Malaysia kalah, korang kecewa tak?
Assalamua’laikum.
Kaki bola mesti tengok Malaysia lawan Jepun malam tadi. Puas hati? Terpulang. Aku belum lagi menjuloq ke blog-blog yang sekaki dan sebola. Aku nak keluarkan entri ni dulu dan baru belasah komen kat blog korang. Tunggu jerlah yer. Korang kecewa ke dengan keputusan malam tadi? Aku yakin ramai yang dah boleh agak keputusan game ni sebelum main. Betul tak?
Biasalah adat main bola. Kalah menang tu memang adatnya. Tapi kenapa ada yang tak puas hati?
Aku rasa mungkin sebab-sebab di bawah ni:
1. Rata-rata pemain dalam skuad Harimau Muda, semuanya dah lama dikumpulkan di bawah kendalian Coach Ong Kim Swee. Masalah tak serasi tak boleh jadi alasan.
2. Nampak sangat kita kurang pemain perancang tengah yang berkualiti. Kalau Selangor contohnya, boleh harap kat Safiq Rahim.
3. Takde killer striker yang benar-benar power. Alih-alih Thamil Arasu dan Fakrii. Penyerang tunggal. Setakat ni, Safee Sali dan Shahrul Idlan Talaha memang yang terbaik kita ada.
4. Barisan pertahanan yang macam cepat hilang fokus. Selepas Mahali keluar, nampak macam takde leader selain Apek yang sentiasa terjerit-jerit mintak member marking rapat-rapat.
Apapun sebabnya, malam tadi menampakkan lompang-lompang yang amat besar yang kalau tak diperbaiki, rasa macam nak lempang-lempang diri sendiri jer. Coach dan pemain sendiri memang kena lebih kerja keras. Nampak juga, hampir 40 minit pertama, pemain kita dapat menyaingi kelajuan dan menyerap serangan Jepun. Sesekali menyerang balas dan terperangkap dengan serang hendap Jepun.
Aku? Aku agak Malaysia mampu sekurang-kurangnya seri. Dah Coach OKS kata Malaysia main takde tekanan. Akhirnya, jurang ternyata amat besar untuk Malaysia paling tidak score sebijik. Kecewa memang kecewa tapi itulah realitinya. Mereka dah buat sehabis baik apa yang termampu. Ada peningkatan tapi banyak lagi yang perlu diperbaiki.
Akhirnya, aku nak kita ingat satu jer “bukit sama didaki, lurah sama dituruni….”. Ok tak?
@hafizmd-mungkin Coach kena tambah beberapa pemain lain lepas ni….
Masih byk kena perbaiki baru boleh betul2 mantap..
Setuju. Byk benda lagi nak kena tgk sebelum boleh setanding Jepun
Memang kecewa… 🙁
Itulah sudahnye….kita tunggu last game pulak
Bohonglah tidak kecewa. Kalau perbandingan fizikal antara pemain kita dengan pemain Jepun banyak perbezaan. Fizikal penyerang Jepun lebih besar.
Dan lagi encem.. huhuhu
@Maza,encem sudah pasti…apek paling encem…hehehee
Fizikal mmg sgt berbeza. Taktikal dan kawalan bola lagilah berbeza
Sedih mmg sedih..tp tu la tahap pemain yg kita ada …jurang terlalu besar…aku yg gi stadium pun rasa kecewa…tp x pe lahh…tgu last game ngan syria lak…
Hadoi…bro yas yg p stadium lagilah…tp mmg terbaiklah dapat p tgk live….
Kita tunggu last game…harap ada perubahan besar!
takdelah kecewa sangat.. kita kalah pada pasukan yang jauh lebih baik
hehe….mmg Jepun teramat lebih baik…tp aku kecewa sbb nampak macam tak melawan
kurang kecewa kot(sikit kewewa memang ada), pemain kita belum lagi sampai tahap diaorang, jepun
Kecewa sikit ttp ada sbb ada letak harapan paling tidak gol sebiji. Kena usaha lagi kuat lepas ni
seroius maza sedikit sedih walaupun sudah mengagak keputusan tersebut yg malaysia akan tewas…
cuma permainan agak hambar, terutama daripada bahagian serangan.. begitu tumpul! tak ada penyudah yg betul2 mantop!
Harapkan si Fakri.. aderkkkk mau aje F**kri juga.. ada ke patut last2 minit wisel dah penamat mau taji si Jepun yg dah tinggi tak katek lagi.. huhuhu.. tak pro langsung!
Mmg sedih dan kecewa. Paling tidak seri kan bang maza?
Serangan mmg kureng sangat. Fakri no komenlah! =)
bila fakhri masuk, baru nampak ketara sikit. berani gak fakhri ni langgar dan tackle budak-budak jepun nih. suka aku tengok. hoho..
yap. kena cari striker dan pemain tengah yang berkebolehan.
hehehe…si fakri ni aku tgk2…mmg agak kasar care dia main…bagi aku pulak…rasenye tak patut sbgai sorang striker kasar2 camtuh…nanti defender lawan cepat mark utk bentes
pe2pun, mmg mereka kurang striker yg sebagus safee sali@mat yo
saya memang kecewa malaysia kalah
tak nafilah juan…mmg kecewa…tp itulah hakikatnye
Benjy kalau tengok bola mesti tengok taktikal dan corak permainan. Pasingan malaysia lemah betul … tahan bola pun tak betul … bukan nak kutuk tetapi betul . Cuba tengok betul2 percubaan thamil arasu tu … itu adalah 100% gol … sepatutnya thamil arasu membuat dummy merembat dengan kaki kiri lepas tu tarik ke kanan baru rembat … lembab betullah pemikiran dia ….
Kecewa buka apa … kecewa sebab dah lama bermain bola … liga main.. training luar negara 2-3 bulan masuk liga-s tetapi sama je … baik berlatih kat malaysia je …
Benjy nengok malaysia tu macam pemain darjah 4 lawan jepun macam tingkatan 6 …. geramlah kat OKS tu …. rasanya Benjy nak apply jurulatih B-23 lah macam ni ….. gerammmm !!!! … entah apa yang diorang main malam tu ….. Geraaammmmmmm !!! .. baik tak payah main 🙁
Tu yg kecewa tu bang benjy. Ada peluang tp sia2 pulak. Mmg perlu gilap lagi bakat dan daya penyudah kreatif. Bab taktikal ni, mungkin dah sampai mase kena ubah cara lain lain.
Pe2pun, komen bang benjy mmg best! =)
gua memang sedih habis maa. 4-0 tuu..
Kena sampai 4-0 tu yg lebih2 kecewa
Memang kecewa…
Ramai yg kecewa kena 4-0
kecewa…tp masih tetap menyokong malaysia… 🙂
itu yg kita nak…walau kalah, harap kita terus sokong mereka…. =)
takpe, cuba lagi. Sekurang-kurangnya depa dah bergelar juara Asia Tenggara… Hehe. Nak buat macam mana lagi, peningkatan permainan bolasepak kita tak mencapai tahap peningkatan bolasepak asia timur dan asia barat.
Nampaknye gitulah setakat ni. Masih di asia tenggara. Namun lebih baik dari sekadar jaguh kampung.
Cuba dan terus mencuba =)
kecewa sket.prestasi cam menurun jer skang
erm….agaknye sbb takde player utama…pe2pun…mmg ade kecewa sikit
Nak kata tak kecewa memang tipu la. Tapi nak buat camana, dah takde rezeki… lagipun memang team lawan main lagi bagus.
Mmg takde rezeki. Rezeki yg lalu dpn mate, tak dapat nak terjemah jugak…Jepun mmg lebih bagus
Bukak-bukak TV je, Pasukan Jepun sedang sumbatkan gol ke -2 mereka. Terus xde mood dan tukar chanel lain..huhu
hanya mampu membaca..nk komen sgt pun..malam tu chii x tgk..ehehhe…
tp apa pun..harap2 pasni akan ada peningkatan dalam mutu permainan bg skuad muda harimau malaya 🙂
hehe…takpelah….janji kita sokong depa…iye tak?hehee
kecewa la jugak dapat berita tak baik mcm ni , dah takda rezeki nak buat mcm mana
Mmg takde rezeki malam tu. Takpelah, kena cuba dan usaha lebih kuat lagi
adat permainan la…
Mmg adat permainan =)
Tp cara bagaimana ‘adat’ tu berakhir, tu yg buat ramai kecewa
dah tak kecewa sebab tak efek kalau menang pon
keh3….terbaiklah jawapannye sam…hahaha
awalnya kecewa tapi bila fikir stiker berbisa tak ada sebenarnya…macam mana pun harimau muda tetap dihatiku
Mmg tttp dihati…kecewa ttp ada sbb dah lama pantau skuad ni. Bila nampak sgt byk kurangnye….tu yg kecewa sikit tu…hehe
mmg sedih org tu bila kena tutup tv.. apa pun, moga jadi panduan utk masa depan..
boleh, tapi kurang sikit la.. kena lagi mantap, baik serangan, mahupun defend..
hehehe…kecewa…biasalah =)
tp ttp tgk lagi dan lagi…sbb kita kan sokong harimau malaya
susah nak kasi komen lebih lebih takut nanti kena saman lak… diorang mana leh kena tegur sikit beb… tak kan tak tau lagi….
Nampaknya, penyakit lama masih ada dalam FAM