Isteri cantik yang solehah…

Nota: Ini adalah sambungan dari entri Bila isteri mula muntah dan loya

“Ooo…ke kakak dah nak dapat adik?”. Teka aku penuh makna.

Suasana sepi sebentar ibarat kata orang tua-tua…Malaikat melintas gamaknya.

Isteri aku pula ralik mengira. Agaknya membilang hari ‘merah’nya.

Aku masih lagi tercongok mengadap muka isteri aku yang sedikit kemerahan dek kemuntahan tadi.

“Betullah bang…patutnya memang dah datang minggu lepas, tapi ni dah lambat seminggula…”. Bersungguh benar isteri aku bercerita.

Aku diam tak terkata.

“Takpe, hari tu sayang ada beli pregnant test kit kan?..nanti sayang test ek…kalau keluar 2 jalur tuh..sahlahkan?”

“Sah apa bang?”. Soal isteri semacam buat-buat tak tahu.

“Eh..sah sayang pregnantla…”. Agaknya isteri aku tak menduga secepat ini kehadiran anak kedua.

“Kalau camtu, sayang p test sekarang ok tak bang?”.

Isteri aku bersuara ceria sambil mencapai test kit yang sedia ada dalam beg sandangnya.

“Boleh boleh boleh…”. Lagak aku seperti cerita Upin Ipin sambil mata mengekori lentok isteri ke bilik air.

“Dah lima minit ni…mana tak keluar lagi ni..”. Getus hati sedikit gelojoh.

Dalam aku menggelabah menunggu isteri keluar membawa ‘watikah perutusan test kit’…..

“Abang….abang tengok sendiri yer…”. Lembut suara isteri sambil menghulur strip test kit yang sudah ada keputusannya.

® hafizmd – satu jalur atau dua jalur?

23 comments

  1. hai bro main teka teki pulak..klu jadi beritakanlah..okra baik buat apa nak sorok2 adeii…

    bro hafiz mak cakap tak baik mainkan ati dan perasaan org tau hee…

    apapun den tumpang gmbira gak jeeeeeee

  2. Kalau dua jalur baguslar. Kerana setiap anak yang dibakal dilahirkan didunia telah tertulis rezekinya
    .-= akubiomed´s last blog ..Menambah pengetahuan dengan membaca =-.

  3. wah sweet nyer..dah lama aku tak beli test kit ni, tunggu dua2 habis belajar nanti hehehe 😀
    .-= etomyam´s last blog ..RM800-000 Untung Bersih Dari eBay =-.

  4. Pingback: Sudah tertulis ketentuan ini... | hafizmohd.com
  5. Assalamualaikum… saya blogger dari indonesia… salam kenal… mudah2n kita mendapatkan pasangan yang baik didunia ini ya,,, amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *