Raikan kawan, hindari lawan

Assalamua’laikum.

Raikan kawan, hindari lawan. Hidup tanpa kawan, ibarat nasi tanpa ulam. Hidup bersulam lawan, ibarat nasi berulam peria sambal belacan.

Kita memilih kawan bukan untuk berlawan. Kita berlawan adakalanya demi kawan. Baik akhirnya, lawan jadi kawan. Buruk padahnya, kawan jadi lawan simpan dendam.

Proses berkawan ibarat percintaan. Ada manis, ada masam. Manis untuk dikenang bila datangnya masam. Masam untuk dibuang, bukan bekal alasan ungkitan.

Terimalah kawan, sedikit coretan tanda penghargaan. Avatar dikanan, RSS feed untuk lawatan susulan =)

10 komentator paling aktif di blog hafizmohd.com:
Photobucket

  1. Blogger Fieza
  2. Blogger Suri
  3. Blogger Akubiomed
  4. Blogger bEe
  5. Blogger Chii
  6. Blogger Benjy
  7. Blogger Tehr
  8. Blogger Nizam
  9. Blogger Dno
  10. Blogger Juan

Tahniah dan terima kasih diucapkan. Tanda persahabatan dan penghargaan. Mana yang tidak disenaraikan, jadikan ia batu loncatan untuk bulan depan. Ok, ini satu gurauan =)

Blog ibarat cendawan. Tumbuhnya melata selepas hujan. Kita raikan kawan, hindari lawan.

® hafizmd – maafkan aku kawan, merepek yang bukan-bukan.