Pahang Juara! Kelantan Kena Gomo…

Piala Malaysia 2013

Assalamua’laikum.

Kemaskini keputusan terkini Kelantan vs Pahang. Padang basah. Bola licin. Penonton hampir 80,000. Penuh stadium. Fuh! Macam-macam boleh jadi. Setakat ni, Kelantan atau Pahang masih nampak berhati-hati. Nampak beberapa kali Pahang berjaya menyusup masuk ke dalam kotak penalti. Kiri kanan Pahang nampak lebih berbisa setakat ni.

Separuh masa pertama Kelantan vs Pahang

1. Nyata, memang milik Pahang. Dengan beberapa peluang yang hampir gol untuk Pahang. Tendangan Surendran terkena palang & Matias Conti gagal buat susulan berkesan.

2. Jentera pertahanan Kelantan memang nampak benar hilang kekuatan takde Obina. Malam ni, kurang teratur dan banyak lemah dalam separuh masa pertama.

3. Apek lebih kerja keras setakat ni dengan gerakan bahaya Amirul Hadi, Surendran, Abang Jalal, Matias Conti.

4. Piya, Indra, Farhan, Dickson kurang berbisa. Kena kerja lebih kuat separuh masa kedua nanti.

5. Jadi, masih 0-0 untuk separuh masa pertama.

Separuh masa kedua

1. Fauzi Roslan terlepas peluang yang amat besar. Pintu gol punya dah nganga luas. Sekali bola tendangannya sekuat hati tinggi melambung! Rugi…

2. Cemas ambe. Memang Pahang makin mengganas untuk cari gol pertama. Kemasukan Fauzi Roslan setakat ni memang nampak menjadi.

3. Gooooooooooool! Matias Conti selamba jer tanduk untuk gol pertama minit ke 59! Pahang 1 vs Kelantan 0.

4. Minit ke 91, Farhan sia-siakan peluang score. Satu lawan satu. Tak gol jugak. Rugi-rugi. Keeper Pahang memang power malam ni.

5. Lagi seminit nak habis.

Ok. Sah Pahang juara Piala Malaysia 2013! Tandukan Matias Conti dah cukup untuk bawak balik Piala Malaysia ke Pahang.

Sape awok-awok Pahang sining? Tahniah Pahang! Hogoh Pahang Hogoh! Tahniah juga kepada Kelantan layak ke akhir dan tak putus asa cari gol.

@hafizmd – Masa untuk tidur…hohoho