berita sukan bola sepak Malaysia

Liga Super Dah Nak Tamat!

Assalamua’laikum.

Semalam, Liga Perdana tetap berlangsung walaupun dalam keadaan jerebu. Kesian pulak tengok pemain beraksi dalam keadaan ‘berasap’ di Stadium Selayang. Ambe tak pergi pun, tengok dalam berita ajer. Semalam ambe kuatkuasakan tempoh berkurung 24 jam ke atas anak isteri. Ambe jer yang boleh keluar sekejap =) Malam ni, aksi ke-20 Liga Super. Jadi, ada lagi 2 perlawanan terakhir sebelum kita tahu pasukan mana yang bakal merembat Piala Liga Super. Oh! Adakah ia bakal menyeberang ke Singapura?

Perak vs Lions XII

Ambe rasa inilah masanya Perak kembali mengaum garang. Minggu lepas kalahkan Pahang 2-1. Lions pulak hanya perlu 6 mata (2 menang) lagi untuk ‘menculik’ Piala Liga Super untuk dibawa dan diraikan di Kota Singapura. Oh! Ini pasti mengecewakan seluruh peminat bola sepak Malaysia!

[Keputusan penuh:Perak 1:Lions 1]

Siaran langsung Liga Super Astro Arena 25 Jun 2013

Siaran langsung jam 8.45 malam: Kelantan vs Pahang. Kelantan nampak garang bebenor masa lawan Terengganu hari tu. Sampai hati belasah Terengganu 4-0..huhu. Pastinya semangat pemain Kelantan untuk akhir Piala FA vs Johor DY semakin berkobar-kobar. Jangan lupa tengok live malam ni di Astro Arena. Boleh jugak tengok live streaming di sini;

  • Live streaming Kelantan vs Pahang (channel 15) & Live streaming ATM vs Terengganu (channel 13)

Perlawanan ke-20 pasukan lain

  • T-Team vs N.Sembilan. 8.45 mlm.
  • Selangor PKNS 1 vs Selangor 2. 8.45 mlm.
  • ATM 1 vs Terengganu 1. 8.45 mlm.
  • Johor DT 1 vs Felda United 1. 8.45 mlm.
  • Perak 1 vs Lions XII 1. 8.45 mlm.
  • Kelantan 2 vs Pahang 0.

Ambe secara peribadi melihat taktikal dan kebolehan pemain Lions XII memang bagus samada atas padang rumput biasa, lebih-lebih lagi atas padang rumput tiruan.

Tahniah Sarawak menjadi juara Liga Perdana 2013!

@hafizmd – Liga Super 25 Jun 2013. Apakah Lions XII masih ada dalam Liga Super musim 2014?

37 comments

  1. memang diorang sapu bersih masa main kat home diorang, cuma cicir mata lawan JDT aritu.. hehe apepon Selangor dan pintas JDT di saat akhir, last game tu mmg jadi penentu,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *