Jul 19, 2011

Bola sepak: Lelaki, perempuan dan dot dot

Assalamua’laikum.

Masih demam bola? Bagi aku, jawapannya pasti YES!

Kalau setiap hari ada perlawanan skuad Malaysia, setiap hari jugalah aku akan tonton perlawanan tu (kalau ada siaran langsunglah…hehe). Nampak sangat minat bola walaupun tak reti sangat main bola.

Ironinya, ada juga lelaki type A yang langsung tak minat bola, dan dalam masa yang sama, mesti ada lelaki type B yang tak faham kenapa ada lelaki seperti type A yang tak minat bola. Ianya seolah-olah lelaki dan bola tak dapat dipisahkan seperti pisang dan jantung pisang?

Sebaliknya…

Ada juga wanita type C yang memang langsung tak minat bola, dalam masa yang sama wanita type C tadi memang agak sukar untuk memahami lelaki type B dan mungkin juga lebih mendambakan lelaki type A. Wanita type C dan lelaki type A ibarat ikan sama ikan, burung sama burung?

Jangan terkejut sebab wanita sekarang ada juga type D yakni yang sukakan sukan bola (faktor kehenseman pemain tidak dikira dalam kes ini) dan sudah tentu lelaki type B mungkin pula mendambakan wanita type D ini dan mereka boleh diibaratkan seperti nasi dagang dan ikan tongkol?

Jadi, andai anda sudah berkahwin, pasangan anda type yang mana? Apakah sama minatnya? Atau anda hanya sekadar peneman di saat 10 minit pertama?

Jika pasangan anda punya minat yang sama (contoh: minat sukan bola sepak) tapi berlainan pula pasukan yang diminati, apakah akan ada ‘pergeseran’ seperti blogger Ladfeamir ceritakan?: Boleh baca sini

® hafizmd – hairan bila ramai yang pertikaikan semangat patriotik kita atas dasar warna baju yang dipakai semata-mata…

p/s – Apakah kes sebegini juga termasuk dalam maksud sekufu?

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 komen setakat ini

  • mungkin juga lah semangat dilihat dari baju..sebab kalau tengok kuning banyak mungkin lagi bersemangat kot skuad Malaysia..
    Blogger Bb Hussain´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Wednesday-Free

  • Hubby takde sangat minat bola (sanggup bersengkang mata untuk tengok setiap perlawanan bola), tapi family semua gila bola, adik lelaki punya pasal, saya kena cek update terkini result time Arsenal lwn Malaysia hari tu, huhuh
    Blogger Zezebel Lair´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Wednesday : Monkey

    • Kalau dpt jenis yg sanggup bersengkang mata, mmg sggup tido dpn tv tuh…hehe

      Adik punya psal, kakak tetiba jadi kaki bola…adik adik

  • Warna koning adalah warna kegemeran Abang Koning.
    Blogger akubiomed´s berkongsi entri terkininya ..Tip blogging terbaik untuk mendapatkan trafik tinggi

    • Abang Koning mmg peminat setia koning :D

  • aku tak kisah isteri minat ke tidak hal bola ni
    janji ada kopi masa menonton
    hehe
    Blogger tehr´s berkongsi entri terkininya ..Kosong

  • maza bukanlah peminat tegar bola..

    tapi kalau sudah menonton, kekadang suaranya terlantun sampai tingkat patplohpat sejauh patplopat batu nautical gak… terkinja-kinja sendirian pun volleh jadi gak… hahahahahaha
    Blogger maza´s berkongsi entri terkininya ..Wordless Wednessday: Togetherness for better life..

  • saya kategori mana ek..?hehehe

    tak de la minat sgt pun, cuma lau de pasukan yg minat main, leh la layan..lagi satu lau pasukan msia main dgn pasukan luar, ok la.. de lagi, lau time de musim bola, campiala dunia ke.. tu layan la..

    tapi lau tiap2 malam layan bola, tak ke muak namanya..?hehe..sila jawab..
    Blogger fiezaradzi´s berkongsi entri terkininya ..Bagus Ke BERSIH?

    • awak ek, kategori minat tapi memilih…keh3 :D

      erm, jawapannya ialah seperti kalau tiap2 malam tgk cerita boys over flower, tak ke muak namanya? hehehhe ;p

  • Nak kata bEe tak minat, tak juga
    Nak kata bEe minat giler pun tak juga…..

    Sekadar di pinggiran menyokong minat sang hubby ;)

    • oklah tuh, kalau dapat teman hubby sekali sekala pun ok…bila time bEe layan drama jepun@korea, hubby pulak teman…ok tak?

  • rasanya macam dah tiap-tiap minggu ada bola. itu yang best sekarang nih..
    Blogger sayacomel´s berkongsi entri terkininya ..Comel Sangat – Berehat.

    • hehe…tp ada jugak yg rase muak…

      kalau dah minat, tgk hari2pun tak kisahkan? :D

  • Pasangan saya tak ikuti bola. cuma dia minat tgk sukan badminton. itupun kalau ada pemain negara yg bertanding

    pst: masa bujang/remaja, sya suka tgk bola sbb faktor nk tgk pemain2 nya aje. -xboleh ikut contoh !
    Blogger mekar´s berkongsi entri terkininya ..Jadilah Wanita yang Mampu Berdikari !

    • oooo…oklah, kalau tak, mesti nak tgk bola saje macam saye ni…hahahaa

      badminton pun mmg layan jugak, sbb wife saye mmg minat badminton…hehe

      pssst…oooo…bisalah lah…ramai jugak lelaki yg tgk sukan semata2 nk tgk pemainnya

  • takpe malaysia mesti bole buat yg terbaik lg lapas ni..
    Blogger Azham Zanal´s berkongsi entri terkininya ..Siapa Paling Untung??

    • insyaAllah…yakin dgn pemain Malaysia dan semangat bantuan penyokong sendiri

Tulis komen untuk entri ini.

CommentLuv badge

Papan Iklan


Kategori Entri