Siri 4:Ambil Kesempatan Selagi Sempat!

 Assalamua’laikum.

Bulan dah mengambang, ambe baru nak papar rakan blogger paling mesra Julai 2012. Maaflah yer, bukan lupa tapi buat-buat sibuk (hohoho). Jangan pula ada yang salah faham yer, ini jenis ambil kesempatan yang baik-baik saja. Lagipun, ada antara mereka yang sudah berPR yang bagus-bagus. Inilah masanya kita sedut dan kongsikan sikit kemanisan blog kita pada rakan lain. Jom terjah 10 blogger paling mesra bulan Julai 2012.

Bunyi mercun bola satu!

Terima kasih semua. Semuanya memang terbaik! Nampak gayanya, ada pesaing baru yang mula tunjuk taringnya iaitu Bro Hafizul kita. Memang makin menyerlah kehenseman beliau sekarang. Tak caya? Cuba jenguk Pondok Kecil dia. Makin meletop-letop!

Jadi, untuk sama-sama mendapat kebaikan, apa kata kita amalkan cara di bawah untuk memeriahkan lapangan blogging ni dengan;

  1. Blogwalking secara konsisten. Tak perlu banyak, janji paling kurang 1 komen untuk 1 entri. Jadi, amalkan 3 komen untuk 3 entri sehari. Nak komen sampai lebam biji mata, ikut suka hatilah…hahaha
  2. Pelbagaikan komen. Idea takde untuk komen? Jangan risau. Baca komen rakan lain, dan cuba balas balik komen rakan tadi. Kira macam sembang-sembanglah. Buat macam rumah sendiri….
  3. Masuk giveaways atau kontest? Ini bagus juga. Banyak sangat bagusnya kalau masuk aktiviti-aktiviti macam ni. Kalau tak sempat, pandai-pandailah pilih mana yang berpotensi besar. Kalau tak sempat jugak? Senang, jadi penaja….hehehe

Cukuplah sekadar 3. Banyak-banyakpun, bukan kita nak buat semuapun….hahaha. Tapi kalau dapat buat semua, memang anda blogger kental lagi tegar, bugar dan segar!

Untuk top 3, ambe akan paparkan entri terkini blog anda di sebelah kanan =)

@hafizmd – Ramadhan dah nak balik, moga kita makin perhebat usaha amalan kita…ameen

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.