Malaysia vs Thailand Tanpa Wan Zack?

Assalamua’laikum.
Malaysia vs Thailand. Seri 1-1. Peluang tetap ada untuk Harimau Malaya mengaum Khamis ni! Penghargaan untuk Wan Zack dan Mahalli. Layan gambar ni dulu…


1. Kurang sejam saja lagi sepak mula separuh akhir pertama, Malaysia vs Thailand. Korang kat mana sekarang? Kat stadium? Bukan? Ooo..nak solat Maghrib ek…terbaik! Sama-sama doa moga menang jap lagi.
2. Korang teruja tak dua pemain Harimau Malaya ada dalam senarai 11 pemain pilihan oleh laman web Goal.com! Kalau teruja jerit yoooo!
3. Malam ni mungkin kelibat Wan Zack takde sebab katanya koyak otot peha. Harap-harap dia ok dan boleh main malam ni. Kalau tak, tempatnya diisi Azamuddin Akil.
4. Shaakir Shaari dah pulih dan hampir pasti turun malam ni. Harap bahagian tengah dapat kawal pemain tengah Thailand. Jangan kasi depa passing bola ke depan!
5. Siapa keeper malam ni? Ramai yang jangka Apek akan masuk balik, tapi ambe rasa Farizal akan main malam ni.
6. Korang rasa apa keputusan malam ni? Ambe jangka Harimau Malaya boleh menang, mungkin 2-1 atau 1-0.
7. Menu ambe malam ni sempena Malaysia vs Thailand, mee rebus daging homemade!..hehe..Harap tak bersembur sudah!
8. Ok. Cantik. Manchester United menang 3-2 vs Manchester City!

@hafizmd-Terima kasih my dear untuk menu mee rebus terbaik!