303 is available Now! =-.
@Anwar Osman, terima kasih bro atas sokongan 😀
Itulah yg aku cuba buat…utk tidak menjadi tipikal blogger.
Rancangan bro utk mulakan blog bahasa melayu tu cukup bagus, harapnya nanti akan bertambah lagi satu cabang blog bro…mungkin lebih informatif dan menyampaikan ilmu tentang komputer dalam bahasa melayu…aku tunggu blog baru ni bro 😀
.-= hafizmd´s last blog ..5 Hijrah untuk blogger sempena Awal Muharram… =-.
Hijrah blog. hmm.. sesuatu yang baru. Kalau dah modal sikit boleh mula dengan domain kemudian baru migrate ke hosting sendiri. Risiko apa bila migrate ke hosting sendiri adalah dari segi trafik dan rank sebab kena mula semula tapi yang biasa dah kenal mungkin masalah ini sementara sahaja. Good luck kepada yang berhijrah blog 🙂
.-= akubiomed´s last blog ..Bila anak orang bandar mandi sungai =-.
ini utk yg masih berkira2 utk guna hosting sendiri..hehe…lagipun, kalau masih nk guna yg percuma pun ok juga…janji blog tu berfaedah dan ade isinya…tak gitu bro? 😀
setuju tu…bila pindah, mesti turunlah segala bagai…takpa2..sekejap jer tu..nanti mesti naik balik 😀
.-= hafizmd´s last blog ..5 Hijrah untuk blogger sempena Awal Muharram… =-.
Di samping kesemua 5 hijrah di atas, saya mahu menumpukan kepada hijrah komen. Saya tidak mahu komen saya hanyalah cakap2 kosong. i’Allah, Ameen. 🙂
.-= Hadi Rofiee´s last blog ..Asal-usul perkataan DUIT =-.
ameen…sama jugak…bab komen2 tuh…ingat nak jadi pengomen yg berkredibiliti…biar orang bca…dah tahudah…ni mesti mamat ni…:D
kena listingkan dlm note nie 🙂 nghe…
masuk senarailah ni…bagus2…terima kasih suri atas sokongan 😀
yup, setuju benar pendapat bro nih..
perbaiki dari semasa ke semasa, lebih baik kan,
.-= padin´s last blog ..Tips Memilih Domain =-.
terima kasih atas sokongan..
itulah yg baiknya…berubah walau sikit..baru nampak kemajuan…ameen
Hijrah ini juga marilah kita persiapkan bekalan untuk menuju ke hari akhirat tempat kita akan menerima buku amalan kita.
.-= Panduan Buah Pinggang Sihat´s last blog ..Kolestrol & Buah Pinggang Kronik- Bah 2 =-.
terima kasih atas ingatan…
itulah hijrah paling terbaik…mudah-mudahan kita sama2 diberi hidayah dan kekuatan oleh Allah…ameen
hehe… tang menggunakan bahasa melayu dgn betul tu mencabar sikit… bila tak guna bahasa pasar… lain macam jek bunyi ayat tu rasanya.:-D
.-= Fahmi Raazali´s last blog ..Colmar Tropicale- Bukit Tinggi- Pahang – Photoshoot =-.
hehe…itulah cabarannya fahmi…menggunakan bahasa yang betul dalam berblogging..memang rasa janggal…tapi kalau sikit2 kita serapkan…lama2 insyaAllah pasti lebih umphhh!
elok sangat tu cadangan hijrah bro tu, esp bab penggunaan bahasa ni. memang saya setuju benar 😀
.-= etomyam´s last blog ..Ringan Tulang Berat Perut =-.
@etomyam, terima kasih bro jaz atas sokongan 😀
hijrah bahasa, rasanya agak sukar untuk dilaksanakan bagi yg dah biasa menulis guna bahasa pasar@campur2…tapi, boleh usaha sikit2…betul tak bro?
aku main cincai tinggal komen.
.-= Ali ridha´s last blog ..Sebak lihat Kepala putus dua =-.
@Ali ridha, biasa bro..akupun main hentam juga bab2 komen ni…itu yg nak berhijrah tuh…janji kita ada niat nak berubah..:D
hijrah bahasa. ermm.. memang menarik.. Rasanya aku pun perlu ikut jugak ni. Barulah nmpk ala-ala profesional!
.-= 5zul´s last blog ..Benarkah Manusia Pernah Ke Bulan =-.
sesuatu yg bagus utk proses hijrah….hehe 😀