Peluang Terakhir Selamatkan Piala Liga Super!

berita sukan bola sepak Malaysia

Assalamua’laikum.

Keputusan terkini:Lions XII [4] vs Felda United [0] 2 Julai. Lions masih belum pernah kalah di tempat sendiri. Cukup mengkagumkan? Terpulang pada pendapat masing-masing. Apapun, malam ni adalah peluang terakhir pasukan Malaysia, Felda United untuk sekat kejuaraan awal Lions XII ‘merampas’ Piala Liga Super untuk dibawa menyeberang Tambak Johor. Pasti perit dan kecewa buat pasukan negeri dan pastinya peminat bola sepak Malaysia!

Siaran langsung & live streaming Liga Super 2 Julai

  • Siaran langsung di Astro Arena: N. Sembilan vs Johor DT
  • Live streaming: Lions XII vs Felda United |channel 13| & N.Sembilan vs Johor DT |channel 15|

Apakah mimpi ngeri akan berlaku malam ni? Ambe secara peribadi melihat jika Piala Liga Super berjaya menjadi milik Lions XII, ini maknanya kegagalan secara total buat pasukan-pasukan negeri.

Jika dilihat kepada taktikal dan tahap disiplin pemain Lions XII, ambe tak nafikan mereka memang lebih baik berbanding ramai pemain kita. Mutu hantaran dan disiplin bertahan memang cukup baik. Kadang-kadang terfikir juga, kenapa setiap tahun mutu persembahan pasukan kebangsaan Singapura semakin meningkat, tapi tidak begitu ketara pada pasukan Harimau Malaya. Ambe harap, penilaian ambe ni silap!

Jadual perlawanan lain 2 Julai;

Kemaskini:

Bagai terasa seperti dirobek-robek bila piala Liga Super berjaya dimiliki Lions XII. Tahniah Lions. Harap FAM, persatuan bola sepak negeri, pemain bola sepak Malaysia lebih berusaha bersungguh-sungguh menaikkan prestasi masing-masing. Kalau tak, penyokong pun boleh lari!

@hafizmd – Juara Liga Super 2013 Milik Pasukan Lions XII. Tiada keajaiban berlaku!