Keputusan Piala Malaysia:Kelantan Gah, Terengganu Lelah!

- 2 September 2012Sukan

Assalamua’alaikum.
Keputusan terkini Piala Malaysia pusingan kedua. Nampaknya, dah ada dua tiga pasukan yang mula tunjuk belang sebenar dan gaya pasukan juara. Ambe sempat tengok sipi-sipi perlawanan antara N.Sembilan 1 vs Perak 0, dan Johor FC 2 vs PKNS FC 1. Antara perlawanan yang ambe tunggu keputusannya ialah perlawanan kumpulan B, Kelantan vs ATM, dan Terengganu vs Kedah.

Antara keputusan penuh perlawanan Piala Malaysia 1 September:
> Kelantan 4 vs ATM 3 – Nampaknya, Kelantan mengesahkan selaku pasukan pilihan untuk menjadi juara kumpulan B.
> Terengganu 1 vs Kedah 1 – Ambe kecewa lagi. Namun, kalau Terengganu boleh kalahkan ATM lepas ni, Penyu ada peluang untuk mara, kalau kalah, boleh tutup buku!
> Lions XII 1 vs Johor 0 – Misi Johor untuk sekat kemaraan wakil Singapura gagal. Lions terus kuat di persada kumpulan A. Apakah Piala Malaysia akan berjaya di’culik’ oleh Lions?
> N.Sembilan 1 vs Perak 0 – Juara tahun 2011, N.9 nampaknya dalam kelas tersendiri. Makin hampir dalam misi pertahan kejuaraan tahun lalu. Perak nampaknya masih kurang serasi dengan jurulatih baru dari Korea Selatan.
> Sime Darby 3 vs Felda United 3 – Agaknya Sime Darby mampu lakar kejutan untuk edisi Piala Malaysia tahun ni?

Lain-lain keputusan tidaklah sempat ambe tengok. Pasukan pilihan lain ialah Selangor dan juga Pahang. Lama juga tak tengok kelibat Pahang dalam top 4. Mungkin tahun 2012 adalah tahun bertuah untuk Pahang?

@ hafizmd – Secara realistiknya, Ambe terpaksa pilih Kelantan untuk juara Piala Malaysia tahun ni walaupun ambe sokong Terengganu…huhu..Anda?

{ 20 comments… read them below or add one }

qadar September 2, 2012 at 11:41 am

sy duduk terengganu. klu terengganu menang bolehla cuti.hehe..

Reply

hafizmd September 3, 2012 at 2:05 pm

hehe…ambe org ganu, tp takleh cuti kalau juara…huhu

Reply

Ibu Mifzal Arsyad September 2, 2012 at 8:39 pm

gomo kelate gomo…hehe

Reply

hafizmd September 3, 2012 at 2:05 pm

Geng kelate ni…comel =)

Reply

anif September 2, 2012 at 11:14 pm

Sempat tengok highlight kat berita jer.. Tapi memang nampak Kelantan makin mantap. Apa pun final Piala Malaysia tentunya penuh dengan kejutan.

Reply

hafizmd September 3, 2012 at 2:04 pm

Mmg mantap! Ambe terpaksa akur yg Kelantan calon feveret tahun ni

Reply

zik September 2, 2012 at 11:29 pm

come on johor f cee.. adui nyer pun..

Reply

hafizmd September 3, 2012 at 2:02 pm

Johor FC nampak lebih garang…rasanya mampu ke suku akhir nanti

Reply

Jebeng Otai™ September 4, 2012 at 10:25 pm

yela..mmg adui..hehe

Reply

hafizmd September 7, 2012 at 11:37 am

@JO,huhu..

Reply

tehr September 2, 2012 at 11:58 pm

kelantan menang dalam debar tu
moga terus cemerlang

Reply

hafizmd September 3, 2012 at 2:02 pm

Calon juara tahun ni =)

Reply

hatiputera September 5, 2012 at 2:37 pm

malam tadi kelantan draw.

Reply

hafizmd September 7, 2012 at 11:31 am

@HP,kuat jugak kedah ni..ada peluang utk ke suku akhir jika kelantan kalah ngn ganu

Reply

padin September 2, 2012 at 11:59 pm

Nampak macam terumbang ambing tapi aku rasa Selangor masih boleh buat kejutan.. :D

Reply

hafizmd September 3, 2012 at 2:01 pm

Rasanya selangor mampu ke top 8 =)

Reply

pipoq September 4, 2012 at 12:02 am

sempat baca dalam akhbar pagi semalam..

apa sudah jadi dengan pasukan ganu ? ada citer nak buang pemain..

Reply

hafizmd September 7, 2012 at 11:40 am

sedih dan kecewa ambe sebagai penyokong tegar ganu..huhu

Reply

hatiputera September 7, 2012 at 9:39 am

Diaorang jumpa lagi minggu depan . Siapa menang agaknya? Tapi aku pilih kelantan sebab Terengganu sedang bermasalah dalaman.

Reply

hafizmd September 7, 2012 at 11:02 am

Ambe ttp pilih Terenggnu utk menang demi maruah pasukan.

Reply

Leave a Comment