Akhir Piala Malaysia! This is Pantai Timur!
Assalamua’laikum.
Perlawanan Akhir Piala Malaysia, Kelantan vs Pahang. Dua gergasi Pantai Timur yang berada dalam kumpulan yang sama (kumpulan C) semasa pusingan kumpulan, kembali berentap dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, 3 November 2013 ni. Cukup mengkagumkan bagaimana dua pasukan dalam kumpulan sama, akhirnya bertemu kembali di akhir. Fuh! Drama sungguh Piala Malaysia 2013!
Tahniah Sarawak & Pahang!
1. Pahang cukup bertuah malam ni. Kekentalan barisan pertahanan dan disiplin tinggi pemain membawa Pahang ke pentas akhir Piala Malaysia.
2. Barisan pemain Pahang, ambe boleh kata bukanlah ramai pemain bintang tetapi disiplin berpasukan memang benar-benar membuktikan sesebuah pasukan boleh menjadi terbaik bila semuanya dengar arahan jurulatih!
3. Sarawak musim ni memang benar-benar menjadi. Ambe yakin, musim depan bakal menjadi musim yang lebih baik dan terbaik buat pasukan Ngap Sayot. Tahniah Sarawak!
4. Kelibat Bobby Gonzales memang benar-benar memikat. Sayang, rasanya dia juga senasib dengan Piya, “tak layak” dipanggil untuk skuad Harimau Malaya!
5. Joseph Kalang Tie. Terhibur tengok dia main. Teringat kelibat masa dia masih bermain dengan pasukan Terengganu. Nyata, dia masih berbisa dan masih bernilai tinggi!
Kelantan vs Pahang Akhir Piala Malaysia
1. Pertembungan Pantai Timur. Ambe tumpang gembira dan pastinya peminat Hogoh Pahang Hogoh vs Gomo Kelate Gomo akan penuh dalam Stadium Shah Alam, 3 November nanti.
2. Ambe yakin, pertembungan menarik di segenap posisi. Pertembungan seimbang. Nanti cerita dalam entri lainlah.
3. Jangan lupa. Akhir Piala Malaysia pada 3 November 2013. Stadium Shah Alam. 8.45 malam!
@hafizmd – Cuti sekolah dah nak sampai….hohoho
this is pata timur…aku jadi berbelah bagi..sebab dua2 pasukan aku sokong..harapan aku cuma kedua2 pasukan pamerkan kasi final yang terbaik musim ini.
this is pantai timur mendominasi kemeriahan bola di malaysia kali ini… takpe2 tunggu tahun depan… tahniah pahang !!! sarawak pun tahniah bagi yang terbaik malam tadi
Hehe..tahniah buat semua..pantai timur kelas gitu..haha
depa menang tahniah ya 🙂 yang kalah jangan sedih tetap terbaik juga
Akhirnya Piala Malaysia telah berada di Pantai Timur…. Samada milik pasukan Kelantan atau milik pasukan Pahang…
yeah! Kelantan atau Pahang…fuh
gua kena lambung siling lah macam ini haha
hahaha…nanti bagitau ambe dapat tang mana
gua sokong pahang menang la..
Hang memanglah…hogoh pahang hogoh!
hogoh ni samo dop ngn hogeh?hehe
hogoh pahang hogoh
gomo kelate gomo
tak kisah sapo menang atau kaloh
kerna this is panta timo….
ambe pun dok kisoh
dua-dua dok buleh pisoh
tetap ada rasa resoh
nak tahu menang kaloh
Sarawak bazirkan banyak peluang keemasan. Tapi, overall prestasi diorang begitu baik sekali. Masuk semi is a big deal. Honestly said, tak de orang pun expect diorang boleh lepas peringkat kumpulan.
Jujur, Sarawak buka mata byk pihak, tanpa pemain bintang mereka mampu pergi sejauh ni.
Terbaik!
final pantai timur
memang tak sabar dah ni nak tunggu hari perlawanan
hehe…Ahad ni…fuh!
ambe tengah2
3 november. ok..save dalam jadual. kang terlepas plak nak tengok.
Sila ingat..kalau tak…melepas…hehe
Pahang bermain sebagai satu unit. Tak nampak sangat siapa star mereka. Tetapi kredit buat Dollah Salleh yg berjaya membentuk satu pasukan yg mantap dan konsisten dari pemain-pemain ini.
Kelantan lebih bergantung pada prestasi individu. Jika Piya, Indra Putra & Co dalam mood yg baik rasanya Kelantan akan menang dgn mudah. Otherwise, Pahang akan mampu membuat kejutan.
Kawe rasa peluang adalah 60 – 40 buat Kelantan.
Bermain satu unit. Setuju sangat. Semuanya berfungsi dgn baik sbb mereka dah lama dgn Dollah. Hampir 4 musim.
Kredit terbaik buat coach Dollah Salleh.
60-40..ambe kira sesuai utk final!
sama2 kita nantikan…
siapakah akan menjadi juara…
ehehehehe
Chaiyok kelantan
PM lebih suka jika Pahang yang monang…hehe
MJ tak tau nak sokong sapa… Sokong sapa yang menang kot..hehee