Selamat Datang IdeadanLampu.com…

Salam maaf pembuka kata kepada pemilik blog IdeadanLampu.com atas kelewatan aku membuat penampilan istimewa (hohohoho…) dalam pertandingan anjuran beliau.

Usaha aku untuk turut sama memberi sokongan kepada beliau nampaknya telahpun berjaya walaupun entri ini sudahpun terlewat diterbitkan. Harapnya, walaupun lewat, sokongan aku kepada teman blogger ini menjadi satu tanda bahawa kita semua saling memberi sokongan dan bantuan. Aku tetap ‘turun padang’…hehehe

Dah terjah belum blog baru hasil air tangan saudara Anwar Osman ni?

Nampak gayanya, beberapa hari ini, blog pertama bermediumkan Bahasa Melayu ini kelihatan sedikit sunyi.

Jadi, aku tertanya-tanya “Apa khabar IdeadanLampu.com? Tumbuhmu bak cendawan selepas hujan, namun….”

….sudahpun mula menunjukkan belangnya. Cocok sekali kalau aku ibaratkan “Besar jangan disangka bapa, kecil jangan disangka anak”. Bermotokan “Blog bisnes dan lampu”, aku cukup pasti yang Saudara Anwar Osman sudahpun punya beberapa idea yang hendak dikongsikan bersama. Buktinya? Tengok saja deretan episod perkongsian beliau dalam entri-entri yang telahpun diterbitkan seperti:

  1. Rahsia Penggunaan Gambar Gimik Dalam Artikel Blog
  2. Perkara Penting Selepas Install WordPress EP3

Dua contoh entri yang 100% informatif dan jelas manfaatnya.

Maka, aku memang cukup kagum dengan kesungguhan dan semangat yang beliau curahkan dalam memastikan kelangsungan blog ini.

Sudah pasti juga, blog IdeadanLampu.com ini menjadi satu lagi tempat untuk para blogger Malaysia mendapatkan ilmu dan juga merempit!hehehe…

Selamat datang IdeadanLampu.com. Moga kehadiran blog ini mengisi ruang blogging yang semakin meriah!

® hafizmd – maaf Saudara Anwar Osman, terlewat sudah…..