Amalan Sunat Bulan Muharam

Assalamua’laikum.

Bulan pertama dalam kalendar Hijrah, Muharam dah tiba. Ada baiknya aku berusaha lebih gigih mendidik diri untuk menjadi lebih baik dari tahun lepas. Moga-moga aku (dan teman semua) Allah beri kekuatan dan memandu kita dalam rahmat kasih sayangNYA. Suka untuk dikongsi amalan-amalan sunat yang sangat elok kita amalkan dalam bulan Muharam ni.

Andai tak dapat buat semua, dapat buat 1 amalan sunat dengan penuh istiqomah@konsisten pun cukup bagus. Ayuh kita sama-sama teliti, bulatkan tekad dan niat untuk berusaha amalkannya.

  1. 1-9hb: Sunat puasa
  2. 10hb: Sunat puasa hari Asyura dan;
  • Menyapu kepala anak yatim
  • Sedekah kepada fakir miskin
  • Bercelak mata pada waktu malam
  • Menambah perbelanjaan keluarga
  • Perbanyak zikir berikut (sekurang-kurangnya 70kali) iaitu

Maksudnya: “Allah telah mencukupkan segala sesuatu bagiku. Dan sebaik-baik tempat kuserahkan diri adalah kepada Allah. Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong”

Sama-sama kita perbaiki diri sementelah umur kita telah berkurang dengan berkalihnya tahun. Wallahua’lam.
® hafizmd – teringat bubur Asyura
Sumber rujukan: Indahnya Hidup Bersyariat