Kelantan vs Pahang,”Tok Gajah vs Pahlawan Merah”
Assalamua’laikum.
Kelantan vs Pahang. Pertembungan dua negeri berjiran pentas Piala Malaysia. Cukup teruja, cukup menggairahkan! Kelantan selaku pasukan pilihan dan Pahang pasukan low-profile. Atas kertas, ramai yang pilih Kelantan untuk jadi juara malam esok. Memang Kelantan nampak gah dalam laluan ke final. Duduk dalam kumpulan maut bersama N.Sembilan & Terengganu serta Pahang! Laluan Kelantan ke akhir memang lebih ranjau berduri. Itu semua atas kertas!
Kelantan vs Pahang “Budu vs Patin“
Link Live Streaming Kelantan vs Pahang
1. Pahang pernah jadi juara Piala Malaysia 2 kali iaitu tahun 1983 (kalahkan Selangor 3-2) & tahun 1992 (kalahkan Kedah 1-0).
2. Kelantan juara Piala Malaysia sebanyak 2 kali (tahun 2012 – kalahkan ATM 3-2 & 2010 kalahkan N.Sembilan 2-1).
3. Nampak? Rekod lebih kurang jer. Piala Malaysia ni, aura dia lain macam sikit. Cuma, bezanya Pahang dah hampir 13 tahun tak bawak balik Piala Malaysia ke tanah Pahang Darul Makmur. Semangat pemain dan seluruh rakyat Pahang pasti lebih bergelora dan membuak. Maklumlah, bukan senang nak ke akhir Piala Malaysia!
4. Kelantan memang dalam top form. Pemain Kelantan semuanya tengah kemuncak prestasi dan jadi buruan pasukan lain untuk musim depan. Nama besar seperti Piya, Farhan, Indra, Daudsu, Shakir tengah panas sekarang. Ada yang dah pasti keluar.
Kelantan atau Pahang Juara Piala Malaysia 2013?
1. Ambe pilih Pahang untuk menang malam esok. Suka nak tengok pasukan underdog lawan pasukan pilihan ramai!
2. Pahang sangat bergantung kepada permainan berpasukan berbanding Kelantan yang banyak juga bergantung kepada skil individu.
3. Kelantan. Kalau gandingan Piya-Farhan-Indra tak berapa menjadi, mudah untuk Pahang mara ke kotak penalti. Ok. Kelantan takde Obinna malam esok. hohoho….
4. Pahang kuat di bahagian sayap dan juga Alex yang bijak cari ruang. Tambah dengan Matias Conti yang memang berbisa. Dia ni, penjaring terbanyak saingan Piala Malaysia takat ni.
“Hogoh Pahang Hogoh vs Gomo Kelate Gomo” ~ Hogoh dulu atau gomol dulu? hehe…
@hafizmd – Kelantan vs Pahang Akhir Piala Malaysia 2013. Bojan Hodak khabarnya akan ke pasukan lain musim depan termasuk penyerang besi, Dickson Nwakaeme yang katanya dilamar kelab Eropah.
gua pun sokong pahang gak. hoho..
hahaha…lu wajib sokong pahang weh!
aku kelantan ! Tak kira ! hahaha… best of luck untuk 2 team
hhaaha…ko memanglah..wajib sokong kelate
tapi aku lebih suka kalau pamerkan game yg terbaik…game yg menghiburkan penonton..lau sumbak satu go lepas tu main bertahan..memang hampeh la..tka kira la team mana2 pun..hu3
hohoho..betullah bro..ada 1 gol jer malam tadi..hehe
Aku sokong Pahang untuk final edisi kali ini. Harap boleh menang. 😀
tahniah bro! pahang dah juara!
dua-dua team kita tak minat. tapi harapnya Kelantan memanglah ye =) hehehe, teman org Perak, jadi tetap setia dgn seladang. TRW hebat
hoho…ooo..org perok..ate perok pun same dgn ganu…tukang nengok aje…
pasti seruh nih pertandingannya.
pasti sekali!
tak sokong mana2, team di hatiku tak masuk final. uhuhu…
samalah kita…uhuk
tak kisah pahang nak jaringkan berapa gol
asal saja kelantan menang
gomo klate gomo
kelate dok berapa jadi malam tadi…apepun, tahniah kelantan dan pahang
terbaik tak sabar dah nak tengok malam ni
yeah! pahang dh menang
harap Pahang yang menang…=)
tahniah…pahang menang!
mana2 pun ok.. yang penting pentas final mesti gempak…
Gempak gaklah malam tadi walaupun 1 gol jer
Kira tak apalah saya komen pada artikel yang dah lepas kejadiannya ni..haha
silakan…hentam kasi lebam