Bola sepak Kelayakan Olimpik:Malaysia vs Bahrain

- 27 November 2011Sukan

Assalamua’laikum & Salam Maal Hijrah.

Kemaskini: Malaysia 2 vs Bahrain 3

  • Gol hasil tendangan kaki kiri yang cukup cantik dari Nazmi Faiz!
  • Thamil Arusa sedikit saja offside (dia selamba jer terus gelek keeper dan jaringkan gol dan terus dapat kad kuning)
  • Gol ke-2 minit 68 dari Mahali Jasuli yang bijak ambil kesempatan atas kesilapan keeper Bahrain!
  • Bahrain sekarang bermain 10 orang.
  • Gol Bahrain hasil sedikit kelekaan barisan pertahanan
  • Adoiiiiii! Gol penyamaan hasil tendakan percuma pulak dah! Mampu ke Harimau Malaya bangkit?
  • Tak sampai seminit…Ya Allah, 1 lagi gol menjadikan Malaysia kena 3-2! Apa nak jadi? Apakah ini akhirnya? Bangkit Malaysia!
  • Fokus fokus fokus fokus Malaysia! Ayuhhhhhh! 30 saat terakhir dan akhirnya….
  • Impian kita untuk menang kali pertama akhirnya musnah dalam hanya 6 minit! Sedih malam ni. Esok terus cuti

Sekali lagi malam ni skuad Harimau Malaya akan turun untuk mencerahkan peluang layak ke peringkat seterusnya. Bahrain pada aku bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan. Namun aku cukup yakin barisan muda Malaysia mampu menang malam ni andai kata peluang yang ada diterjemah sebagai jaringan.

Untuk itu, aku harap sangat-sangat siapa pun penyerang malam ni, tak kira Fakri mahupun Thamil Arasu, tak kisahlah siapapun..terjemahkan peluang depan kaki dengan jaringan ke gawang lawan.

®hafizmd-Ayuh Malaysia! Bangkit berjuang habis-habisan malam ni!

{ 31 comments… read them below or add one }

ohcikgu November 27, 2011 at 6:30 pm

betul. kena cari kemenangan. dengan bahrain aje peluang nak menang sekarang nih..

Reply

hafizmd November 30, 2011 at 2:18 pm

Nampaknya, tewas jugak akhirnya

Reply

tehr November 28, 2011 at 1:10 am

bos kata
harga yang perlu dibayar bila kehilangan pemain
sedih2

Reply

akubiomed November 28, 2011 at 8:19 pm

Setuju dengan kenyataan bro TehR. Haraga yang perlu dibayar apabila kehilangan pemain pada masa separuh masa ke 2.

Reply

hafizmd November 30, 2011 at 2:06 pm

@AB, cukup besar. Dan emas yg kita raih di Sukan Sea juga seolah2 menuntut pengorbanan 100% semua pemain. Bermain bermatian dan kemudian perlu lalui 2 game kelayakan Olimpik dalam mase yg singkat.

Mereka telah tunjukkan yg terbaik!

Reply

hafizmd November 30, 2011 at 2:17 pm

@cikgu, betul tu…itu saje yg kita ade

Reply

Juan November 28, 2011 at 6:26 am

serius bola nazmi cantik, sedih juga bila kalah sebab kita dari awal dah leading dah, tp xpa, sebab bila lihat balik malaysia sudah ada banyak peningkatan

Reply

fiezaradzi November 29, 2011 at 1:28 pm

setuju dgn juan.. mmg cantik bola nazmi faiz.. leh pergi jauh budak muda ni..

mmg tak nafikan game malaysia lebih menarik berbanding dulu2.. malaysia usaha lagi..

Reply

hafizmd November 30, 2011 at 1:55 pm

@fieza, mmg cantik gol tuh…world class

Reply

hafizmd November 30, 2011 at 2:16 pm

@Juan, mmg cantik! superb! world class…..

dia muda lagi, kena asah bakat betul, aku rase dia mmg boleh pergi jauh dalam arena bola ni

Reply

nizamghazi November 28, 2011 at 8:30 am

Salam Hafiz (:
Bahrain bagi sy merupakan sebuah pasukan yang kental, pantas dan punya saiz badan yang tegap. Ianya sukar buat M’sia. Tapi okay sebab M’sia kalah tipis je kan (:

Reply

hafizmd November 30, 2011 at 2:12 pm

Salam Nizam,

Fizikal yg kuat ttp juga satu kelebihan yg payah kita nak tolak tepi.

Tapi player kita dah buktikan dgn kekurangan fizikal tp penuh smngat berpasukan, kita boleh pergi jauh. Soalnya, berapa jauh?

Reply

Mekar November 28, 2011 at 11:43 am

SALAM.

Pemain bahrain berbadan sasa. Sekali terlanggar mereka, terus melayang pemain kita. Sya rasa skuad negara masih keletihan slps balik dr indon.

Reply

hafizmd November 30, 2011 at 2:10 pm

Salam Mekar,

Faktor fizikal mmg takleh nak buat ape…nak tak nak FAM kena buat sesuatu…mungkin perlu ubah fizikal mereka supaya paling tidak jadi seperi Nazmizan (atlet olahraga). Tegap dan kental

Reply

Cikgu Hairul November 28, 2011 at 3:43 pm

Sedey tapi kena sokong juga.. Kena beri semangat kepada harimau muda ni. Kalau tak mereka akan terus kalah dan kalah dan kalah…

Reply

hafizmd November 30, 2011 at 2:07 pm

Wajib terus sokong bila2 pun….

Kena jadi penyokong sejati

Reply

blackrosehunter November 28, 2011 at 6:32 pm

tak dapat terima gol semalam..huhu..macam tak percaya..huhu

Reply

hafizmd November 30, 2011 at 2:07 pm

Mmg mula2 rase camtuh gak, tp aku rase selain faktor keletihan, silap taktikal selepas leading jugak faktor utama

Reply

Kak Long Mawar Merah November 29, 2011 at 2:09 am

Sedihnya bila kalah dalam masa yang amat singkat. Memang patut terus cuti. :(

Reply

hafizmd November 30, 2011 at 2:00 pm

Kebetulan terus cuti Awal Muharam….hehe

Reply

b3njy November 29, 2011 at 1:21 pm

benjy betul2 kecewalah ngan kekalahan ini … dulu semasa malaysia kena belasah 5-0 dalam sukan asia di tempat sendiri peminat dah tak percaya lagi ngan malaysia, ramai dah beralih ke EPL tetapi selepasa juara sukan sea 2009 + AFF 2010 + sukan sea 2011 semangat peminat kembali ke stadium tetapi kesilapan jurulatih akan menyebabkan sokongan kembali ke zaman gelap semula … harap ada yang akan fikir tentang itu.

Reply

hafizmd November 30, 2011 at 1:59 pm

sekarang mmg nampak sokongan utk bola sepak makin baik, cuma harap fan Malaysia sokongnya biarlah konsisten dan tak terlalu menghentam…

akupun rase coach buat silap taktikal malam tuh, tapi siapalah kita? bukan sape2pun…hehe…

coach mungkin lebih tahu apa yg patut utk player…ape2pun, ayuh kita terus beri sokongan padu utk Malaysia!

Reply

fiezaradzi November 29, 2011 at 1:33 pm

game menarik, tapi mungkin sebab kelekaan atau rasa boleh menang.. tu yg de kejutan.. apa pun, itulah bola sepak.. dalam masa beberapa minit je, byk gol boleh terhasil..

tapi puas hati game pertama, sbb de peningkatan dri dulu.. malaysia leh usaha lagi.. buat yg terbaik..

byk bakat baru boleh digilap lagi..

Reply

hafizmd November 30, 2011 at 1:54 pm

leka dan rasanya silap tektikal =)

bakat baru dgn kemahiran individu tinggi perlu dicari segera

Reply

chii November 29, 2011 at 1:33 pm

takde rezeki untuk skuad muda malaysia untuk tahun ni..erm..nak wat camne kan

Reply

hafizmd November 30, 2011 at 1:53 pm

betullah…tkde rezki utk skuad kita malam tuh…kena usaha lbih kuat

Reply

Dulu Lain Sekarang Lain November 29, 2011 at 8:15 pm

Kawe rasa persembahan kita drop lepas pemain #8 – Faizal ker namanya? keluar. Mula kawe tak yakin jer dgn mamat ni. Tapi lama-lama kawe rasa dia lah MOM bagi Malaysia malam tu. Dia tackle sana sini dan protect pertahanan kita habis-habisan.. real warrior. Lepas dia kuar sbb cedera, pertahanan terus under pressure sbb tak de org yg protect. My 5 cents..

Reply

hafizmd November 30, 2011 at 1:37 pm

setuju!

dia defender yg aku rase cukup bagus malam tuh…byk yg dia selamatkan bola dari terus ke kotak penalti…afizie faizal mamat…kalau tak silaplah…

btw, bangga dgn mereka kerana sudah mula tnjukkan peningkatan cuma perlu cari striker yg benar2 striker

Reply

suri November 30, 2011 at 4:27 pm

kita kalah .dan ia amat menyedihkan hati …

Reply

hafizmd December 7, 2011 at 3:37 am

takpe2…boleh cuba lagi nanti… =)

Reply

suri November 30, 2011 at 4:33 pm

moga tahun depan kita akn cuba sadaya yg blh…mlm tu tgk mmg frust huhu…

Reply

Leave a Comment