10 Blog Pilihan Terbaik

Assalamua’laikum.
Genap sebulan sudah. Ambe yang kononnya sibuk terlambat pula membentang 10 Blog Pilihan Terbaik bagi bulan November. Rata-rata ramai blogger yang demam kontest! Ambe memang tak mampu nak ikut semua sekali. Mana yang sempat, ambe jalan. Mana yang tak sempat, sokong jauh-jauh saja. Jom kita tengok 10 Blog Pilihan Terbaik November. Mana tau blog korang ada, ambe kali ni nak letak sekali entri terkini blog korang. Nak tempek kasi backlink percuma di blog ambe yang suam-suam kuku ni…

10 Blog pilihan terbaik kali ni, ambe sertakan dengan set entri pilihan sekali. Terimalah blog pilihan November;

  1. Hafizul – Entri “Selamat Tinggal Nuffnang“. Nekad sungguh Bro Hafizul kita ‘membuang’ iklan Nuff dari blognya. Gantinya? Affiliate JomNiaga!
  2. Akubiomed – Entri “Zulfahmi Khairuddin dinobat Most Improve Rider Moto3” cukup terbaik! Bro Akubiomed memang antara blogger aktif yang update tentang Moto GP!
  3. Donnyien – Entri “Apa Itu Blogging Bagi Saya” memang datang tepat masanya. Kena baca entri Bro Donny ni sebab dia cakap, “blogging is not all about making money”.
  4. Cik Tom – Entri “Mahalnya Ucapan Terima Kasih”. Entri wajib baca ni. Bukan kena bayarpun nak ucap TERIMA KASIH. Betul tak?
  5. Fiezaradzi – Entri “Sesak“. Cukup pendek tajuknya tapi banyak yang boleh dihuraikan. Korang mesti pernah ‘sesak’,kan?
  6. Pipoq – Entri “Soalan Untuk Para Suami”. Ada 4 soalan yang ditanya. Mencabar jugak nak jawab. Nak tau soalan. Kenalah baca entri ni…hehe
  7. Titan – Entri “Komisen ke-2 AddMathTambahan“. Serius, entri pendek tapi kalau korang korek betul-betul entri ketua cendol Banting ni, mesti terbaik punya!
  8. Yusri – Entri “Aku, Basikal & Daun Kapal Terbang”. Tahu tak daun kapal terbang? Tak tahu? Takkan tak nak tahu? Tekan link entri ni yer…
  9. Jebeng Otai™  – Entri “Redirect 301 Untuk Error 404“. Error? Kalau korang nak tahu apa bendanya ni, baik cepat-cepat baca sekarang!
  10. Ohcikgu  – Entri “Rekod Pertemuan Malaysia vs Thailand”. Musim bola sepak Piala AFF Suzuki. Kalau nak tahu rekod lama dan nak naikkan semangat sebelum sepak mual Ahad ni, jom baca entri ni. Kasi semangat!

Itulah 10 Blog Pilihan Terbaik untuk bulan November. Kalau yang takde tu, jangan salah faham yer. Blog korang tetap blog terbaik, cuma belum masuk senarai kat entri ni saja. Maklumlah, tajuk ambe tulis 10. Blog ada beribu. Korang tetap terbaik! Setiap blog ada keistimewaan sendiri (cewah…ayat penyedap ni…hahaha). Teruskan berblog dengan niat yang suci dan  murni.

Terima kasih pada semua yang rajin singgah dan komen. Takde komen, blog ambe tentu jadi macam telur tembelang nanti…hehe. 3 Blog Pilihan Terbaik ambe letakkan snippet di sisi kanan sebagai tanda penghargaan.

@hafizmd – Selamat berjaya juga pada semua peserta kontest yang sedang berjalan. Banyak betul kontest hujung tahun ni. Macam program YES (year end sale).

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.