Selamat Hari Guru 2010

Agaknya, ingat tak lagi ‘time’ kita kena denda dengan guru masa sekolah-sekolah dulu? Masa kita cuba ‘mengelat’ masa jawab periksa? Masa kita cuba calarkan kereta cikgu sebab tak puas hati dia ngorat aweks kita rotan kita? Masa kita seludup masuk rokok dalam asrama dan jadi tokan? Masa kita buli junior sebab kononnya kita senior yang otai padahal petai?

"tema selamat hari guru 2010"
Selamat Hari Guru

Oh! Banyak sungguh dan melambak perkara yang ‘menyeronokkan’ waktu kita dulu-dulu, masa kita seorang pelajar dan ada guru yang sentiasa menegur dan sedia membimbing kita. Sekarang? Semuanya mungkin sudah berlalu, tapi jasa guru-guru, pasti takkan pudar dari ingatan.

Percaya atau tidak, mungkin lebih separuh dari hayat yang sudah kita lalui, kita habiskan dengan bergayanya dibangku sekolah. Sejak tadika sampai universiti mahupun sekolah tinggi. Percaya atau tidak juga, saya masih lagi ingat salah seorang guru tadika saya. Namanya Cikgu Zaiton. Memang cukup garang (pada pandangan sayalah, pada masa tu). Sampaikan, pada satu hari, saya nekad tak nak pergi tadika.

Di tangga rumah, saya duduk tak bangun-bangun. Bila mak tanya kenapa? Saya selamba saja cakap, tak nak pergi tadika dah. Takut cikgu garang. Seingat saya, memang mak pujuk, tapi saya memang sudah nekad..huhu..Akhirnya, saya terus berhenti dan sambung kembali tadika seusia 6 tahun. Cikgu tadika masih lagi sama tapi nasib saya baik, sebab dapat kelas tingkat atas. Jadi gurunya juga bukan lagi Cikgu Zaiton. Sungguh nostalgia bukan? hehe..

Apapun yang berlaku, jasa dan peranan guru cukup besar dan signifikan dalam mendidik dan membimbing kita. Saya rasa, bukan semua orang dilahirkan dengan bakat sebagai seorang pendidik yang sejati. Mungkin sebab itu juga, kita kadang-kadang terdengar berita yang kurang manis. Guru kena tangkap khalwatlah, guru cabul pelajarlah dam macam-macam lagi. Mereka ini memang tak layak bergelar guru. Guru itu mulia.

Tahu apa tema sambutan tahun ini? Tema yang saya rasa cukup tepat, “Guru Pembina Negara Bangsa”. Moga tema ini memberi guru-guru suatu semangat yang lebih kuat untuk terus menyumbang bakti mendidik anak bangsa.

Pasti anda semua ada pengalaman menarik untuk dikongsi bersamakan?

® hafizmd – selamat hari guru buat semua guru-guru terutamanya guru di SKC, SMAM, KOSPINT, KMM & UPM. Moga cikgu semua sentiasa diberkatiNYA..haa..tak lupa juga buat Cikgu Rohaizad dan Cikgu SmartZul ya..

Kredit: Laman Web Sambutan Hari Guru