Mungkin sudah tiba masanya…
Assalamua’laikum.
Buat kesekian kalinya, blog aku dan juga blog-blog lain yang bernaung di bawah satu hosting ni, kena hack! Bila? Malam tadi, dan terima kasih pada Saudara Zik dan Saudara Amirul Faiz yang bertanya khabar . Jujurnya, malam tadi perasaan cuak sudah tak terasa sangat bila blog kesayangan kena hack. Apa dah tak sayang hasil air tangan sendiri ke?
Isk isk isk. Mestilah sayang. Tapi bukan cuak yang terbit, tapi perasaan geram meleper yang melayang tubek (baca keluar). Serangan (kena hack) kali kedua menyebabkan aku mula serius berfikir untuk berhijrah.
Mungkin inilah masanya tapi ingin juga aku mendengar pandangan rakan blogger tentang duduk satu perkara ni. Kalau anda ada masa, boleh tolong jawab soalan di bawah seringkas mungkin. Boleh aku jadikan batas sempadan bila tiba masanya nanti.
Penyedia hosting mana yang anda guna sekarang? Kalau anda rekomen untuk hijrah ke penyedia hosting ni, kenapa?
Alhamdulillah, pagi tadi dah pulih namun rasanya akan berpindah juga atas faktor kesejahteraan bersama….yeahaaaa!
Kemaskini: Rupanya bukan kena hack kali ke-2, tapi fail hackers tu masih lagi ada dalam akaun blog sejak kena kali pertama hari tu. Bahaya-bahaya!
® hafizmd – terima kasih pada yang sudi membaca dan berkongsi pandangan
umm, macam2 hal rupanya ek.. aku masih guna platform free hehee,
platform free yg mana ni bro padin?
macam2 hal…mmg penin
aku rekomen saleiz.com.tu pakej hosting bro eizil.ko boleh try 🙂
wah, bro eizil de hosting sendiri.. hebat…
@fieza, itulah…boleh try p usha nnti…hehe
Dah tgk dan agak menarik jugak ni…
Tak sangka bro eizil tu ada buat servis ni..hebat2!
thanks bro
ada juga kutu yang hack..apa punya orang da…..
tiba masanya utk hijrah geng. kalau stay. dikhuatiri takut kena lagi.
Ni semua kutu bhahak ni..huuuh
InsyaAllah akan hijrah secepat mungkin. thanks bro kamil
Alhamdulillah, blog ko dah kembali pulih. Aku pun cuak, takut blog aku pulak kena serang. Emm, tak pandai nak rekomen, sekadar memberi maklum. Aku guna DataKl. Ada aku pernah dengar, DataKl agak mahal. Aku main belasah je. Moga blog ko akan sejahtera selamanya. Ameen. 🙂
Alhamdulillah. Mmg pening jugak bila kena byk kali ni. Tu yg fikir nak tukar lain =)
Datakl ek, mmg superb diorang ni.
Terima kasih Bro. Moga blog2 kita juga selamatkan kita dunia akhirat..ameen
aik? guna jomhosting.net ke bro?
saya sarankan tukar hosting lain je lah..takut gak kalau kena macam ni..
eh! camne tau? hehehehehe
ingat nak tukar ni..survey tgk mana yg berkenan dan bagus..taknak pisang buah 2-3 kali..serik aku
Inilah salah satu sebab kenapa saya takut nak bertukar ke self hosting ni, kerana andai ada yang hack blog saya memang saya tak tahu la nak buat pape pun.
Almaklumlah knowledge tak seberapa.
bro hafiz ni selalu hosting die yg kena, blog pun masalah.. lau hosting, tunggu pihak hosting la..
itu yg kadang2 geram tuh…tetiba down, takde email pe2…adui
Jgn takut bro Faizul.
Kes saye ni hanye berlaku mungkin sbb kesilapan saye sendri@ada kurang pada hosting yg dibeli. Kalau hosting lain, rasanya ok jer…hehe
Lgpun ramai otai2 yg boleh tolong..
wak pon nggak sukak kena hack jugakkk…. eeeE wak dh datang niii nak komen komennnn….
terima kasih wak singgah sini
saya sebelum ni de jugak masalah cmni, cuma tak kena hack jer.. tapi hosting kita tak sama la.. bila dh fed up, buat aktiviti lebih sikit pun blog kena suspended. jadi tukar je.. skg guna netkl.. satu yg saya suka, service die mmg baik. selalu lau online chat dgn dorang, insyaallah, masalah (lau de) terjawab..
apa lagi, tukar la.. oh ye, dah setahun lebih guna netkl, alhamdulillah, tak de masalah lagi setakat ni. syukur..
Ooo..tu hosting yg tu ek…dah berkubur dah hosting tu.
Yg ni, insyaAllah akn tukar juga nanti…insyaAllah.
Tu yg jeles ni, netkl relaks jer…tenang jerkan?
saya sebelum nih guna netkl , tapi baru juga berpindah ke domosquare.com , beza antara netkl dan domosquare , ialah harga .. untuk netkl sy bayar rm200 dengan limit bandwidth , tp domosuare unlimited ..pilih je mana suka ..
domosquare?1st time tau ade hosting ni. So far, ok tak puan bee?
nak p usha2 dulu, thanks yer kongsi
emm..pakailah hostgator. hehe..
hostgator…ni oversea punyakan?
aku guna netkl
setakat ni ok je
dah tahun kedua ni
netkl…orait, akan masuk carta..terima kasih cikgu
Menyusahkan apabila blog kena hack. 🙁
Itulah AB, mmg memeningkan, tp ada hikmahnya =)
apa lah mslhnya asyik nak hack org je..dah tu blog ni plak diorg suka hack..hehe
tu yg tensen tu…hosting yg sama jugak depa nak hack
saya nak tukar hosting malaysia tapi belum buat lagi.. tengah mencari hosting provider yg reliable
Jadi, sekarang ni CS guna oversea laa ek…
Itulah, saye domain saje kat luar, hosting sini. Ingat nak tarik dua2 masuk yg baru. Tgh cari lagi ni
Saya guna hostingrajawali,menurut saya bagus untuk seo sebab cpanel dah dilengkapi dengan SEO software