Live Streaming:Liga Super 27 April Misi Selangor Tewaskan Lions XII

Assalamua’laikum.

Live Streaming:Liga Super 27 April Misi Selangor Tewaskan Lions XII & Kelantan vs T-Team. Selepas sekadar seri dengan East Bengal dalam saingan Piala hari tu, nampaknya Selangor punya misi lebih besar iaitu menewaskan Lions XII. Misi ni mesti misi wajib menang. Andai tewas, kita pasti mungkin akan kecewa bila piala Liga Super di bawa ke seberang sana. Ayuh, saksikan siaran langsung Liga Super 26 & 27 April di Astro Arena ataupun tonton secara live streaming!

1. Siaran langsung Liga Super Astro Arena 801

  • Pahang vs Felda United. 26 April. 8.45 malam
  • Selangor vs Lions XII. 27 April. 8.45 malam.
  • Perak vs Johor DT. 27 April. 9.30 malam di TV1 (Bermula lewat atas sebab memberi laluan kepada rancangan lain)

2. Live streaming Liga Super 27 April untuk perlawanan pilihan, Kelantan vs T-Team

3. Jadual perlawanan lain 26 & 27 April.

live streaming selangor vs lions xII 27 april

4. Perlawanan pilihan? Ambe sudah pasti pilih perlawanan Selangor vs Lions XII dan pertembungan Perak vs Johor DT. Forkey Doe tak tahu boleh main ke belum. Ambe runsing dengan serangan dan pertahanan Selangor. Harap tak mudah tembus dengan kelincahan Shahril Ishak tu. Pasti Irfan Bakti akan turunkan skuad terkuat!

5. Perak vs Johor DT. Sekali lagi, kelibat Nunez pasti akan memberi masalah besar kepada benteng pertahanan Perak. Walaupun isu perutnya yang sedikit boroi, namun tu semua tak penting selagi dia boleh jaringkan gol. Setakat ni, dengar katanya, Nunez sudahpun berjaya kurangkan berat badan dia sebanyak 3 kg!

6. Berita tambahan. Dato Rajagobal terlepas dari dikenakan tindakan oleh badan disiplin FAM. Takde bukti kukuh katanya. Selamat berjaya buat jurulatih Harimau Malaya!

7. Apakah anda setuju jika ambe katakan yang pasukan Lions XII lebih mendapat kebaikan hasil penyertaan dalam Liga Malaysia sebagai persiapan Sukan SEA nanti?

8. Ambe baru sedar yang hampir 17 orang pemain dalam skuad Lions XII musim ni adalah pemain baru. Nampaknya, terbukti mereka ada ramai pemain pelapis berbakat besar. Besar harapan kita letakkan untuk program cari bakat baru seperti program TM Mencari Ramli Musim Kedua.

@hafizmd – Live streaming Selangor vs Lions XII Misi Tewaskan Lions XII. Dua jaguh La Liga, Barca dan Real tewas besar dalam separuh akhir champions league! Dramatik weh…