Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM

Dalam banyak-banyak perkara, antara yang paling disukai ialah benda-benda percuma. Ada sesiapa yang tak suka?

Jangan malu-malu…tak perlu angkat tangan yer…senyum sendiri sudah cukup….

Untuk kesekian kalinya, Blogger Hazmanfadzil ingin memberi benda percuma atau GIVEAWAY bulan Oktober! Apa yang Bro Hazman tawarkan?

Pada saya, ianya cukup menarik. Lebih menarik bila ia hanya dikhaskan untuk 50 blogger lelaki terawal dan terpantas. Maka, sebab itulah, saya cepat-cepat keluarkan satu lagi entri hari ini 😀

Oh yer…apa bendanya?

"kelebihan detox foot pad"

Tentulah sepasang detox foot pad akan menjadi milikku jika dipilih oleh Bro Hazman. Sebelum ini, ada juga saya terbaca pasal foot pad ni. Maklumlah, kadang-kadang ada juga kawan-kawan yang tak sengaja men’tag’kan produk mereka di facebook saya.

Maka, sebelum ni dah tahu serba sedikit pasal detox foot. Apa yang didakwa cukup menggemparkan!

Antara kelebihan yang digembar-gemburkan ialah;

  1. Penyah toksin – rawat sakit kulit, tumor, demam, sakit jantung, tekanan darah tinggi
  2. Mampu melangsingkan tubuh
  3. Meningkatkan metabolisma
  4. Meningkatkan daya imun dan ingatan
  5. Menghalang sembelit
  6. Menghalang kaki busuk
  7. Anti penuaan
  8. Melancarkan peredaran darah
  9. Meningkatkan kualiti tidur
  10. Hilangkan rasa penat dan letih akibat kerja

Satu perkara lagi yang bagusnya, ianya produk yang digunakan secara luaran. Maksudnya ditampal di kaki saja, bukan dimakan atau ditelan! Mudah bukan?

Oleh sebab banyak sungguh khasiat dan faedah detox foot ni, saya sungguh berbesar hati jika Bro Hazman dapat memilih saya sebagai salah seorang penerima barang ini. Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM!

® hafizmd – para blogger lelaki yang berminat, ayuh cepat bertindak! Sila ke pautan ini yer…