Nak Kuruskan Badan? Jangan Culas Kira Kalori Harian

jadual pemakanan seimbang untuk kuruskan badan

Assalamua’laikum.

Nak Kuruskan Badan? Kira kalori! Nak kuruskan badan bukannya mudah kalau tak kena caranya. Silap haribulan, bertambah berat badan. Lagi tertekan jadinya. Bila emosi tak berapa nak betul, mulalah menjadikan makanan sebagai terapi pengubat kecewa, badan tak kurus-kurus! Antara perkara penting kalau nak dapatkan bentuk badan langsing, perut tak boroi, peha tak berselulit, dan paling best dapat tunaikan ibadah dengan kualiti yang lebih tinggi ialah JUMLAH KALORI YANG KITA AMBIL SETIAP HARI.

Jadual Pemakanan Diet Seimbang Boleh Kuruskan Badan Tak?

Pemakanan seimbang maksudnya menu harian kita lengkap dengan pelbagai nutrien. Senang cerita, piramid makanan yang selalu korang tengok tu. Itulah asas jumlah pengambilan kalori seharian kita.

Berapa jumlah nilai kalori normal yang sesuai untuk lelaki dan wanita? Untuk wanita, pengambilan kalori sepatutnya lebih kurang 1500 kalori dan bagi lelaki sekitar 2000 kalori. Semuanya berbeza ikut berat badan kita dan gaya hidup kita juga.

1. Macam mana nak agih nilai kalori dalam menu harian kita?

Kalau nak kuruskan badan, penting tahu dan kawal jumlah kalori makanan yang kita ambil. Jadi, untuk panduan agihan nilai kalori harian, boleh rujuk jadual kat bawah ni.

kuruskan badan-jadual diet pemakanan seimbang
Jadual agihan kalori harian: Contoh keperluan 1800 kalori sehari. Korang boleh ubah ikut keperluan sendiri. Ini maintenance. Kalau nak kuruskan badan? Sambung baca lagi….

Kalau terlebih kalori masa sarapan pagi, kenalah kurangkan kalori masa makan tengahari. Senang jer kaedahnya untuk potong jumlah kalori harian.

2. Jadual waktu makan yang betul untuk kita capai misi kuruskan badan?

Dah faham serba tentang agihan kalori harian, kenalah bijak dalam soal pemakanan seimbang sebanyak 5 sajian bermula dengan sarapan pagi berakhir dengan makan malam. Kita kadang-kadang terlepas sarapan pagi. Terus gabung sarapan pagi dengan makan tengahari sekaligus. Ada yang panggil “brunch”kan? Tak bagus tu. Jadi, jom kita tengok jadual masa makan yang baik untuk kita lengkapkan jadual pemakanan seimbang kita dengan pengambilan nilai kalori yang betul.

  • Sarapan pagi: 7.00 – 8.30 pagi.
  • Minum pagi: 10.00 – 10.30 pagi
  • Makan tengahari: 12.00 – 2.00 petang
  • Minum petang: 4.30 – 5.30 petang
  • Makan malam: 6.30 – 8.30 malam

Nampak tak jadual pemakanan yang bagus untuk kita? Disiplin kena ada kalau ada hajat besar untuk kuruskan badan. Kalau tak, memang payah dan agak mustahil untuk turunkan berat badan.

3. Contoh jadual pemakanan seimbang mengikut jadual agihan kalori harian.

Nak cukupkan nilai kalori dalam setiap sajian makanan memang mencabar juga. Payah juga nak kira setiap makanan yang nak dimakan.

kuruskan badan-jadual pemakanan seimbang sehari
Contoh jadual pemakanan seimbang ikut keperluan kalori harian. Kalau nak KURANGKAN BERAT BADAN, kena KURANGKAN JUMLAH KALORI yang kita ambil di atas. BERSENAM wajib. Itu kaedahnya.
  • NOTA: Makan dalam kuantiti kecil setiap hidangan, tapi kerap iaitu 5 kali. Bukan 5 kali makan, 5 kalilah semuanya banyak! Mahunya tak bertambah berat badan!
  • NOTA: Jadual ni untuk kekalkan berat badan sedia ada (berdasarkan pengambilan kalori harian sekitar 1600-1700 kalori). Kalau nak turunkan berat badan, baca sampai habis. =)

4. Bagaimana nak kuruskan badan dengan adanya jadual kiraan kalori makanan seimbang?

Ok. Dah ada jadual kalori makanan dan waktu makan yang baik. Kita nak buat apa untuk membolehkan kita mulakan proses transformasi kuruskan badan?

Kaedahnya memang senang, tapi nak buat tu yang mencabar. Perlukan disiplin tinggi dan azam yang cukup kuat! Sebab? Sebabnya kita nak kena ‘POTONG’ JUMLAH KALORI yang kita ambil dalam jadual di atas!

1. Untuk turunkan berat badan, disyorkan cuba kurangkan pengambilan kalori harian sebanyak 500 kalori. Kurangkan kuantiti makanan. Contoh. Nasi ambil hanya segenggam, bukan dua pinggan! Lebihkan sayur dalam setiap hidangan. Ganti air manis dengan air kosong. Boleh sambung baca di sini –> 5 Cara Mudah ‘Potong’ Kalori Dalam Menu Harian

2. BERSENAM. Mana boleh nak kurus macam tu jer tanpa ada aktiviti senaman. Berlari, joging, menari, workout, dan macam-macam lagi jenis aktiviti yang boleh dibuat. Contoh: Baca entri ni –> 7 Petua Kuruskan Badan Tanpa Ubat

PERLUKAN BANTUAN PAKAR UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN?

Saya sarankan untuk anda baca panduan Ebook Formula Kurus di bawah. Ebook ini ditulis sendiri oleh En Nazrin yang dulunya juga seorang yang obes. Sekarang sado! Tengok bukti di bawah. Teruja tak? Apa yang dibuat telah dikongsi untuk semua berjaya seperti dia. Terbukti ramai yang berjaya turunkan berat badan dengan berkesan.

Ini adalah hasil yang dia dapat dengan mengamalkan teknik yang betul:

1) Turun 3 ke 5 kg sebulan konsisten (Jumlah penurunan 25kg 5 bulan)

2) Ukur lilit pinggang turun sebanyak 9 inci (48″ ke 39″)

3) Kadar penurunan lemak badan sebanyak 9% (38% ke 29%)

Nak tengok testimoni mereka yang dah berjaya selepas amalkan ilmu dalam ebook ini?

Klik banner di bawah:

kurus diet atkins jadual makan seimbang
6kg turun tu!!!

Nota tambahan:

ย – Kalau nak naikkan berat badan, tambah 500 kalori dalam kalori intake per day.

– Nak kira berapa keperluan kalori harian? Kira di sini –> Cara kira kalori harian

Jangan salah faham. Memang ada macam-macam jenis diet. Ada yang terus tak sentuh nasi berbulan. Memang boleh kurus, tapi rasanya kurang seimbang pula sebab kurang sumber karbohidrat. Terpulang. Kalau nak makan nasi, makan sekadar rasa. Segenggam cukup untuk kenyangkan perut kita. Bila dah tiap-tiap hari ajar makan sikit, insyaAllah perut pun tak reti nak minta makan lebih had! Itulah namanya SEDERHANA yang agama kita ajar.

@hafizmd – Nak kuruskan badan memang susah kalau tak kena gaya, tapi boleh jadi senang bila tahu ILMU yang tepat dan berkesan!