10 Blogger Pilihan 2013!

Assalamua’laikum.
Mungkin ciri blogger yang tak “membosankan” ialah blogger yang tak tumpu pada diri dia sorang jer. Sikit sebanyak, blogger ada masanya akan keluar dari ‘persembunyian’ untuk bertegur sapa. Ada juga blogger yang jarang bertegur sapa, tapi bukan bermaksud dia sombong. Jangan mudah kita buat keputusan bersandarkan pengalaman negatif kita sorang jer. Sentiasa berfikiran positif (bersangka baik) banyak kali boleh menyelamatkan perhubungan. Begitu juga sebaliknya. Kita ada kehidupan dan keperluan serta kehendak yang berbeza. Mana mungkin kita sama walaupun kita makan nasi putih beras cap Jati juga!
10 Blogger Pilihan 2013
Sepatutnya, awal tahun 2014 ambe dah tulis. Biasalah, jiwa YB (yang busy) selalu sangat memadamkan hasrat murni ni. 10 blogger pilihan 2013 ni ambe pilih 100% berdasarkan ‘Top Plugin Commentator’ yer. Jadi, sahlah 10 blogger yang bakal ambe tulis adalah mereka yang memang wajar kita contohi semangat kepahlawanan mereka dalam berblogwalking. Ingat yer. Senarai ni bukan senarai muktamad. Mereka ni memang super saiya rajin singgah di blog hafizmohd.com. Terima kasih buat korang semua sama ada tersenarai atau tak. Korang memang antara momento yang terbaik dalam kamus hidup ambe!
Ambik kesempatan atas 10 blogger pilihan 2013!
Suri (629)
Hafizul (346)
Titan (281)
TehR (208)
Datin Tyka (205)
Akubiomed (196)
Papa Mifz (174)
Fiezaradzi (161)
Denaihati (139)
Yusri (129)
Sila klik untuk melawat blog-blog hebat di atas. Memang tak rugi singgah. Semuanya blog yang ada ilmu bermanfaat. Bukan blog hiburan dan gosip artis! Terima kasih semua! Sama ada dalam senarai atau tak, korang antara sumber kekuatan blog ni. Itu pasti. Terima kasih.
InsyaAllah, semua yang di atas ni akan ambe buatkan 1 entri khas untuk setiap sorang. Tunggulah yer.
Sedar tak sedar, dah masuk seminggu tahun 2014. Macam mana prestasi hidup kita? Prestasi blog janganlah kita runsing sangat. Begitu juga macam-macam hal yang naik.
Yang lebih utama buat diri ambe dan korang juga pastinya TAHAP IMAN kita. Ada tak kita usaha NAIKkan? Jangan sebab banyak benda naik, IMAN kita TURUN sebab mulut kita caci maki tak tentu pasal. Dosa bertambah, pahala berkurang. Wanau’zubillah!
Akhir kata, bagi korang yang berkelapangan dan ada masa. Boleh turut serta dalam beberapa kontest terbaik yang sedang berlangsung. Antaranya ialah;
- Mom Blogger Top Referrel Contest
- Contest Review SirapLimau.com
@hafizmd – #1 dah masuk. #2 dalam proses mengarang. Korang dah tulis?
Pergh.. Hebat dorang ni.. Tahniah.
Tahniah kepada yang tersenarai… 😉
Yeah, dapat entri khas dari bro. Terima kasih diucapkan. 🙂
Tu dia…. semuanya pengomen blog yang paling aktif kat blog nie kan…..
masuk-masuk sahaja entry ini, terus mencari nama sendiri…. ternyata tidak ada..
hehehehe
Tahniah semua, jangan abang Hafiz jangan berhenti menulis ya.. ramai peminat tu!
hehehee
Omakaihhh..mantap la semua pengomen2 kat blog ni. Tak sangka plak blogger suri tu jd pengunjung setia di sini.
🙂
Kagum lah dengan top 10 blogger pilihan nih. Teringin nak ikut jejak langkah. Doakan saya diberikan ruang masa dan kelapangan.
terima kasih, terima kasih..ada 1 entri khas untuk nanti yer.
tahniah buat semua yang tersenarai.
fuhh..rajin betul mereka pada tahun lepas ye..
huhuh tak tersenarai langsung…
nampaknya KB belum tersenarai lagi..usaha lebih nie..
Rajin betul mengomen…
alhamdulillah ada nama den di situ , tak sabar nak tunggu entry ulasan bro…hehe
kepala beratlah sangat samalah ambe dok pikir insyallah..semoag berjaya tuan rumah
terima kasih untuk backlinknya..aik apa mau bikin ma saya punya sedang mula dari bawah juga meh.. btw thnks bro..
hahaha..macam tak percaya aje ni..hehe..apa-apa pun tahun ni saya mesti kena kasi lebarkan sayap lagi..haha..wahhh bila nak keluar tu?tak sabar rasanya nak membacanya..hehe
Hebatnya tu 10 blogger ini, mereka amat rajin dalam bersilaturahmi dan berkomentar
Semoga di tahun 2014 ini Hafizmohd makin sukses 🙂
semua tu blogger hebat..terbaik
wah.. bila saya nak tercalon tu yer?
sedang cuba selit2 masa buat blogwalking ni 🙂
Tahniah kepada mereka semua yang sangar rajin. 🙂
semua rakan blogger yang rajin beri semangat untuk kita menulis
tahniah untuk semua
terima kasih cikgu, sbb selalu singgah sini..terima kasih
baru baca entri ni…
tersenarai juga ambe dalam blog yang owsem ni…
terima kasih banyok2 boh…
alamak nama saya tiada la, waaa
Memang power punya blogger. Wa salute sama itu blogger hehe.
yg semua tu mmg power bro