Piala Dunia 2010 – Fahami taktikal suami @ ‘boyfriend’ anda

"gambar bola sepak menarik" Tak sampai 6 jam saja lagi dari entri ni diterbitkan, perlawanan pembukaan melibatkan tuan rumah, Afrika Selatan menentang Mexico akan berlangsung. Maka, tak sampai 6 jam saja lagi juga, ada kemungkinan para isteri mahupun ‘girlfriend’ sudahpun berkira-kira mencongak strategi dan percaturan bagi menghadapai sebarang kemungkinan perubahan taktikal yang lebih licik dari para suami dan ‘boyfriend’.

Ada antara para suami mahupun isteri yang memang gilakan sukan bola sepak. Ada juga yang biasa-biasa saja dan ada yang langsung tak minat. Apapun, ini adalah antara kemungkinan strategi taktikal yang suami mahupun ‘boyfriend’ akan gunapakai sepanjang musim demam Piala Dunia ni (terima kasih kepada jurulatih tersohor itu, tapi siapa dia?);

1. Taktik bertahan – tahan saja kemahuan ingin ke kedai mamak/dari berjumpa anda..kadang-kadang hanya jasad saje yang dilihat, tapi hati dan fikiran melayang ke arah bola..oh!

2. Taktik menyerang – suami yang guna formasi ini ibarat memiliki keupayaan menggelecek seperti Messi mahupun Ronaldo yang pantas  memperdaya pertahanan lawan , pantang isteri lepas pandang, zasss…terus membuat teknik pemindahan jasad tanpa bayang kedepan tv/kedai mamak..

3. Taktik counter attack – suami berperangai kononnya alim-alim kucing, sedar-sedar suami dah hilang dari pandangan dan tempat tidur..’slow and steady’ saje..

Harus diingat juga, kadang-kadang suami/boyfriend suka gabungkan beberapa teknik di atas. Al-maklumlah, suami juga wajib bertimbang rasa. Mana-mana taktikpun boleh. Asal syarat kena gaya geleceknye.

Soalannya, bila masa perlu bertahan? Senang saja, kalau kita para suami dah janji nak keluar makan malam/teman isteri keluar membeli belah, inilah masanya kita gunakan taktik bertahan. Korbankan sekejap satu game, lagipun ada ulangankan? Harus ingat juga, bila dah guna taktik ni, jangan sesekali cuba tukar tactical mode kepada taktik menyerang mahupun counter attack. Bukan apa, takut  isteri yang tengah seronok  membeli belah tiba-tiba tercari-cari suami tercinta yang secara tiba-tiba jugak hilang tanpa bayangan dan akhirnya dikenalpasti leka di satu sudut dalam kedai mamak sana. Nanti pengadil (isterilah tu), keluar kad merah..sape susah?

Bila pulak nak guna taktik menyerang? Masa paling sesuai ialah masa si isteri dan anak-anak lena dibuai mimpi. Si suami tak perlu lagi menggunakan taktik bertahan yang perlukan stamina yang tinggi. Taktikal ini sangat sesuai dipraktikkan untuk game yang berlangsung pukul 2.30 pagi. Kalau nak guna gabungan taktik menyerang + counter attack pun ok. Slow and steady. Al-maklumlah, time ni mungkin ‘golkeeper’ sedang sedang lena beradu.

Itu saja buat masa ni. Nanti, kalau si Jose Mourinho call..saya update lagi dengan taktik dan strategi yang terbaru. Kita tengok dulu macam mana percaturan pihak lawan yer.

® hafizmd – bagi para isteri,  kecekapan memahami perubahan “hormon” suami anda amatlah diharapkan dan anda mungkin perlu bertindak seperti Van der Sar yang cekap menangkap bola atau seperti pengadil yang sentiasa setia ikut ke mana saja player berlari.

17 comments

  1. satu ulasan yang begitu menarik mengenai lelaki dan bola
    .-= mijie´s last blog ..Surat cinta untuk mu sayang =-.

  2. hahaha..ulasan taktikal yg mantap…aku suka guna semua taktik2 tu 😀
    .-= etomyam´s last blog ..Download WordPress 3.0 RC3 =-.

  3. Apa kata guna tektik berbincang? Takkan lah wife/GF tak boleh kasi abg2 tgk bola yg 4 kali setahun nie? Abg2 pula world cup sebelah malam je… Siang tu layan2 la yg disayang tu baik2. :d
    .-= Ismail N´s last blog ..World Cup 2010 | All Set, Ready To Go! =-.

  4. Aku terkecuali daripada gunakan teknik tu.. sebab tak minat sangat tengok bola.. sekadar tengok mana yang patut 😀
    .-= kulanz´s last blog ..World Cup 2010: Vuvuzela yang Merimaskan =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *