Sindrom kemurungan berblogging..

"gambar blog"Dah hampir bersawang dan dah naik berlumut jadinya. Itulah hakikatnya bila mood berblogging hampir lesu dan hilang dek kerna buat-buat sibuk dengan urusan kerja offline dan sedikit kerja online. Akhirnya berjaya juga saya pecahkan kemurungan berblogging ini selepas hampir sebulan tanpa sebarang update mahupun blogwalking ke blog member alam maya.

Akibat kesan dari kemurungan yang melampau ini, makin hari ranking Alexa makin naik. Memanglahkan, dah malas nak update, Alexa pun malas jer nak kasi turun..lagi, sape nak datang blogkan?hahaha..sendiri kena ingatlah..

Disebabkan sindrom tu jugaklah, saya melepaskan title pengomel ketiga terpanas di blog etomyam, tapi apa yang cukup menarik, walaupun Bro Mijie dan Bro Sangilapi menang bergaya, mereka berdua dengan sempoi dan baik hatinya telah menyerahkan tempat mereka kepada pengomel lain. Inilah namanya dunia blogger yang cukup meriah. Cukup bertuah kita bila ada member yang sanggup berkongsi, apatah lagi benda yang cukup bermakna seperti ini. Tabik spring pada dua otai ini. Walaupun camtu..

Saya tetap juga tersenarai dan disenaraikan sebagai 20 pengomel tegar di blog Bro etomyam dan Bro Kulanz. Lagi best bila Bro Nuaeman kasi hadiah pada 5 pengomen bertuah diblognya. Siap dapat buku Adab Ramadhan lagi. Sungguh tak sangka. Aktiviti membaca dan memberi komen yang tak seberapa dihargai sebegitu rupa oleh pemilik-pemilik blog ini. Sapa kata berblogging takda makna dan buang masa?

InsyaAllah, untuk meningkatkan motivasi diri, saya rasa ada baiknya juga saya buat sedikit analisis prestasi blog setakat 6 bulan pertama tahun ni. Baru nampak mana yang boleh diperbaiki dan diperbetulkan. Mungkin saya akan kongsikan di entri berikutnya kot..hehehe

Alhamdulillah…ada jugak update baru kat blog ni yer..hohoho..

® hafizmd –  terima kasih pada semua yang terus sudi singgah di sini dan memeriahkan dunia blogging..anda memang sempoi!