Sudah tertulis ketentuan ini…

Bahagian 1: Bila isteri mula muntah dan loya

Bahagian 2: Isteri cantik yang solehah

**********************************************************************

“Abang….abang tengok sendiri yer…”. Lembut suara isteri sambil menghulur strip test kit yang sudah ada keputusannya.

“Eh…….”

Aku terpaku sebentar ibarat ayam tergigit getah.

“Sayang…mana kotak benda ni ek?”

Aku berkira-kira untuk mendapatkan kepastian yang lebih jelas.

“Tahniah sayang….”

Aku pantas memeluk erat tubuh isteri yang baru aku sedar sudah sedikit berisi.

“Alhamdulillah…rezeki Allah datang lagi..nanti kakak dapat adikla yer…insyaAllah”.

“Terima kasih Allah atas rezekiMu ini..”

Perlahan saja tutur kata isteri tapi sudah cukup untuk menerjah ke cuping telinga aku.

Aku memanjat kesyukuran pada Ilahi atas kurniaan ini.

“Abang, agaknya kakak buat perangai tak…kalau dia tahu nak dapat adik?”

Duga isteri tanpa berselindung takut-takut kakak mula buat perangai.

“Ermmm…entahlah Yang..tapi abang rasa tak kot…dia kan dah besar…dah pandai pun…mesti dia suka dapat kawan”

“InsyaAllah..harapnya macam tulah…kesian jugak tengok..main sorang-sorang…ada adik taklah bosan sangat dia nanti..”

“InsyaAllah…harapnya macam tulah…”

Suasana jadi sepi seketika dan kami saling memandang.

Aku rasakan aku sekali lagi jatuh cinta pada dia…

Oh! Terima kasih Allah atas pertemuan dan rezekiMU ini…

Aku menggenggam erat tangan isteri sambil menuntun isteri penuh kasih sayang.

® hafizmd

1) ok..dah takde sambungan lagi yer…..jangan memandai nak minta sambungan..hehe

2) terima kasih sayang…sayang makin comel bila mengandung 😀

38 comments

  1. Tah niah, nampaknya rezeki pun makin bertambah la lepas ni,

    Tapi betul la bro perempuan mengandung ni wajah dia berseri,
    .-= dnoBiz´s last blog ..Kenapa Blogging… 2 =-.

  2. tahniah bt bro n sis..semoga semua sihat hendaknya..memang rezeki tu..kurniaan pling besar…
    .-= azizan4444´s last blog ..Edisi Sabtu – Lagenda Mat Jijan =-.

  3. tahniah bro, dah nak dapat orang baru dan moga makin murah rezekinya
    .-= mijie´s last blog ..Hati-hati dengan email phising buat pengguna perbankan internet =-.

  4. tahniah la bro..romantik tu..semoga segalanya berjalan dengan lancar..
    .-= khairolghani´s last blog ..buffered earning untuk khairolghanicom =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *