Selamat Melihat Dunia Anakku…

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Tepat jam 10.25 pagi, 23 Januari 2011, isteri tercinta selamat melahirkan anak kedua kami. Seorang putera dengan berat 3.30 kilogram.

Serentak dengan itu juga, aktiviti berblog dan berjalan-jalan ke blog teman blogger juga dihentikan buat sementara waktu. InsyaAllah, bila ada kelapangan, tetap juga tangan dan minda ini perlu diisi dengan coretan dan ngomelan teman-teman semua (rindu weeeh nak blogwalking…heheheh).

Masa yang ada sekarang, kenalah saya tumpukan kepada keluarga terutamanya kepada isteri saya yang telahpun berkorban jiwa dan raga dalam proses kelahiran ini.

Sungguh, perit mata dan perasaan ini di sisi isteri tatkala melihat isteri menanggung segalanya.

Terima kasih isteriku dan selamat melihat dunia buat anakku Ahmad Hariz.

hafizmd – isteri juga sempat buat satu entri khas di blognya di sini (www.fiezaradzi.com).

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.